Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, October 27, 2012

Rahsia PTD

Dalam dua hari lopeh, Pak Sedaro berpeluang bertalaqi dengan mantan-mantan Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Persekutuan Generasi Pertama yang dilantik oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein. Antaranya Tan Sri Yusuf Hitam, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman,Datuk Syed Ali AlAttas, dan beberapa otai-otai PTD lain. Teraso jakun bilo bersama atuk-atuk dan ayah-ayah ini. Namun beranikan diri juo, sobab nak ngorek rahsia-rahsia kekuatan generasi pertama PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Malaysia.

Antara ibu cerita ialah:

1. Dulu dikuatkuasa kuota untuk PTD iaitu 4 orang Melayu kepada 1 orang Kaum-kaum lain.

2. Wajib calon ini lulus 10 ujian khusus, antaranya:
2.1. Baca, tulis dan faham tulisan Melayu Jawi (kepada calon Melayu juga Kaum-kaum Lain).
2.2. Faham makna tersurat dan tersirat Perkara 3, Perkara 10(4), Perkara 11, Perkara 14 dan Perkara 15, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 160 (2).
2.3. Menjalani latihan awam dan ketenteraan selama 30 hari untuk memberi kekuatan mental, fizikal, emosi dan spiritual (tanpa alasan tidak boleh) - prasyarat lulus sebagai kadet PTD.
2.4. Menjalani latihan bahasa Inggeris secara intensif selama 90 hari.

Kenapa yang heboh bonar, berguru dengan otai-otai ini? Sobabnya nak posan kepada Ali Hamsa, KSN baru supaya rujuk semula panduan melatih PTD dulu, kerana mereka ini begitu faham makna tersurat dan tersirat Negara Malaysia.

Pendedahan tatanegara, integriti perkhidmatan dan penjawat awam, hubungan silang budaya antarabangsa, yang paling utama jari-jemari mereka akur kepada wawasan tua iaitu Perkara 153 kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Hari ini, sejak Tan Sri Shamsudin Osman tamat kontrak KSN, si pendek Sidek Hassan telah melalaikan minda dan emosi penguasa awam PTD tentang 153 dan 152. Ali Hamsa kena prihatin tahap tertinggi isu-isu 153 dan 152 kerana inilah penentu "Aman dan Damai" dan "Agenda Melayu" menjadi asas kemerdekaan dan kebangsaan Negara Malaysia.

12 comments:

  1. Bro Paneh, eden pun tak ghoti perkara 152 & 153 tu apo (ekau pun macam malu2 kucing yo, tak berterus terang). Kalau tanyo kek PTD tu, lagi dio tak ghoti. Lopeh tu den check, perkara 152 tu hak keistimewaan orang Melayu, termasuk kouta dalam perkhidmatan. Perkara 153 pasal Bahaso Kebangsaan. Kojap, elok bonarlah ekau ingatkan KSN Ali Hamsa tu. Sobab Sidek dulu dah banyak menjahanamkan segalo bondo. Tapi ekau tak nak ingatkan boss dio sokali ko. Ada brani? Eh, bukan boss dio ko yang macam nak buang kouta bumiputra tu. He he.

    ReplyDelete
  2. Torbalik tu, Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahaso Kebangsaan, Perkara 153 ketuanan orang Melayu.

    ReplyDelete
  3. Ali tu malbari, kalau yg dolu dolu tu sawo matang pun buat pokak, apa boleh harap yg ini?

    Najib bukan melayu...dia bang sa wan

    ReplyDelete
  4. Ali Hamsa tu India, macam mana Najib boleh lantik jadi Ketua Setia usaha negara. Cakap pun pelat India.

    Dah habis ke PTD Melayu.

    Tenguk dia lantik pula seorang lagi India Srigar Abdullah.

    Tenguk Srigar potong cukari PEtronas.

    Tenguk siapa adviser Petronas?

    Mahahtir India KErala juga..

    Nah melayu dah kena main lagi oleh UMNO.

    ReplyDelete
  5. Tun Mahathir tu idola eden. Dio totap banyak berjaso kek oghang Melayu. Tengok ado ASB, Tabung Haji. Nogoghi pun tak do togadai zaman dio. Maso tu pun tak do sapo berani naik tocang. Tapi lopeh zaman dio, jadi hancur. Sekarang ni punah terus. Asyik nak ambik ati bangso asing. Macam lah undi den ini tak do ghogho..

    ReplyDelete

  6. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?


    Jika Pemuda dan Puteri UMNO memilih untuk jadi LEMBU,...... Ahli2 UMNO yang sedang aktif atau hanya menjadi pemerhati di laman2 blog ini tetap akan membuat undi protes pada PRU akan datang... Walau apa jua alasannya, mereka tetap akan mengundi Pakatan Rakyat tanpa perlu berdolak dalik... Ini telah dibuktikan oleh Pemimpin2 UMNO sendiri perkara itu akan terjadi... Sabotaj calon UMNO secara total untuk kuburkan parti itu..


    Janji Ditepati - Pemuda Dan Puteri UMNO 'Budak Tolol' Dan 'Sampah Parti'

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~






    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    ReplyDelete
  7. Saya pun bekas PTD. Pada pandangan saya, ikut sistem lamo ko baru ko, tak akan ada perubahan selagi KSN, dam KSU perlu mengikut telunjuk dan arahan Politicians sepenuhnya. Kau ingat ini negara Jepun ke. Kat Jepun, jumlah pegawai kerajaan hanya 70,000 sahaja, tetapi menguruskan lebih 75 juta penduduk. Kek Mesia ni jumlah kakitangan awam lobih 250,000 menguruskan cuma 28 juta penduduk. Tu pun amik masa sebulan nak dapatkan salinan geran tanah ekau yang hilang Jang oiii!

    Di Jepun KSU boleh kata "fcuk off" kepada Menteri jika arahan yang diberikan tidak mengikut prosedur. KSU boleh cakap (dalam bahasa Jepun la) " You (Menteri) can be voted out of office in the firthcoming election, but I shall stay here to carry out these administrative policies...."

    Kat Mesia ni kalau ada KSU yang brani cakap macam tu belum habis ayat dah kena terajang keluar pejabat. Nak nak pulak Menteri macam kak Pidah, Nazri Aziz., si Pembakar Jambatan.

    Tak usah lah berangan-angan mengharapkan PTD akan memperkuatkan kedudukan orang Melayu atau memberi jaminan kepada kekuatan bangsa.


    Hoi! Hoi! bangun Jang...apo tido siang ni.....Melayu hanya akan menjadi bangsa yang kuat hanya dengan berusaha keras dan turut sama bersaing secara sihat dengan bangsa-bangsa lain. Menteri-Menteri Melayu pulak kenalah membantu, jangan hanya mentedarah rasuah dan mengutamakan kepentingan diri. Melayu tak boleh selamaanya mengharapkan perlindungan dari mana-mana pihak.

    Ini bukannya masa lagi nak mengapi-apikan semangat perkauman yang tidak memberi sebarang menafaat. Ini masa bekerja dan berusaha menguasai ekonomi dan ilmu pengetahuan. Kalau Melayu berupaya memiliki kemampuan ini,berhijrah ke Alaska pun kau tetap unggul.

    Sikit-sikit nak tiup sengat Melayu, sikit sikit nak minta keistimewaan, sikit-sikit nak minta TONGKAT. UMNO lingkup, kau pun turut mampos kalau macam ni.

    ReplyDelete
  8. bodoh yang komen ni,semua nak belasah umno dah tentu yang komen ni golongan freemason,terpengaruh dengan agenda yahudi. ado pulak ngaku bekas PTD,piiirahh pembongak bosar. Nak pengaruh oranglah tu. Semua ni pencacai ANWAR AlJUBURI dan NIK AZIZ AL IBLISI WAL SATANI. Piiirah lu olang kalau melayu semua melayu tak reti bersyukor macam nik aziz al setan nak mampos

    ReplyDelete
  9. Anon 11.54 am, kenapalah bahasa anda tidak mencerminkan kesantunan seorang Melayu. Kalau tak suka pun seseorang tu, tak payahlah nak memaki. Kalau asyik syok sendiri, itulah akibatnya. By the way, saya bukan seorang UMNO. PKR dan PAS pun bukan. Namun saya tiada pilihan mengharapkan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu. Wadah yang diharapkan akan bijak mengatur strategi dalam memartabatkan kuasa ekonomi dan politik serta pentadbiran orang Melayu. Tapi sekarang ini UMNO kelihatannya sudah lari jauh dari itu semua. Lebih kepada kepentingan kuasa dan agenda diri sendiri. UMNO wajar kembali semula kepada matlamat asal perjuangannya.

    ReplyDelete
  10. bekas ptd ni maknanya dia org lama ptd. org lama ptd background ialah sastera. so faham2 jelah spesis art ni. pentadbiran kerajaan dan kakitangannya digerakkan sbb idea org politik cerdik macam mahathir. kalau tak ptd boleh hanyut. cer perati apa set2 ptd ni buat bila ke luar negara jika tak mengghabiskan duit rakyat. apa kelab? apa pusat? apa rumah tumpangan? huh. budaya ptd ni dah rosak. kebanyakan perasasan bagus terutama set2 tua ni. layanan nak 1st class tapi otak lower class. dah tau nak dapat geran tanah amik masa kat malaysia ni...so apa yang ptd buat utk ubah? banyak songeh kerja sifar. komplen banyak ja tau!

    ReplyDelete
  11. Salam, saya tak fikir PTD sehina yang digambarkan. Ramai di kalangan PTD juga adalah dari profesyen tertentu. Ramai yang kerja siang malam tak mengira waktu. Ramai yang terpaksa korbankan kehidupan peribadi. Biarlah apa yang mereka buat untuk agama, bangsa dan negara, tidak mengharap untuk dihargaipun. Sekadar mengingatkan, PTD lah yang di belakang Allahyarham Tun Abdul Razak dalam mengubal DEB. Tak mengapa, teruslah nafikan sumbangan mereka yang tak seberapa itu!

    ReplyDelete
  12. Saya dengar ada PTD di Putrajaya yang balik rumah dalam pukul 3-4 pagi sebab nak siapkan laporan, terutamanya bila nk bentangkan bajet.
    Orang politik tetap penting tapi kerjasama bijak perlu ada dengan PTD sebab PTD ni lah yang tahu prosedur. Menteri boleh kata saya nak highway...yg perah otak, buat kertas kerja, berunding dengan tuan tanah kedawung, kena maki ngan org kampung..kena kejar dgn parang bila nk buat pengambilan tanah..sapa lagi kalau bukan PTD.
    PTD ni amanah bangsa, barisan yang pertama dalam Pentadbiran. Malulah, kalau kita Org Melayu yang kondem PTD sedangkan kerja belakang tabir diorang yang buat. Betul ada segilintir yg rosak, macam politician jugak, ada yg bagus, ada yg out. Kalau Menteri melingkup, sekali dgn PTD lah terlingkup..tak kira la Menteri yg Kerajaan sedia ada mahupun yg tengah bermimpi nak jadi kerajaan. Jatidiri dan sikap itu yg utama.

    ReplyDelete

Blog Archive