Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, December 21, 2012

Lagi mau kasi hancing ka Hadi?

Kami pernah posting pada 2009 dulu di sini mengenai kesan Amanat Hadi. Memandangkan hal ini telah kembali dihangatkan, maka apalah kiranya dihangatkan kembali musibah yang melanda umat Islam Malaysia rentetan Amanat Hadi, sebagai rujukan generasi muda hari ini yang masih tercari-cari arah perjuangan.

Fakta 1

Pada tahun 1962, Pas telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO. UMNO dikatakan kafir kerana menubuhkan PERIKATAN dengan MCA dan MIC. Fatwa dikeluarkan oleh 3 ulama' Pas iaitu Haji Mat Nor Teliar (Setiausaha Dewan Ulama Pas), Haji Mat Nor Selising (Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas) dan Haji Umar Daud. Kesemuanya diberikan jolokan "TOK GURU". Akibat dari "Fatwa" ini, maka berlaku perpecahan antara orang Melayu. Perkara ini terhenti apabila Majlis Raja-Raja kemudiannya telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti Pas.

Fakta 2

Abdul Hadi Awang dalam ceramah politik beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah mengeluarkan satu amanat yang berbunyi seperti berikut:-


Kata-kata ini dikenali sebagai amanat Hadi. Kesan dari amanat ini adalah seperti berikut:-

1. Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.

2. Mencetuskan perpecahan antara umat Islam sehinggakan ada yang berkata bersalam dengan orang UMNO perlu disamak dan jika orang UMNO masuk ke rumah, rumah juga perlu di samak. Peristiwa sebegini paling banyak berlaku di Kelantan.

3. Kes penceraian meningkat mendadak di Terengganu dan Kelantan atas alasan nikah yang dilaksanakan oleh Kadhi/Imam tidak sah kerana Kadhi/Imam digajikan oleh Kerajaan BN.

4. Peristiwa berdarah Memali, Baling Kedah pada 19 November 1985 menyaksikan seramai 18 orang telah terkorban berdasarkan sangkaan bahawa mereka syahid menentang Kerajaan BN.

Amanat Hadi mengatakan bahawa UMNO layak ditentang kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah (termasuklah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut 'Islam Agama Persekutuan'), serta dikatakan kafir kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Tapi apabila Pas bersekongkol dengan DAP dan Pkr dalam Komplot Pembangkang, adakah mereka juga turut kafir? Atau adakah tangan mereka yang bersalaman dengan pemimpin DAP dan Kalinga Pkr perlu juga di samak?

Tidakkah ahli Pas sedar bahawa niat tersirat British meluluskan penubuhan serta pendaftaran parti Pas pada 23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman adalah semata-mata kerana ingin melihat umat Melayu dan orang Islam di negara ini berpecah-belah sehingga kini? Dah tu Kalinga pulak yang daftarkan parti Pas tu. Parti Islam kononnya didaftarkan oleh seorang Hindu? Kasihan..kasihan!

Di bawah pula adalah amanat terbaru Presiden Pas versi Krismas tahun 2012;

"Saudara-saudara sekalian percayalah, 

Kita dah lebih teruk dari UMNO, bukan kerana nama kita Pas. Kita sudah mengikut Barisan Nasional kerana kita pun nak memerintah kerajaan.

Kita pun sama kafir kerana kita pun mengekalkan perlembagaan penjajah apabila memerintah Kelantan, Kedah, dulu Terengganu, sekejap Perak, dan bersama-sama dalam Selangor, mengekalkan undang-undang yang dulu kita panggil kafir, mengekalkan peraturan yang dulu kita panggil jahiliyah. 

Oleh kerana itulah kita kena akui mereka betul. Oleh kerana itulah kita harus mengakui cara mereka betul. 

Oleh itulah kita mesti cuba jadi lebih teruk dari mereka.  

Percayalah saudara-saudara sekelian, 

Perjuangan kita sudah jadi jahat, ucapan kita banyak bohong, putarbelit dan fitnah, derma kita dari sumber haram dengan menyeleweng Tabung Memali, kebas duit ahli Kohilal dan komisyen dari tauke-tauke Cina. 

Malu kita nak bergantung kepada Allah dalam menghadapi puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, sia-sia mati katak. Kita tipu diri ngaku aakan mati dalam Islam. 

Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita masuk Pas untuk jadi "kafir" dan munafiq yang menyalahguna agama, cakap tidak serupa bikin." - TAoHL

33 comments:

  1. Dekat je PRU semua jd kapir?hehehe.dah lama dah...kata che det.walhal umno le parti melayu yg paling halalan taiyiba masa british dulu.idup melayu british kerna mereka tak jadi kapir hehe.jgn risau,mca gerakan ppp pon ramai kapir.apa ada hal tak gitu.asalkan umno bkubur PRU nti.baru semua tak jd barua british yg buat perlembagaan tu.kemudian kita buat le perlembagaan baru yg lebih halal dan tak kapir british.hehehe.idup brahim katak!silap,idup hasan akidah!dia je YB melayu yg berakidah la ni.che det ketua setan kununnya la.malas nak layan dia.dia nyanyuk dah lama dah.lalalalalala...

    ReplyDelete
  2. Buat perlembagaan baru? Mimpi ka? Bukan pas sama pgayr cakap akn pertahan perlembagaan british lord reid ka kalo memerintah. Hahaha. Munafikun sungguh. Jilat kahak lendir hijau la pencacai pas.

    ReplyDelete
  3. Kami semua ada akidah!jerit pak hasan kayu jati!bila dpt kuasa kami tukar semua!tukar umno jd amanu.baru ada nur iman.

    ReplyDelete
  4. Umno dan british saling melengkapi.hakikat sejarah tanah melayu tak boleh diubah.nanti raja2 melayu murka?jgn main2 tau.raja melayu tunggul agama kita.kalu tak percaya tanya brahim ali.mcmana plak boleh tukar perlembagaan?pemimpin melayu juga yg suka main2 dgn raja dan plembagaan...tengok balik sejarah sejak 81 hingga sekarang.siapa yg suka perleceh raja?perleceh nabi takpa,sebab nabi dah wafat?fikir2 kan

    ReplyDelete
  5. Antara Nabi dan raja melayu mana lebih berdaulat?mana patut kita taat dan ikut/junjung perintah?durhaka pada raja itu dosa?harap ustaz paneh miang dpt beri pencerahan.ust azhar idrus tak boleh jawab buat masa ini kerna beliau sedang ambil bercuti tahunan.

    ReplyDelete
  6. Salam semua cai pembangkang.

    Sedih tengok korang semua ni yg turning point 360darjah semata2 sebab tak dapat nak jawab isu pokok Amanat Hadi.

    Tapi ramai pun tau tahap mentaliti pencacai Pas yang bila tak boleh jawab sesuatu isu, divert ke lain supaya orang terlupa isu asal.

    Teknik propaganda CIA di Soviet yang menyebabkan perpecahan Soviet Union, diguna pakai oleh para cai sekalian hari ini. Taktik lapuk. Kasihan...kasihan!

    Apa2 bak kata Anon 6.20PM, Pas telahpun berjanji akan mempertahankan perlembagaan jika diberi mandat, yang dulunya Presiden sendiri mengatakan ia peraturan kafir dan jahiliyah.

    Tuhan tu bayar cash sebelum ajal...biarpun dah 31 tahun berlalu. Terjilat muntah sendiri.

    Sekianlah adanya.

    Err..orang yang sama komen banyak kali...bosanlah hompuk.

    ReplyDelete
  7. Sabor paneh den amat bangga hari ni mantan PM den dok kat rekod no 2 dunia,bawah Hosni ateh suharto. Jangan bosan paneh, perjuangan bolum selosai.

    ReplyDelete
  8. Ler..suruh sabar pehtu divert isu lagi ke? Heh...maharaja lawak mega sungguh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau org nogori ke encik paneh?sekian

      Delete
  9. buang masa ko layan cai pengangkut najis nikmat ni sumo paneh. den masuk blog pembangkang habih komen den di delete. bilo tak dapek jawab delete. kurang-kurang blog ekau ni berani gak la den nengok biar komen pencacai ni bermaharajalela walaupun komen sumonyo takdo kono mengono ngan artikel asal. bab mentaliti tu den setuju. bab debat mereka ni taraf jamban.

    ReplyDelete
  10. Isu hudud spt kata blogger setiap 5 tahun keluar semula ibarat pisang goreng salut tepung goreng semula.Takdo isu lain ko paneh ekau pun serupo tok mufti yg makan gaji jaga hal ehwal melayu ajo, hal agama ikut musim ikut geng.Cuba ckp isu global sikit spt msia di tangga ke-2 dibawah china tentang aliran "illicit money" dari negara ke! atau mahashit di tangga kedua ke!Ekau ni bingai ke tongai ke lengai ke.

    ReplyDelete
  11. BILA ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim membongkar perihal UMNO dan kerabatnya MCA, Gerakan dan MIC menyapu 24 bidang tanah di Selangor. Itu bukanlah perkara yang menghairankan sangat. Kita pun sudah maklum akan perangai juak-juak UMNO-BN itu. Kalau tak disapunya tanah, boleh juga disapunya pasir.
    Tetapi paling mengecewakan, sudahlah tanah disapu, dibeli pula dengan harga yang amat murah. Disangka nak buat pusat aktiviti masyarakat, tapi bila disemak, ada yang sudah dikondokan, ada yang langsung tak diapa-apakan malah dibiarkan kosong.
    Terkini, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh pula membongkar perihal tanah milik UMNO Puchong tak dibayar cukai. Sudahlah tanah itu disapu dengan harga amat murah, cukai pula tak mampu dibayar. Apa nak jadi ni….
    Kalau dulu skandal tanah ini disabit dengan beberapa kerat pepimpin tinggi BN Selangor seperti Dr Khir Toyo, kali ini habis satu kapal terpalit.
    Bila UMNO nasihat DAP jangan diungkit perkara lampau
    Maka, bila cerita sapu tanah di Selangor makin panas dibincang rakyat jelata. Berkatalah Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Dia minta DAP agar menutup mulut dan dinasihat agar tidak diungkit perkara lampau.
    “Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008. Kami berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf,” kata Mohd Zin.
    Rasanya bukanlah DAP nak mengungkit, DAP cuma mendedahkan. Kalau tak didedah DAP, lama-kelamaan terdedah juga. Lagipun, hal sapu tanah ini tidak diketahui orang pada 2008.
    Bagai dikata orang, memanglah sedap mulut memohon maaf, tetapi cukupkah hanya dengan bermohon maaf?

    Siapa sebenarnya yang suka mengungkit, bukankah UMNO sendiri suka mengungkit. Diberi BR1M diungkit, diberi TR1M diungkit, diberi vaucer buku pun diungkit, habis semua diungkitnya. Biar dikenang jasa-jasanya, biar bila memangkah, jasanya tak dilupa orang. Kalaulah beramal dengan gaya mengungkit, tak ke mana pahalanya malah ditambah dosa riak.
    Kerajaan BN patut mencontohi kerajaan PR Pulau Pinang. Tak perlu mengungkit, Pulau Pinang sudah lama melaksanakan pelbagai skim untuk rakyat. Tak perlulah tunggu nak pilihan raya baru nak beri itu dan ini.
    Bab tanah, biarpun Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui DAP dituduh ‘chauvinis’, anti-Islam, anti-Melayu, Kerajaan Pulau Pinang membeli tanah bernilai RM20 juta di Jelutong untuk dijadikan tanah perkuburan orang Islam. Ini belum ditambah dengan skim perumahan mampu milik yang mula dilaksanakan sejak awal PR mentadbir Pulau Pinang. UMNO terus bisu bab itu.
    Bukankah sebenarnya UMNO bapa kepada segala pengungkit. Terbaru apabila Utusan Malaysia menimbulkan semula kisah “Amanat Haji Hadi” yang sudah lebih dua dekad berlalu… kalaupun mereka tidak mahu mengaku mengungkit, bolehlah kita simpulkan bahawa UMNO-BN sudah kehabisan modal politik.
    Kisah sapu tanah di Selangor mungkin sebahagian dari projek sulit kerajaan BN. Tak tahulah lepas ini skandal tanah negeri mana pula yang akan terdedah. Dedah skandal tanah bukanlah membuka aib orang. DAP dan PR bukan suka nak buka aib orang, kecuali UMNO-BN.

    ReplyDelete
  12. Teknologi copy paste di atas digunakan utk pencerahan umat melayu.taip panjang2 lenguh jari saya.saya ada kelas tambahan hari ini.tak sempat nk baca habis.

    ReplyDelete
  13. Eh...ado lagi ko yg divert isu sblm pegi kelas tambahan? Kelas tambahan hadi awang ke? Hehehe. Den stuju paneh, kes amanat hadi ni dah lamo tapi hadi x pernah tarik balik, apatah lg mengaku salah ataui mintak maap. Isu dio lg bosar dari isu budak kelas tambahan tu sobab isu amanat hadi ni isu akidah yg masih tak hadi selesaikan walau dah lebih 30 tahun. Dibiar umat islam rosah akidah dan keliru. Tak faham ke jika akidah pun dah rosak maka akan rosak segalanya. Budak kelas tambahan tu tak belajar ke syariah islamiyah? Dok sibuk hal rantingn terlepas pandang bab akidah. Elok la tu pegi kelas tambahan kasi dalam sikit ilmu tu.

    ReplyDelete
  14. PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Majlis Fatwa berhubung isu 'Amanat Haji Hadi' yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu.

    Kunjungan ke Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya pagi tadi itu diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dan disertai beberapa anggota dewan itu.

    Menurut beliau, inisiatif tersebut diambil ekoran beberapa mufti telah mengeluarkan 'fatwa' dan komentar berkenaan amanat tersebut.

    Kenyataan mereka itu kemudiannya digunakan pihak tertentu bagi menjadikan isu tersebut sebagai polemik demi kepentingan politik mereka.

    Dalam kunjungan itu mereka turut menyerahkan surat kepada wakil Majlis Fatwa agar diadakan muzakarah berhubung perkara itu.

    Surat tersebut diterima Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim Abdullah Mat.

    "Maka kita mengambil tindakan melalui saluran yang ada ini bagi memohon Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah berhubung isu tersebut," katanya sambil menyatakan kesediaan pemuda bermuzakarah dengan pihak Mjlis Fatwa bila-bila masa.

    Jika ianya tidak ditangani segera, ianya akan menjadi bahan mainan politik Umno secara berterusan setiap kali menjelang pilihan raya, ujar Faizi lagi.

    "Jadi kita tidak mahu ianya menjadi mainan politik Umno yang seolah-olah menggunakan institusi agama untuk menjayakan agenda politik mereka," katanya.


    ReplyDelete
  15. Baguslah pemuda pas dah insaf dan sedar yg amanat presiden mereka tu tak betul. Lgpun pemuda pas pun ramai yg masih belum lahir masa presiden dok kapirkan orang sana sini. Tak faham kesan akibat amanat yg merosakkan akidah tu. Elok la muzakarah buat kelas tambahan cari ilmu lebih sikit. Sbb pencacai ni ingat Allah nnt akan tanya dia, berapa banyak tanah yg umno dah hilangkan, atau Allah tanya, berapa banyak umat yg dah rosak akidah selamo 30thn disebabkan amanat sesat hadi yg kamu pertahankan? Pilih la.

    ReplyDelete
  16. Hal ni 5 tahun sekali je...tak penting mana pon kak.amanat?akidah?kahakkkptuihhh..ye,akidah yg perlu kita bincangkan setiap kali PRK/PRU..matang le sikit.masa nak dekat PRU baru sensitif pasai akidah?dalam hal elok rujuk en hasan ali akidah.dia arif bab akidah kot

    ReplyDelete
  17. anon 800pm contoh spesis liberal penyokong pluralisme yang dihantar iblis untuk memecahbelahkan ummat islam.

    ReplyDelete
  18. ekau anon 8pm faham ke idah maksud posting ni. yang tersuratnya kita membicarakan ttg akidah yg terpesong dek penangan amanat hadi yang mana ahlul taksub pas berpegang padanya hingga kini dan menyebabkan perpecahan dikalangan umat. tersiratnya, adakah kita masih nak mengangkat pemimpin yang menyesatkan rakyat bermula dengan akidah hingga rosak segala addin islami. nampak sgt kau komen tu tunjukkan ekau pun tak matang dalam menilai isu. kenapa amanat ni sering dibangkitkan...sebab yang macam anon 109pm katakan hadi x pernah tarik balik, apatah lg mengaku salah ataui mintak maap. selagi hadi tak bertindak muhasabah diri..selagi tulah benda ni akang terungkit tanpa selesai.

    ReplyDelete
  19. Yg kata hukum hudud takda dlm quran pun terpesong jugak tapi ko rang angkat jd no satu 22 thn sekarang jatuh no 2 tapi pusing ckp aku tak kaya aihh...! aku makan mee goreng sepinggan aja macam orang lain tapi rmh anak mcm istana.

    ReplyDelete
  20. Mahathir ckp hudud xde dlm quran pun itu dosa antara dia dgn Allah. Pandai2 la dia nak jwb sok. Takde pulak mahathir hasut rakyat jihad lawan sesama islam mcm memali, solat 2 imam, cerai laki bini berlainan fahaman politik, balut jenazah dgn bendera pas bala bala suma konon bg alasan perlembagaan kafir dan jahiliyah yg skrg dok jilat balik kahak hijau yg terbarai atas simen berpasir. Lagi mau spin ka? Kamon ano 916pm...hujah biar mateng.

    ReplyDelete
  21. Besok dia confirm takleh jawab sbb dia pakai hukum akal. Sebab itulah amanat hj Hadi masih bertahan bertahun diuji masa lebih 31 tahun. Yg kita hairan ada ulamak ternak parti yg diredho penjajah sampai 31 thn 5 tahun sekali, otak jadi bingai dan sengai tak mampu nak tolak atau hujah balik amanat tersebut. Hj Hadi nescaya dapat tarik balik amanat tersebut jika ada ulamak bermusim atau transformers dpt berhujah secara ilmiah. Jgn keliru, itu adalah amanat bertunjangkan fatwa ulamak2 muktabar terdahulu, kukuh sepanjang zaman. Kamon anu 10.05pm kamu dipihak yg batil, masa telah teruji.

    ReplyDelete
  22. Dalam memperkatakan soal ini, kita tidak mempertikaikan bahawa Abdul Hadi sendiri mungkin sudah tidak berpegang kepada amanat tersebut tetapi beliau perlu bertanggungjawab untuk membuat pengisytiharan terbuka menarik semula amanat itu dan sekali gus meminta ahli-ahli Pas supaya tidak lagi memandang serong kepada pemimpin dan ahli UMNO sebagai seorang Islam.

    Abdul Hadi harus ada keberanian dalam soal ini kerana isu 'Amanat Haji Hadi' adalah satu isu besar yang tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Bayangkanlah dalam tempoh berkenaan berapa ramai umat Islam yang berbeza fahaman politik kerana menyokong UMNO atau Pas berbalah sesama sendiri? Berapa ramai yang bercerai-berai? Berapa banyak nyawa yang terkorban kerana percaya perjuangan menentang kerajaan BN adalah jihad?

    Ia kerana seperti mana kata, C.N Al-Afghani dalam buku itu, ''…memang Pas telah lama tinggalkan isu kafir mengkafir ini, masalahnya sekarang doktrin terhadap ahli masih kukuh terpahat di dada kami."

    Doktrin? Inilah persoalan yang dibimbangi kerana ketaksuban kepada perjuangan Pas apatah lagi dengan tiada sebarang usaha menarik balik amanat itu ia memungkinkan sesetengah ahli Pas di peringkat akar umbi masih mempercayai bahawa UMNO adalah musuh yang perlu diperangi biar pun mereka adalah terdiri daripada umat Islam yang melafazkan kalimah syahadah yang sama.

    Mungkin Pas bimbang jika Abdul Hadi membuat pengisytiharan menarik balik amanat itu ia akan menunjukkan sememangnya amanat tersebut salah tetapi bukan soal pertimbangan politik yang harus diberikan keutamaan tetapi soal akidah dan kesejahteraan umat Islam di negara ini.

    Tapi orang macam anon 105 manalah faham ini semua. Dia hanya guna taktik iblis menghasut dan memutarbelit saja. Kamon anon 105pm, kamu dipihak yang sesat dan terbukti hingga kiamat.

    ReplyDelete
  23. Mengapa amanat Hadi salah..kerana menyalah tafsir maksud surah Al-Maidah ayat 44 & 45. Maksud sebenar ayat-ayat tersebut (Surah al-Maidah ayat 44 dan 45) ialah:

    (1) Dalam kitab Tafsir Ruhul Ma‘ani Juzuk 6 halaman 130, ialah “Golongan Khawarij telah membuat hujah dengan ayat ini bahawa orang fasik (yang melakukan dosa) adalah kafir yakni tidak mukmin." Pendapat golongan Khawarij ini dijawab oleh ulama Islam dengan beberapa jawapan antaranya:

    (a) Ayat tersebut tidak dimaksudkan dengan makna zahir kerana menghukum itu meskipun pengertiannya meliputi amalan hati dan perbuatan anggota lahir, tetapi yang dimaksudkan ialah amalan hati itu sendiri, iaitu “mempercayai’' atau “tidak mempercayai’' hukum Allah.
    Maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu menjadi kafir jika ia tidak mempercayai akan apa yang diturunkan oleh Allah; tetapi ia tidak kafir sekiranya ia tidak mengamalkan atau melaksanakan hukum Allah.

    (b) Dalam tafsir Ruhul Ma‘ani juga dijelaskan lagi bahawa Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa ‘sesungguhnya Allah menurunkan ayat-ayat di atas (ayat 44, 45, 47 Surah al-Maidah) hanya mengenai orang Yahudi, semata-mata’' (tidak dimaksudkan kepada orang mukmin (Islam).

    (c) Seterusnya Tafsir Ruhul Ma‘ani menerangkan bahawa Abi Salleh telah berkata: “Tiga ayat dalam Surah al-Maidah tersebut tidak kena-mengena dengan orang Islam, ayat tersebut adalah mengenai orang kafir’.

    Jika benarlah tiap sesuatu yang dilakukan yang bertentangan dengan hukum Islam akan menjadikan seorang Islam itu kafir, maka mungkin 99.9% daripada orang Islam sudah menjadi kafir selama ini (peratusan ini sebagai gambaran yang manusia tidak maksum). Mereka tetap sebagai orang Islam walaupun mereka berkali-kali membuat dosa.

    Seseorang yang murtad ialah mereka yang menolak agama Islam selepas ia memeluk Islam, dan juga orang Islam yang mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa usul periksa sedangkan orang Islam itu masih berpegang kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Oleh itu, mana-mana pemerintahan Islam di dunia ini adalah bertanggungjawab memastikan perkara ini supaya tidak menjejaskan kekuatan umat Islam. Jawapan sudahlah jelas bahawa orang UMNO tidaklah kafir kerana orang UMNO, mereka tetap beriman dengan al-Quran serta sentiasa berusaha mempertingkatkan kedudukan Islam di negara ini.

    - Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir
    Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

    ReplyDelete
  24. Mengenai isu dan hukum Takfir (mengkafirkan orang Islam) ini, Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 27 - 28 Mei, 1963 telah mengeluarkan pendapat seperti berikut:

    l “...Adalah kufur mengkufurkan seseorang Islam itu satu daripada perkara yang dipandang tersangat berat di dalam agama Islam. Kiranya orang yang dihadapkan kepadanya perkataan itu tidak tepat sifat-sifat yang menjadikan dia murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada orang yang berkata itu pula".

    l “...Mengikut kitab karangan Syarwani dalam juzu’ 9 muka surat 88 ada mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan terburu-buru mengatakan kufur kepada seseorang Islam, apatah lagi bagi orang awam sangat tidak digemari mengeluarkan perkataan kufur kepada saudara-saudaranya yang lain."

    l “...Ahli-Ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlis Raja-Raja menasihatkan setiap orang Islam bahawa kalimah kufur mengkufurkan sesama Islam itu hendaklah dipelihara daripada lidah masing-masing sama ada dalam kempen-kempen atau perbualan hari-hari atau lainnya."

    l Ayat 44 Surah al-Maidah adalah ditujukan kepada orang kafir Yahudi kerana mereka mengubah hukum Allah dan menggantikannya dengan hukum ciptaan mereka sendiri. Ini jelas dari ayat tersebut yang mengisahkan turunnya kitab Taurat yang dikaitkan dengan orang Yahudi.

    l Tidak menjadi kafir seseorang Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam sesebuah negara selagi ia tidak mengingkari kebenaran hukum tersebut yang datang dari Allah; apatah lagi jika ia (atau mereka) tidak mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

    l Pas mengkafirkan UMNO semata-mata atas dasar perbezaan politik kerana kedua-duanya merebut pengundi Islam, khasnya orang Melayu.


    Dalam hal ini, siapakah yang sebenarnya yang menolak serta memutarbelitkan al-Quran dan al-Sunah? Siapakah yang sebenarnya kafir?

    Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Jangan engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Surah Sad, Ayat 26).

    Maka wajarlah Presiden Pas itu mengambil pendirian memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia dan dengan hati penuh ikhlas menarik balik fatwa yang telah banyak meninggalkan kesan negatif sehingga mengakibatkan pecah belah masyarakat dan suasana persaudaraan yang dibingkaikan oleh tafsiran politik matlamat menghalalkan cara.

    Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir
    Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

    ReplyDelete
  25. Anu 2.41PM sila rujuk Tafsir Ar Rahman terbitan JPM ternyata kamu dipihak sekular yg terang2 terbentuk pemikiran mengikut acuan Barat.

    ReplyDelete
  26. anon 4pm mu tau dok makno secular? ngaji kasi habih dulu deh. mau tau dok pas tu secular hok lamo doh sejak 51. mu yang tak pengase tuh atau mu meme bengap.

    ReplyDelete
  27. Betul ramai ahli umno yg bengap.sangat setuju.teruskan dakwah kpd mereka

    ReplyDelete
  28. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir
    Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di atas penjelasan yang diberikan..

    Yang kedua, memandangkan saya asal dari Besut, Terengganu, jadi saya ingin kongsi petikan ceramah Pas yang pernah saya hadiri, "Daripada makan daging yang orang UMNO sembelih, lebih baik kita makan daging biawak"..

    Yang ketiga, PAS ada kelebihan dan kekurangan, UMNO pun ada kelebihan dan kekurangan, tapi benda ini akan berubah kerana pemimpin dan penyokong silih berganti dan iman kita semua juga tidak tetap, sentiasa berubah..

    Yang keempat, saya fikir undi UMNO terlebih-lebih baik dari undi PAS.. Masa akan datang wallahu'alam..

    Wassalam,
    Wan
    mlshaharizuan@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. Anu 2.44 di ateh adalah salah seorang pengikut UMPORNO yg termakan isu pilihan raya 31 tahun dahulu, isu yg diciptakan oleh UMPORNO sendiri oleh lidah utusek meloya menjelang pilihan raya. Amanat itu tidak menyentuh mana2 parti tetapi parti yg sekular amat terasa pedasnya, wallahualam.

    ReplyDelete
  30. kalau dah mengekalkan perlembagaan penjajah yg kafir,perlembagaan yg tk mengikut syariat Islam tu,,maknaya Kafir la tu,,, Jadi kesimpulannya memang botul la apa yg Tuan Guru Haji Hadi tu cakap,,,
    Jadi memang Wajib la kita tentang orang2 yg mengekalkan undang2 kafir ni,,
    Cuba la fikir balik elok2 sedaro,,taubat la,,,

    ReplyDelete
  31. KUALA LUMPUR - Menteri Berak Hanyut@Menteri Perogol, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

    Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
    "Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.
    Kah!!Kah!!Kah!! Apo barang nak rakam2 pulak? Dasar UmPORNO,,betul2 MELOYAKAN,,,,

    ReplyDelete

Blog Archive