Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, July 25, 2013

15 Julai-31 Ogos (Penentu UMNO)

Musim Ramadhan dan Syawal 1434H menjadi sandaran tahap-tahap ilmu kesabaran ahli UMNO di semua peringkat cawangan yang giat mengadakan Mesyuarat Agung.

Semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, wajib dipertandingkan mengikut Perlembagaan dan aturan pindaan 2009. Sudah tiba masanya, UMNO menjadi "tekong INTEGRITI POLITIK" dalam konteks Kuasa Melayu, melalui pertandingan sihat dan penuh hikmah.

Kerusi paling kritikal yang WAJIB dipertandingkan ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dilihat tidak cocok untuk dinakhoda oleh Kj lagi. Kj pun bukan bersungguh jalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dia pun tak ambil peduli tentang perihal indoktrinasi Pemuda UMNO sejak menjadi Naib Ketua Pemuda akhirnya Ketua Pemuda UMNO.

Kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia juga WAJIB dipertandingkan. Ramai lagi pemuka berwibawa untuk ambil kedudukan Ketua Wanita UMNO Malaysia. YB Pilah, Dato' Norhayati pun relevan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kerusi Ketua Puteri UMNO Malaysia juga wajar dipertandingkan. Ketua Puteri Kedah dan Ketua Puteri Pahang wajar ambil kerusi ini.

Apakah petanda baru dalam pemilihan kali ini? Integriti Politik amat jarang disyarah dan dibahaskan kepada pemuka-pemuka politik. Apakah Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO akan bersyarah panjang dalam Pidato masing-masing...Apa pula model fikir Presiden dan Timbalan Presiden dalam memastikan UMNO terus menerus menjadi Pokok Integriti kepada Kuasa Malayuwiyah? Apakah mungkin subjek-subjek ini menjadi pilihan mereka:

1. Kupasan kisah perjuangan Sultan Muhammad Murad II (Al-Fateh).

2. Kupasan Wa'ad Hamba Rakyat kepada Rajanya.

3. Bingkisan fikir Imam Abdul Hamid Al-Ghazalli dalam kitab bertajuk Nasihat Al-Mulk

4. Pemikiran bermakna tulisan Pendeta Za'aba dalam Makalah Al-Ikhwan tahun 1927

5. Kupasan Protokol-protokol Zionis dan pendedahan terbuka rancangan Gene Sharp melalui 198 pendekatan "from dictatorship to democracy"

6. Siapa itu Bani Malayuwiyah yang dikupas dengan baik oleh pemikir Ibnu Atthir Al-Jazari?

7. Bagaimana Melayu meneruskan survival dalam cabaran penuh dugaan, merujuk kepada pemikiran daripada pandangan TS Rais Sadiman, Hikayat Banjar dan Kenichi Ohmae?

8. Mampukah Presiden UMNO bawa ke medan, tokoh sejarah UMNO paling besar yang masih ramai tidak menemuinya iaitu TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas untuk bersyarah secara terbuka, pandangan beliau ke mana Haluan UMNO seharusnya...sesuai dengan amatannya sebagai "insan pereka cipta Sang Saka Bangsa"?

1 comment:

Blog Archive