Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, July 22, 2013

RM7.70 Harga Ayam Cekik

YB Menteri KPDNKK, harga runcit yang disilingkan RM7.70 sebenarnya mencekik leher para peruncit. Salah juga langkah meletakkan harga siling ini!

Sepatutnya kawal harga produk mentah itu dari ladang! RM5.50-RM5.70, tentukan harga borong timbang raga yang dinikmati oleh peruncit di pasar (end point) ialah RM6.00-RM6.30. 

Maka bolehlah peruncit jual RM7.20-RM7.70 ikut kedudukan tempat perniagaan masing-masing. 

Bukannya Pak Menteri main "parking" harga siling ayam proses RM7.70! Kategori ayam bersih diproses perlu diklasifikasi dengan perincian!

Harga ayam di ladang yang amat wajar dikawal oleh Kerajaan Malaysia. Jika harga ladang sekitar RM4.90-RM5.50, maka harga jualan di atas meja peruncit boleh dilogik kepada RM7.00 sahaja.

Kita bukan mahu HUKUM peruncit. HUKUMAN harga mesti diselia dari ladang/reban ayam lagi. Kalau nak lebih dahsyat, setiap rantaian nilai perniagaan ayam ini TOLONG TENTUKAN tidak lebih daripada RM0.70-RM1.00 kerana:

1. Bekalan ayam hidup dari Kulai dengan lori 10 tan dengan muatan penuh 250 raga ayam hidup, bergerak dari jam 5 petang, sampai di Seremban jam 10 malam. Lori sepenuh 250 raga ayam, dengan muatan ayam hidup yang beratnya 2.1 kg boleh menampung 250 raga x 10 ekor setiap raga = 2500 ekor ayam. 

2. Kos makan dan logistik lori semuanya RM300 sehala. Kos di reban setiap ekor ini tidak kurang daripada RM6.50-RM8.00 sepanjang membesar. Jika KPDNKK sanggup letak pegawai JUSA A menyamar sebagai peraih ayam, dengan lori, bergerak dan menjual ke peruncit di pasar, cuba lihat bagaimana penipuan timbangan berlaku di reban khasnya ladang-ladang milik Cina. Setiap kilo akan dicuri, paling tidak RM0.50.

3. Kemudian untuk tentukan ayam terus hidup dalam lori yang sarat, maka dipancut air. Ini kaedah biasa, jika tidak kepastian bahawa 15% akan MAMPUS dalam perjalanan ke destinasi.

4. Inilah risiko tertentu, kemudiannya sampai di lokasi turun ayam, ada juga yang main "dacing" atau pun memandikan ayam ini, untuk lebih berat. Lagi dahsyat "selalunya" sebelum naik lori tadi pun, ayam telah diberi makan, untuk tambah berat.

5. Pada adatnya, semua kos keciciran berat-timbangan awal jauh berbeza sebagainya, akan dialami ruginya oleh peruncit. Biasanya berat raga kosong ialah 6.6-7.8 kilo. Berat ayam 10 ekor yang basah, dengan raga basah dan sebagainya, hingga waktu pagi sebelum ayam disembelih, peruncit akan tanggung kos cicir berat sebanyak 10-11 kilo. 

6. Bila mana peruncit ditekan dengan kawalan harga runcit siling RM7.70, apakah KPDNKK mempunyai akal bistari memikirkan:

6.1. Siapa nak bayar air dan elektrik serta gas, untuk kerja proses ayam?
6.2. Siapa bayar upah dan gaji pekerja peruncit ayam?
6.3. Siapa bayar kos cicir berat?
6.4. Kos-kos harian setiap peruncit ayam tidak kurang daripada RM50 jika hanya dengan 3 orang yang bekerja dalam satu-satu gerai ayam.
6.5. Memang tiada promosi pemasaran ayam bersih, namun siapakah yang bertanggungjawab untuk uruskan jika harga ayam RM7.70 sekilo, bekalan hari ini tidak habis sebanyak 100 ekor ayam hidup, disimpan hingga hari esok. berat ayam susut, maka, siapa tanggung? Ya, jawapan untuk orang pejabat "Apahal penjual tak estimate?"...Ingatlah bahawa peruncit ayam di pasar-di gerai dalam majoriti penempatan ialah 80% orang Melayu.

80% peruncit Melayu ini, menjadi "sandwich" drama "HARGA SILING" setiap tahun. Tidak pernah selesai sejak 1995. Pak Sedaro begitu berpengalaman dalam industri ini, dan kekadang "NAIK MELUAT" dengan YB-YB Menteri yang berikan kenyataan akhbar-kenyataan selamat tengkuk-kenyataan BANGANG, yang tidak berpaksi kepada kebenaran dan hakikat "Perusahaan Ayam Daging" di Malaysia.

Mungkin sejak 1957 lagi, orang Melayu dilihat mengikut punggung Cina dalam industri makanan. Kini, industri makanan halal khasnya sumber rugi produk Ayam sebagainya didominasi tekak pemakannya oleh Orang Melayu. Namun, masih tertongkat dengan Cina. Kartel-kartel Cina dalam industri ayam ini sudah bermaharajalela sejak 1940 lagi. 

Kini Persatuan Penternak Ayam Kebangsaan makin BONGKAK. Siapa dalam persatuan ini? Persatuan Pemborong-Peraih Ayam Kebangsaan siapa pula? Persatuan Peruncit dan Penjaja Ayam Melayu Negeri-negeri wujud atau tidak?

Persatuan Peruncit dan Penjaja Ayam Thiong Hua sudah wujud sejak 1970 lagi, sama ada berdaftar rasmi mahu pun bertopeng dengan rakan persatuan lain! Entah diketahui oleh KPDNKK entah tidak pasai ni!

Ladang RISDA yang luas, Ladang FELCRA yang luas wajar dicipta sepetak daripadanya "kawasan penternakan ayam Melayu". Bila kena jentik, maka sibuk nak buat kompleks makanan ayam!

Tanyalah kepada semua Ahli Dewan Rakyat seramai 222 siapa yang puasa ayam! Kecuali dia vegetarian, secebis daging dia pasti nak mentekedarah. Andai KPDNKK dan MoA masih mengambil langkah PEKAK BADAK-TERPULANGLAH, yang pasti BN akan kalah PRU-14 jika kemelut ini tidak selesai.

Pak Sedaro suka ingatkan bahawa ini bukan UGUTAN, tapi INILAH REALITI RAKYAT. Khasnya Bangsa Melayu yang mendukung UMNO.

UMNO Chicken Farm secara Wakaf mesti dibina setiap Negeri-negeri Melayu Beraja.

6 comments:

  1. Yaw mantoppp.... tapi siapa yang perduli.. who cares... mujur keyboard dan taipan komputer tak memerlukan dakwat. kalaulah guna dakwat, sepuluh tong drum dakwat belum tentu boleh menyebabkan menteri KPPDNK atau Najib atau MP UMNO akan perduli. mereka perduli undi melayu sahaja.
    - Dari penyokong umno yang dah bosan.

    ReplyDelete
  2. Aku tengok menteri KPPDNK baru ni terkulat-kulat je beri ulasan tentang isu harga ayam kat tv...hehe
    Aku sokong betul cadangan Paneh supaya JUSA A menyamar jadi peraih ayam. Itu baru betul kerja kalau nak menyelongkar isu ayam sampai ke akar umbi. Tu pun kalau pihak KPPDNK benar-benar serius nak menangani masalah ni.

    - Aku makan ikan sardin cap ayam je...

    ReplyDelete
  3. Mau Hali Laya Ma..

    ReplyDelete
  4. Ayam oh ayam...kalau harga mahal, kita pakat ramai2 jangan beli ayam...kita beli daging aje...diorg ni tau nak untung aje...rugi sikit tak mau...sepatutnya ayam dijual rm6.00 aje...

    ReplyDelete
  5. mentri baru terkejut dengan maslah ni..orang baru jadi menteri kan..buatlah ladang ayam satu malaysia baru lah senang nak kawal harga..kalau nak harapkan bekalan dari pembekal cina mampuslah kena main

    ReplyDelete

Blog Archive