Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, July 30, 2013

Integriti 152

Pada 10 Mei 1969, kotak kayu bernombor 152 sedang diukir oleh Partai Buruh di Sentul. Sebuah rumah kedai bernombor 33 hampir dengan Pasar Sentul sedang bekerja "bagai nak gila" menghasilkan sedozen peti usungan 152.

Pada 13 Mei 1969, keranda 152 diusung sekitar Batu Road-Chow Kit Road, Jalan Raja Alang, Jalan Tunku Abdul Rahman bersama ribuan pengikut ortodoks Komunisme melalui partai DAP dan Buruh.

Terbukti penjajahan bentuk baru menyelinap dalam minda sempit GLC dan GLIC. Apa pun hujah balas di Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara, gelagat fikir Pengerusi (yang tiada kuasa eksekutif) apalagi Ketua Pegawai Eksekutif GLC dan GLIC masih miskin 152.

Stigma 152 "second class", bukan lingua franca, bukan business lingua menjadi "mata noktah" mereka. Penasihat pujukan mereka berkelulusan US kebanyakannya, bawa balik rukun Freemason. Eloklah...

Integriti 152 amat penting menerusi gerabak-gerabak ilmu. Iklan dan pemasaran menerusi Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu ialah lambang kuasa. Martabat bahasa ini mesti didewasa dan dimatang oleh pemain GLC dan GLIC. Semua GLC dan GLIC mesti dipaksa untuk menyumbang sebanyak 70% iklan dalam Bahasa Melayu, bukan pilihan/alternatif dalam Inggeris. Mandatorikan subjek Integriti 152.

Makin lama kelihatan pengurusan tertinggi GLC dan GLIC makin bacul dan dayus dalam Agenda Gagasan Bangsa Malayuwiyah. Sebab itulah mereka sanggup jadi belatuk dan kakak tua kepada TPPA, citra dan cakna Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive