Ungkapan kata ini diluahkan oleh Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO dalam satu sesi dialog bersama NGO Kelab Che Det (26/7/2013) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Kalau pemimpin bersin pun ahli UMNO akan tepuk tangan."
"Mereka akan sokong tanpa bersoal jawab lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO walaupun yang dilakukan itu merosakkan parti."
"Ahli UMNO sudah tidak berkualiti lagi, apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam UMNO."
"Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya, dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli ke dalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa barulah diluluskan, begitu seterusnya cikgu pula enggan orang yang lebih berpendidikan darinya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semua nya tidak berkelayakan."
"Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin UMNO ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan."
"Dulu waktu saya jadi Presiden, MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan, malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa."
"Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkannya, malah keadaan bertambah buruk."
"Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang."
"Lihat sahaja isu EC yang diserah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat, begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan."
"DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi."
"1 Malaysia tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagainya."
"Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang di dengar oleh pemimpin."
"Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu. Ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu. Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam."
"Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya."
"Saya didatangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib, malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib dilanggar."
"Banyak pihak yang berjumpa dengan saya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang cina. Malah mereka ini sangat dilayan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya."
"Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan."
"Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti dikata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja."
"Apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu."
"Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada."
"Adakah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu? Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga, tapi malangnya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu."
"Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib."
"BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya."
"Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi. Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang cina."
"Saya akan terus bersuara untuk Bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, ya saya akan kata saya rasis."
Sumber: The Chulan.
Tepat sama sekali kenyataan Tun Mahathir. Saya juga undi BN kerana tidak mahu nasib melayu tergadai di tangan Pakatan Haram Jadah. Malangnya Najib tak sedar diri masih menagih simpati kaum Cina bagi mendapatkan sokongan mereka, hakikatnya bangsa melayu mengharapkan dia lebih menumpukan survival melayu yang kini semakin meruncing angkara Cina DAP yang mahu kuasa mutlak di negara ini.
ReplyDeleteNAJIB IS A FAILURE!!!!!
Pada aku, kenapa sekarang baru nak bising atas kelemahan DSNTR..sebelum ni nape semua sokong dia sedangkan dia xmampu nak jaga UMNO sendiri..
ReplyDeleteBila dalam PAU patut awal2 lagi dah tolak dia, tapi semua dok cakap tunggu PRU baru boleh nak ubah atas alasan xnak ganggu strategi etc etc..
Sekarang baru nak bising..xpelah..dari xbuat pape atau hanya harap pada DSNTR untuk letak jawatan, ada baik tendang dia..tapi berani ke pemimpin nak tendang dia, bila ada pihak yang cadang untuk buka ruang pemilihan bagi Presiden pun dah dikecam..
Kalau untuk pemilihan pun dah xboleh nak berubah, jangan harap sangat nak tunggu pimpinan UMNO berubah..
Sekadar pendapat
@aku_ein,
ReplyDeleteBiasa lah kalau di kecam..
Yang mengecam tu adalah dari para pengampu yang berkepentingan...
Pemimpin sejati tidak takut pada kecaman.
Skrg ni sesiapa ahli umno boleh calon diri utk tanding presiden. Pi saja isi borang di pej perhubungan negeri. Meh ramai2 cabar najib.
ReplyDeleteSatu ingatan yang bagus dari Tun pada pandangan saya. Tapi percayalah Tun, tiada ahli Umno yang akan menyahut untuk langgar Najib. Status quo akan kekal dan Najib akan berleluasa. Macam Tun cakaplah, masih adakah ahli dan pemimpin Umno yang berkualiti terutama di peringkat bahagian. Ketua bahagian pun kroni Najib. Rosaklah Melayu nampaknya. 2018 kalau PM dan presiden Umno masih org yg sama, baiklah Melayu sign saja deklarasi awal2 untuk serah Malaysia ni pada cina. Biarlah anak cucu pribumi merana sendiri.
ReplyDeleteKatakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang (di antara kita) sedang menunggu; maka tunggulah kamu! Kemudian kamu akan mengetahui kelak siapakah orang-orang yang berada atas jalan yang lurus, dan juga siapa yang mendapat petunjuk" (Taha 20:135).
ReplyDeletekalau xder sesiapa pemimipin tertinggi umno yang berani cabar najib mengapa tidak ahli2 biasa yg sahut cabaran..biar beribu yg isi borang tanding presiden sebagai tanda protes
ReplyDeletesemua telor da kena picit..Rosmah Picit telor Najib, Najib Picit telor geng yg cuba nak lawan dia..Kuasa beb, kuasa tu Tunai, Tunai gtu Kuasa..Mana ada demi agama , bangsa dan negara, Bangsa melayau Pun sanggup ubah nama AH GIB GOR..apake jadahnya Melayu lupa diri ini.
ReplyDeleteBuat penat aja Tun Cakap.... pemimpin umno takkan berubah. Yg berpelajaran disingkir...yang dungu disanjung demi servaival diri sendiri
ReplyDeleteSokong Halimah Sadiq bertanding presiden...lebih berani dan berwibawa dari pemimpin lelaki yang ada teloq tapi penakut macam tak ada teloq...
ReplyDeleteBukan rasis tetapi nasionalis .... Nasionalis Melayu
ReplyDelete