1. Setiausaha kepada Kementerian Perdagangan dan Industri menegaskan bahawa rundingan perdagangan mesti dilakukan secara rahsia, saya rasa oleh pegawai yang berkenaan. Nampaknya tidak akan ada perbahasan awam atau dalam kerajaan sendiri.
2. Saya tidak fikir ia adalah satu amalan yang baik, jika memang itu adalah amalannya. Mari kita lihat rekod perdagangan dan perjanjian lain yang dirundingkan oleh Kerajaan Malaysia. Rata-rata perjanjian perdagangan sebelum ini seolah-olah tidak banyak memihak kepada Malaysia. Malah mereka seolah menyebabkan Malaysia 'terpaksa' menerima syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
3. Pertamanya, cuba kita nilai perjanjian air dengan Singapura. Malaysia telah bersetuju untuk menjual air mentah pada 3 sen per 1000 gelen. Sebagai balasan Malaysia boleh membeli 12 peratus atau kurang daripada air yang dirawat dengan harga 50 sen. Jika kadar ini dikaji semula, kedua-dua negara sepatutnya bersetuju.
4. Jika Malaysia meningkatkan kadar ini kepada 6 peratus per 1000 gelen (iaitu 100 peratus), maka Singapura boleh menaikkan harga atas faktor yang sama untuk 1 dolar bagi setiap 1000 gelen air yang dirawat. Ini sudah tentu tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia. Dan kita tidak pernah cuba untuk merundingkan semula harga.
5. Perjanjian pertama tamat pada tahun 2011 dan kita tidak merundingkannya semula. Perjanjian seterusnya akan luput pada tahun 2060. Jadi, kita hanya akan dapat 3 sen bagi setiap 1000 gelen air mentah yang dijual sedangkan kos sara hidup mungkin telah meningkat beberapa kali dalam tempoh itu.
6. Bagi mengelakkan Singapura menyemak semula harga air jika kita menaikkan harga air mentah, Johor telah diberikan wang yang cukup untuk membina loji rawatan sendiri. Tidak perlu lagi bergantung kepada bekalan dari Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah tanpa Singapura menaikkan harga air yang telah dirawat.
7. Saya diberitahu bahawa Johor masih perlu membeli air yang dirawat dari Singapura. Saya benar-benar tidak tahu mengapa. Jadi harga belum dirundingkan semula dan saya rasa ia tidak akan dirunding semula sehingga tahun 2060.
8. Hari ini dolar Singapura adalah 2 kali ½ nilai Ringgit Malaysia. Ketika perjanjian itu dimeterai, nilai matawang kita berbanding Singapura ialah satu kepada satu. Persoalan kini, adakah kita akan menerima bayaran dalam dollar Singapura atau dalam Ringgit Malaysia? Atau adakah perihal ini menjadi rahsia juga?
9. Terus terang saya tidak fikir bahawa kita cukup berhati-hati dengan apa yang kita rundingkan. Secara kebetulan Johor menjual air dengan kadar 30 peratus bagi setiap 1000 gelen ke Melaka, iaitu kira-kira 1000 peratus lebih tinggi daripada air yang dijual kepada Singapura.
10. Kemudian terdapat pembelian pesawat pejuang F/A-18. Sebenarnya Kerajaan mahu beli MIG-29. Entah bagaimana sebahagian daripada dana itu digunakan pula untuk membeli F/A-18. Saya rasa orang yang buat keputusan ini tahu mengapa mereka mesti mempunyai F/A-18.
11. Malangnya perjanjian membeli F/A-18 tidak pula termasuk pembelian kod sumber. Tanpa kod sumber, F/A-18 hanya boleh terbang dalam misi yang hanya diluluskan oleh Amerika Syarikat. Maka pesawat pejuang yang mahal itu kini hanya boleh digunakan untuk persembahan LIMA saja. Satu permainan yang sangat mahal.
12. Kemudian terdapat AFTA, Kawasan Perdagangan Bebas Asean. Kita bersetuju bahawa kereta dengan 40 peratus kandungan tempatan layak dipertimbangkan sebagai kereta nasional dan diberi status bebas cukai untuk pasaran ASEAN. Syarat 40 peratus kandungan tempatan sebenarnya mudah dipenuhi oleh syarikat pengeluar kereta dari luar ASEAN. Ini bermakna kereta-kereta Jepun, Korea, China dan Eropah boleh mendapatkan status negara ASEAN dengan mudah jika komponen kereta mereka dipasang di negara-negara ASEAN termasuk bateri, tayar dan beberapa komponen lain.
13. Kita menghasilkan Proton di Malaysia dengan 90% kandungan tempatan. Sememangnya kos kita adalah lebih tinggi dan belum mampu bersaing dengan syarikat kereta di luar ASEAN yang dipasang di negara-negara ASEAN. Walaupun Proton membanjiri pasaran Malaysia, namun hampir tidak ada Proton dilihat di negara-negara ASEAN lainnya.
14. Perunding mungkin fikir mereka sedang merundingkan perjanjian yang baik untuk Malaysia, tetapi saya tidak fikir begitu. Hakikatnya kita hanya buka pasaran ke negara lain dengan pasaran tertutup.
15. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila Proton perlu mematuhi pelbagai standard dan prosedur keselamatan yang ditetapkan kerajaan Malaysia, namun pada masa sama kereta import diberi pula pelbagai pengecualian. Tetapi sekiranya Proton berhasrat mengeksport kereta ke negara-negara pengeluar, ia perlu pula mematuhi semua standard mereka. Setakat ini Proton tidak boleh dieksport ke Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Ini adalah contoh 'perjanjian baik' yang kita lakukan.
16. Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh, tetapi kita tidak boleh pula membina jambatan atau meratakan tambak, atau menyelesaikan isu kumpulan wang simpanan pekerja kita di Singapura. Tetapi kita sanggup pula berikan tanah keretapi kita yang bernilai berbilion kepada Singapura tanpa sebarang faedah. Dan sekarang kita pula yang terpaksa minta izin Singapura hanya untuk membina kereta api kelajuan tinggi.
17. Nilaikanlah semua perjanjian yang telah kita lakukan dan anda akan dapati hampir tiada satu pun faedah yang boleh kita nikmati.
18. Sekarang kita mahu terima bulat-bulat TPP (Trans Pacific Partnership) ilham daripada Amerika. TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan.
19. Apabila GATT (Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif) gagal, Amerika mencipta WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) untuk tujuan yang sama. Itu juga gagal. Mereka kemudian mencipta APEC. Namun mereka tidak dapat mencapai matlamat mereka. Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosikan Dunia Globalisasi, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh didagangkan ke mana saja untuk memusnahkan ekonomi mana-mana negara dan kemudian menarik keluar semula wang mereka. Mungkin kita terlupa apa yang telah mereka lakukan pada tahun 1997-1998.
20. Ketika itu mereka gagal untuk memiliki perolehan kerajaan. Namun kini mereka cipta pula TPP, satu perkongsian yang pastinya berat sebelah, yang kuat akan mengambil kesempatan terhadap yang lemah.
21. TPP akan menjadi undang-undang. Jika kita melanggar perjanjian, syarikat mereka boleh menyaman Kerajaan Malaysia berbilion dollar. Saya mempunyai keraguan tentang keupayaan kita untuk meyakinkan mahkamah antarabangsa. Kita tidak dapat meyakinkan Mahkamah Dunia dalam kes Pulau Batu Puteh.
22. Mereka mempunyai ramai peguam terbaik. Kita pasti menghabiskan semua dana yang kita miliki hanya untuk membayar peguam kita yang pastinya kurang pengalaman. Akhirnya kita akan hilang segalanya dan terpaksa pula membayar ganti rugi yang bernilai berbillion dolar. Dan kita akan berterusan membayar sehingga kita terpaksa buat keputusan untuk mematuhi peraturan TPP. Dan apabila kita mula mematuhinya, baru kita sedar yang kita akan kehilangan lebih banyak wang.
23. Kerajaan kini mempunyai masalah dalaman dan kita perlu menyelesaikan masalah ini. Mereka seolah tidak peduli. Sesiapa yang bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dilabel sebagai perkauman oleh para pegawai kita. Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme.
24. Saya tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. MITI mahu melakukan semua ini secara rahsia. Dan kita pula tidak tergamak menghukum orang-orang yang membuat perjanjian tersebut yang bakal menjejaskan kepentingan negara ini. Dan pilihan yang kita ada hanyalah menangggung kerugian.
25. Malaysia adalah negara saya, sebagaimana juga negara para pegawai dan ahli-ahli politik yang membuat keputusan di negara ini. Jika ada orang yang dalam diam cuba untuk mendatangkan mudarat kepada negara saya, maka saya mempunyai hak untuk bersuara.
26. Kerajaan banyak bercakap tentang ketelusan. Mari kita lihat ketelusan mengenai rundingan TPP. Kata putus Oktober 2013 ini sepatutnya diabaikan. Dan biar China juga dilibatkan.
Seperti yang ditulis , siapa kah agak nya yang layak menggantikan Najib ? Jika ada kenapa tidak tetapi jangan harap Si kapal atau SI LKS atau LGE hatta Si ANuar sekali pun mesti cari pengganti dalam kalangan BN
ReplyDeleteSedih dengan 'kepandaian' pegawai2 di kementerian yg kebanyakannya PTD - masih boleh diharapkan lagi ke depa ni. Apa nak jadi ngan Malaysia.
ReplyDeleteadakah akan ada pemimpin yang berai lawan najib dalam PAU nanti?
ReplyDeleteIsu kalah dalam rundingan antarabangsa memang sudah menjadi lumrah Malaysia tambah-2 lagi dlm era paklah dan Najib....
ReplyDeletetengoklah isu pembantu rumah Indonesia, tiap kali berunding maka tiap kali itulah kita terpaksa ikut kehendak mereka (indon) dan majikan kita perlu tambah ongkos. sekarang dah jadi RM8000.00, sedangkan kitalah yang mengujudkan pekerjaan itu.
Saya nak syorkan di sini,perlu ada satu peruntukan akta atau undang2 khusus berkaitan dgn menjaga kepentingan negara dan masa depan rakyat malaysia di bawah Yang Di Pertuan Agung.Maka apa jua kes berkaitan perjanjian,penghinaan,caci maki bangsa atau agama yg menjurus kpd negara di dlm keadaan bahaya,dgn secara automatik ia boleh terbatal,di tangkap,di halau dan di penjarakan serta di susuli dgn akta2 lain.
ReplyDeleteKita tolak TPPA,sebab kita, orang melayu tidak mampu utk bersaing dgn konglemerat barat yg mempunyai nilai aset dan aliran tunai berjumlah USD trillion .Apa kata kita mulakan ekonomi islam di negeri yg kurang tercemar dgn sistem ekonomi kapitalis dan sedikit keterbelakang dgn negeri2 maju dan berstatus kos kehidupan yg tinggi seperti pahang, terengganu,perak,kedah dan perlis.Kita mulakan dgn sistem pentakbiran ekonomi islam(baitulmal) yg di tunggangi oleh konglemerat muslim dgn sistem pungutan zakat bersepadu,bank syariah,pembangunan hartanah,meningkatkan aktiviti bumiputra dll.Andaikata pembangunan yg setara dgn negeri maju di semua negeri,maka amat payahlah utk merealisasi sistem ekonomi islam sebab konsep hutang yg tertangguh dan riba yg memanipulasi nilai hartanah semasa sehingga membebankan kos hidup kita sehingga sekarang.Kita mesti mengambil iktibar atau contoh kejayaan di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dlm menguruskan ekonomi secara berkhedmah,berimbang,surplus dan tidak wujud deficit serta mampu berkembang.Banyak ciri2 kebijakan kejayaan di zaman kegemilangan islam yg patut kita contohi termasuk instrumen2 perekonomian ketika.Tidak di nafikan juga, sistem cukai dan zakat di malaysia ada juga meniru di zaman pemerintahan khalifah islam,namun di tengelami oleh sistem hutang yg berpanjang dan penambahan nilai riba yg meningkat serta berterusan.
ReplyDeletePayah juga nak buat,sebab akan mjdi persaing terkuat pa industri hartanah sekarang nie dan bergntung kpd baki keluasan tanah negeri yg boleh di kembangkan utk mengerakkan ekonomi islam.Perlu ada resolusi dr kerjaan negeri berkaitan rizab tanah negeri dan keputusan kepimpinan negeri.Konsep pemilikan hartanah kedua perlu di perluaskan dgn teknologi pasang siap atau penyediaan lot tapak rumah bagi persara akan dtg.Yg penting adalah tema pembangunan utk menarik pembeli,contoh2 lain adlh seperti pembangunan koridor.Kwsp juga patut di galakkan dlm usaha ini.Beli dan kemudian jual hartanah mgkut tmph matang akan di bida bermula harga asal utk mengelakkan manipulasi harga hartanah dan meningktkan persaingan pembida.Pembiayaan pinjaman adalah tanpa riba.Konsep sebegini adalah lebih baik utk menyimpan nilai dlm bentuk hartanah yg berpontensi bg entiti syarikat besar kerajaan selain dr pelaburan sektor perladangan.Matlamat, membeli hartanah utk kediaman dan mjlnkan aktiviti perniagaan,bukan utk manipulasi harga hartanah dan memperjudikan kehidupan orang lain,semata2 utk memenuhi nafsu tamak dan meraih keuntungan yg cepat.
ReplyDeleteDengan mengistiharkan petronas sebagai wajib mengeluarkan zakat di dalam anggaran Rm 2 billion ringgit setahun, maka ia sebagai jaminan terbesar kpd Tabung Haji, utk mencairankan dana badan entiti syarikat terbesar kerajaan utk merealisasikan aktiviti ekonomi islam terutama dlm bidang kewangan dan hartanah di bawah Lembaga zakat Antarabangsa dan Baitulmal.
ReplyDelete