Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, August 21, 2013

Hidup berubah sekelip mata

Tarikh keramat 10 Februari 1997, pasti tidak akan dilupakan oleh seorang pemuda apabila terlibat dalam nahas jalan raya yang mengubah hidupnya selain turut mengorbankan sepupunya.

Nazrul Nazri, 33, berkata, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang bersama sepupunya dilanggar kenderaan lain di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kampung Gentam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia putus tangan kanan sehingga ke paras bahu, putus jari manis dan kaki kanannya patah.

"Selepas kejadian itu, kehidupan saya berubah apabila disahkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit dan perlu dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

"Selepas keluar hospital, saya boleh berjalan, namun pada Jun 1998, saya mengalami kebas di kaki kanan dan keadaan kaki saya menjadi semakin lemah. Pada Oktober tahun sama, saya terpaksa berjalan menggunakan tongkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelangai Hilir, baru-baru ini.

Tidak terhenti di situ, pada Mei 1999, Nazrul dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan X-Ray dan mendapati tulang tengkuknya retak manakala tulang belakang sebelah kiri dimasuki kuman serta air tulang belakang berketul.

"Atas nasihat doktor, pada Jun 1999, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk termasuk tulang belakang. Mulai saat itu, kehidupan saya berubah kerana tidak mampu berjalan dan doktor mengesahkan saya mengidap penyakit ‘brown squad syndrom’ (kurang daya tahan urat sarat).

"Walaupun sedih, saya tetap cekal untuk menjalani fisioterapi di HUKM selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana berhampiran dengan rumah,” katanya.

Nazrul berkata, mulai 2002 dia tidak lagi menjalani pemeriksaan di hospital kerana menghadapi masalah pengangkutan dan kewangan.


"Hampir 10 tahun, saya tidak menjalani pemeriksaan. Kemudian, pada 2012, saya melakukan pemeriksaan di HTJ dan doktor memberitahu tulang tengkuk saya bengkok, manakala tulang tengkorak dan tulang belakang tidak selari.

"Kes saya ini sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak doktor mengatakan dua batang tulang di bahagian leher terpaksa diganti dengan tatinium dengan kos keseluruhan melebihi RM8,000," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa menangguhkan pembedahan itu kerana tidak mampu dan hanya berubat secara tradisional.

Sementara itu, Nazrul berkata, kini dia hanya bergantung wang pencen arwah ayahnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis sebanyak RM400 sebulan.

"Ibu saya, Rajah Jaali, 55, seorang ibu tunggal dan dengan wang pencen itu, kami sekeluarga gunakan untuk menampung kos harian termasuk perbelanjaan sekolah adik perempuan saya.

"Selain itu, ibu juga menanggung seorang makcik yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Ibu pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk makcik tetapi tidak dilayan," katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima bantuan JKM dan Baitulmal, namun itu juga tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.

"Kos ubat saya setiap bulan melebihi RM500 sedangkan saya hanya menerima RM300 dari JKM dan Baitulmal sebanyak RM100 sebulan.

"Pihak HTAN juga menasihatkan saya agar membuat bilik air dan tandas baru sesuai dengan keadaan saya dan itu semua memerlukan kos tinggi," katanya.

Dalam pada itu, katanya, doktor pernah menyarankannya menggunakan katil elektrik yang bersaiz besar bagi memudahkannya meluruskan badan dan bergerak ke kiri dan kanan yang menelan kos sebanyak RM20,000.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan Nazrul boleh menghubunginya di talian 013-2988958. - Sumber.

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive