Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, August 1, 2013

KUBUR NAJIB RAZAK

Rekod pengurusan pentadbiran eksekutif carca-marba berlaku selepas peristiwa seorang Presiden UMNO bernama Abdullah bin Ahmad memberi restu tanpa suara kepada menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO.

Budak hingusan ini menang dengan penuh kontroversi, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Berikutan itu tersebarlah ke seluruh Alam Melayu bahawa sejarah Empayar Rom kini sedang melanda dan meratah sayap dan saraf UMNO.

Kemudian pilihanraya 2004 manusia bernama Abdullah Ahmad menang bergaya dengan "pungutan mata undi ehsan" hasil peninggalan Dr. Mahathir Mohamad yang masih diberikan pelbagai gelaran antara yang paling maut ialah MAHAFIRAUN?

Abdullah Ahmad menjadi PM dan Presiden UMNO. Maka terlantiklah Mohd Najib Abdul Razak sebagai TPM yang diberi laluan sebagai Timbalan Presiden UMNO. 

Hari ini sejarah 5 Mei 2013 memberi kedudukan kepada Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO, seterusnya Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Mohd Najib Abdul Razak menjalankan kuasa eksekutif PM dan Presiden UMNO. Muhyiddin Mohd Yassin sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO.

Melihat beberapa peristiwa besar yang berlaku selepas April 2009, hinggalah hari ini 31 Julai 2013 (sempena Hari Pahlawan), Pak Sedaro merasakan beberapa ancaman fizikal sedang dialami dan terkesan kepada rakyat dek tindak-randuk songsang keumpulan tertentu:

1. Tindakan perarakan secara revolusi moderate dalam Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0

2. Tindakan berhimpun dalam Himpun 1.0, 2.0 dan 3.0

3. Rekrut upahan seperti Naweemee yang masuk ke Parlimen hanya berpakaian ala-hip hop (pakaian paling mematuhi etika lawatan Parlimen-mencabul hak peraturan Parlimen dilaksana oleh balaci-sanggup Mohd Nazri Aziz perdaya kesantunan Parlimen).

4. Tidak kurang daripada 100 tindak laku "out of manners" Malaysia khasnya Negara yang memartabat Kepercayaan kepada Tuhan dilakukan oleh rekrut upahan Komunis, Freemason dan Syiah yang makin melata dan mengembang.

Hari ini jika gagal kuatkuasa Akta Darurat (yang terlalu terlebih bijak DIMANSUHKAN) maka Kerajaan Persekutuan Mohd Najib Abdul Razak akan jahanam. Penyudahnya tamatlah kerjaya politik Najib.

Apakah mustahil berlaku lagi "13 Mei 1969"? Jawapannya TIDAK MUSTAHIL. Petanda-petanda dan api perciknya sudah melata-lata. Fenomena ganjil "pembunuhan" dan "tembakan" di sana-sini, kelihatan seperti sudah wujud gelombang fahaman Pluralisme dan Liberalisme MELAMPAU yang berkembang biak.

Ini semua terkesan dek "pemansuhan" Akta Keselamatan Dalam Negeri, dibataklan Perkara 150 (Proklamasi Darurat) dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kelihatan benar, Pak Sedaro petik ayat yang pernah dilontar secara terbuka oleh Tuan Haji Mohd Jaafar Kassim, Ahli Persatuan Sejarah Negeri Sembilan iaitu "Akan sampai masanya puak minoriti menguasai majoriti!" Senario ini RUPANYA SEDANG MELANDA Malaysia sejak 36 bulan dulu secara melampau-lampau, seolah-olah Bani Malayuwiyah redha fenomena ini.

Dari mulut celupar manusia langsung kepada penerbitan filem "The New Village", menyalahguna secara terbuka "lambang kehormatan pasukan RAMD yang lahir pada 1 April 1933". Andai mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia, maka boleh diambil tindakan undang-undang kerana salah guna tersebut. Soalnya ialah, Apakah tindakan ATM?....Ahhhh itu kecik punya hal!!! Dek sifat kecik punya hal lah...maka kerjaya politik NAJIB akan meniarap dan tertiarap.

Sesungguhnya Bani Malayuwiyah tidak punya pokok berteduh. UMNO sudah menyimpang JAUH dari UMNO Mei 1946. UMNO 2013 pimpinan Mohd Najib Abdul Razak, sudah songsang Falsafah Asal Kemenjadiannya. UMNO tertegak untuk Orang Melayu dan Umat Islam (utama) dan menjaga kepentingan Kaum-kaum Lain.UMNO terbina atas asas yang percaya kepada Kuasa-kuasa Ketuhanan yang Tinggi yang dilambangkan dengan bayanganNya melalui Raja-Raja Melayu, inilah yang dicernakan oleh Prof. Naquib bin Ali Al-Attas dalam panji-panji Sang Saka Bangsa.

Pak Sedaro akan terus mengecam kepemimpinan BOBROK DAN BANGANG. Pak Sedaro akan terus memberi pandangan kritis supaya UMNO terus relevan kepada Melayu dan Islam. UMNO ialah parti yang digeruni dan ditakui Inggeris, kerana asal penubuhannya ialah makna besar kepada INTEGRITI Melayu dan Islam seperti yang diriwayatkan oleh Raja Ali Haji dalam kitabnya bertajuk Tuhfat Al-Nafis.

9 comments:

  1. Hang pandai sangat, pi lah bertanding.

    Tak payah jadi barua anjing orang tertentu.

    Tak payah berlakon pura-pura jatidiri Melayu.

    Mentaliti macam nilah yang memecah belakan UMNO.

    Bodoh dan Bangang nama nya.Memang miang.

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Khas untuk Anon Aug 1,2013, 0421pm. Orang pandai politik, barangkali tidak selalu menang dalam pertandingan PARTI UMNO. Orang bijak politik lebih baik berada sebagai PENEGUR TEGAR kepada UMNO. Anon yang beri komen kelihatan seperti "anjing menyalak bukit".

    ReplyDelete
  3. Penulis mmg memberikan pendapat yg bernas. Najib mmg xde telor...

    ReplyDelete
  4. Sdra ,izin

    Saya tanya brapa batu nesan hendak di letak di atas kubur nya ?
    Kat mana pusara nya ?
    TNB
    TNB
    TNB
    Tumbang Najib Bodoh Bangang.
    1M liberal Bapak kucing bapak sekolah cina inklusive engage bapak sekolah vernakular amal new politiks sahabat cameron obama tony ffffff jason jonathan.
    geli nak mengaku melayu.
    presiden parti 3.4 juta ahli telor cair.
    sepupu hisham
    suami flom.
    penghulu kampung battersea.
    ta tau buat ucapan, pakai skRipt orang tolong tuLis, merapu di persidangan Islamik Finance.
    TNB.
    TNB.
    TNB.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  5. Zaman Najib dan Pak Lah jadi Presiden UMNO...melayu di hina dan islam di keji...apa tindakan dari mereka sebagai pemimpin tertinggi UMNO...diam
    Zaman KJ jadi ketua pemuda juga orang melayu di hina dan islam di keji....
    Apa tindakan yang KJ buat...diam...
    Mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin orang Melayu...
    Najib dan KJ wajib di keluarkan dari barisan kepimpinan UMNO...
    Ayuh semua kita undi mereka keluar!!

    ReplyDelete
  6. Cakap kat Najib, ini kali aja lah. Najib sudah kelihatan tidak relevant lagi. UMNNO harus mencari pengganti sebelum nasi menjadi bubur.

    ReplyDelete
  7. Keluar satu penyangak, masuk lagi satu perompak. Tadak beza nyo den.. Perabih boreh saja puak2 ni. Keluar BN sajalah lagi senang.

    ReplyDelete
  8. suatu ketika dulu semasa pru 13 lim kau sial gunakan rambut bininya dengan mencukur habis dan menjadi botok untuk menarik simpati puak cibaibeng ...

    sekarang ah jib gong gunakan air mata rosmah untuk menarik simpati perwakilan umno dari membuang ah jib gong dari persada tahta umno ...

    ah kak ros ... aku pun ada sajak untuk kak ros ...

    jangan sesekali kita memperjudikan masa depan kita ...
    kepada pemimpin melayu yang lembik dan lemau ...
    kepada pemimpin melayu yang mengutamakan cibaibeng dan keling pariah ...
    kepada pemimpin melayu yang lebih bangga memukul gong cina dari gendang silat melayu ...
    kepada pemimpin melayu yang berangan-angan menari will will pada hari taipusam ...

    wahai rakan dan taulan ...
    fikirkanlah masak-masak ...
    kerosakan dan kemusnahan yang telah dibuat oleh pemimpin ini ...
    Ordinan Darurat dicabut buang ...
    ISA diwafatkan ...
    APA dibentang bagi menjadikan PDRM sekadar faslitator pada perhimpunan haram ...
    sehingga tiada lagi kekuatan PDRM ...

    Wahai rakan dan taulan ...
    fikirkan masak-masak sebelum mengekalkan pimpinan melayu yang singkat akal fikirnya ...
    yang bersedia dengan yakin menandatangani TPPA ... yang akan membuat negara ini dijajah semula oleh kaum kapitalis ...
    yang akan membuat anak cucu kita persoalakan kenapa tidak dibuang pemimpin yang tidak berguna itu ...
    wahai pahlawan teruskan perjuangan singkirkan mereka yang singkat akal fikirnya ...
    ayuh bertindak sebelum semuanya terlambat ...
    ini semua untuk kita dan generasi mendatang ...
    kerana kita sudah tiada masa lagi ...
    demi menjaga aman negara ...

    ReplyDelete
  9. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete

Blog Archive