Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, June 3, 2008

Agenda Asing - Part IV

Aku ingin memetik kata2 yang pernah diucapkan oleh seorang lelaki pada masa lalu. Mungkin ada yang pernah membacanya, tapi sudah melupakannya. Dia berkata;

"Mahathir learns a lot, he reasons a lot. He even changes his position. I don’t see how much more democratic one can be. But he has to be firm. He is tough, I agree, but we require firm and tough leaders".

Lelaki yang menuturkan ayat di atas bernama Anwar bin Ibrahim. Persoalannya, adakah kata2nya pada masa itu kekal menjadi pandangannya pada masa kini, sepertimana kekalnya prinsip insan yang diperkatakannya? Ada yang berkata pada aku bahawa apa perlunya setelah kita mencapai kemerdekaan dan bebas daripada penjajah; kita perlu memikirkan bahawa kita akan dijajah semula? Kalau kita tidak akan dijajah semula, maka apa perlunya kita bersifat patriotik?

Ingin aku memperingatkan kita semua bahawa budaya setiap bangsa2 di dunia ini adalah berlainan. Mereka tidak seperti Melayu yang mudah bertoleransi, sering berbaik sangka pada bangsa lain dan bersifat penyayang. Sejarah merupakan satu kuliah yang besar. Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan bertindak mengulangi sejarah berkenaan. Sejarah bangsa Yahudi adalah menganggap bangsa mereka sebagai bangsa teragung di dunia. Cacatan sejarah menunjukkan bahawa bangsa Yahudi suka menindas bangsa lain. Begitu juga dengan bangsa2 Barat merupakan bangsa2 yang tidak berhenti2 berperang. Contohnya British, Denish, Swedish, Belanda, Portugis, Spanish, Perancis, Italy, German dan banyak lagi bangsa2 Eropah. Sebab tu wujud ungkapan2 seperti "The Europeans are the most war like people in the world" dan "Veni, Vedi, Vici" (ku datang, ku lihat, ku tawan).

Inilah orang2 Barat dan Yahudi. They are still thinking about how to dominate the world. Strategi penjajahan barat kini tidak semestinya melalui kekuatan ketenteraan semata-mata. Jadi janganlah kita fikir bahawa mereka tidak ada hasrat dan niat untuk menjajah kita semula. Soalnya bagaimana mereka ingin menjajah kita? Adakah mereka akan menyerang ekonomi sesebuah negara agar akur dengan telunjuk mereka seperti yang berlaku pada Malaysia dan negara2 lain pada 1997/98? Ramai rakyat kita menjadi miskin? Ramai yang menganggur? Ramai orang2 cina mati bunuh diri? Peniaga2 cina melarikan RM200 billion wang ke luar negara untuk mengelakkan bankrap? Menteri Kewangan bodoh mana yang membenarkan peniaga cina membawa wang negara keluar pada masa itu? Banyak perniagaan Melayu berkubur? Bank2 terpaksa digabungkan? Ramai hilang pekerjaan dan pendapatan? Harga barang naik dan inflasi meningkat?

Benarkah ada cubaan untuk mendorong Malaysia meminjam daripada IMF melalui Pengerusi Pembangunan IMF Asia Pasifik pada masa itu? Siapakah Pengerusi Pembangunan IMF Asia Pasifik pada masa itu? Kenapa banyak negara masih berhutang dengan IMF hingga kini akibat krisis ekonomi 1997/98? Mengapa Argentina yang pernah menjadi negara ke-8 terkaya di dunia kini menjadi miskin? Tiadakah yang sedar bahawa Argentina kini tidak mempunyai apa2 kecuali kuasa politik? Tiadakah yang mengambil ikhtibar bahawa syarikat penerbangan, bank2, telekom dan pelbagai syarikat milik kerajaan Argentina sudah dimiliki bangsa asing? Adakah kita juga tidak sedar apa yang sudah berlaku pada Indonesia? Juga nasib yang menimpa negara2 Islam lain?

Adakah serangan ekonomi ini adalah untuk menaikkan boneka mereka memerintah Malaysia? Sepertimana akurnya pemimpin2 jiran iaitu Singapura, Filipina, Thailand serta Indonesia kepada Amerika dan Yahudi? Mungkinkah krisis kenaikan harga minyak kini merupakan sesuatu yang dirancang? Menjadikan keadaan ekonomi dunia tidak stabil melalui krisis kenaikan harga barang dan makanan? Adakah tekanan ekonomi kepada negara2 membangun seperti Malaysia ketika ini merupakan percaturan kuasa2 besar dunia agar kita tunduk kepada mereka? Apa tindakan kita? Berpecah belah sesama bangsa? Atau menangani masalah ini secara bersama sebagai rakyat Malaysia? Artikel Agenda Asing akan datang lebih paneh.

Suspicion is one of the best defences.

p/s: "Itu saja ke?", ujar tokoh wartawan negara Tan Sri A. Samad Ismail dengan nada sinis apabila beliau ditanya oleh wartawan, berkenaan salahlaku Anwar pada 1998. Banyak lagi ke salahlaku Anwar tu Tan Sri?

16 comments:

  1. ntara Babi & Minyak.
    Dilulus terbit pada Wednesday, June 04 @ 21:51:51 MYT oleh greenboc

    Analisis Isu Oleh Topeng_Perak

    "
    Assalamu'alaikum...

    Sah!!! Sah parti Un Mind Nasional Organisation menipu rakyat Malaysia sekali lagi... Sah sebutir Malaysia kena tipu hidup-hidup buat kesekian kalinya... Sah pak-pak Menteri dari Parti Barang Naik memperbodohkan rakyat-rakyat Malaysia yang mengundi parti Barang Naik masa PRU12 hari tu.Sah kome semua bodoh sebab undi Parti Barang Naik.Sah Parti Barang Naik sinonim dengan namanya Barang Naik.

    Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos. Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!

    2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.

    Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik...

    Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos...praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.

    Kita ambil yang positif.harga minyak akan naik pada bulan Ogos.jadinya kita sebagai pengguna masih berpeluang untuk menyusun semula perbelanjaan harian kita sebelum kenaikan.rakyat punya masa sekurang-kurangnya 2 bulan untuk menyusun belanja harian sebelum kenaikan harga berlaku.apa yang berlaku sekarang ialah,kerajaan mengambil langkah drastik tanpa memberi peluang kepada rakyat untuk survive...

    Perbelanjaan bulan ini sudah diatur dengan kemas oleh kita sebaik mendapat gaji tetapi tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenaikan secara drastik.saya percaya ramai rakyat yang belanjanya hanya "cukup-cukup makan" ketika ini terkesima kerana setelah berbelanja mengikut bajet yang telah disusun,kini terpaksa menanggung beban lebihan perbelanjaan berikutan kenaikan secara drastik.ini amat tidak praktikal & boleh dikatakan Amat Zalim.

    Kenapa pak pak menteri didalam kerajaan tidak pernah terfikir akan perkara ini?kita seringkali dinasihatkan agar bijak berbelanja tetapi apa yang dapat kita lakukan jika seringkali kita tidak diberi peluang untuk menyusun perbelanjaan kita?tak mustahil ada antara rakyat Malaysia pada bulan ini akan membuka "buku hutang" yang baru & tak mustahil adanya antara mereka yang akan menghadapi masalah rumahtangga berikutan kenaikan sara hidup.

    Tetapi kerajaan yang "prihatin" ini tidak akan peduli akan masalah rakyatnya.saya terfikir berbagai perkara...adakah kerajaan Barang Naik "membalas dendam" berikutan kekalahannya di 5 negeri dalam PRU12 tempohari?entahlah...saya hanya pandai perspekulasi tetapi saya tidak tahu membaca apa yang ada didalam kepala otak pak-pak menteri Barang Naik...

    Buatlah sesuka hati kamu kerana kamu yang memegang kuasa.

    Ada yang pernah menyindir sinis kononnya kerajaan PR menghadiahkan "Kandang Babi Skala Besar" kepada para pengundinya di Selangor.tetapi kita fikir kesannya... - lebih baik mendapat kandang babi yang tak perlu kita bayar tetapi dapat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti dari mendapat Hadiah Kenaikan Harga Minyak yang pastinya akan membawa kepada kenaikan lain-lain harga barangan keperluan yang harganya kita bayar dengan wang poket kita sendiri dan juga amat membebankan kita......

    Tahniah Para Pengundi Parti Barang Naik.anda bijak membawa "perubahan"...Tahniah.

    ReplyDelete
  2. bukan salah BN harga minyak naik, tapi salah paklah. wahai org2 umno, pastikan presiden dan pm baru bertukar menjelang bulan ogos. new leadership...new policy.

    p/s: kalo pkr pun memerintah pun sama je. nuar sodomi pun lebih teruk perangai. apatah lagi pas. tah apa la idea hadi nak setelkan masalah minyak ni. masalah kelantan pun banyak tak setel. siap jual minyak subsidi pada org siam lagi.

    ReplyDelete
  3. Parti barang naik

    LIM KIT SIANG KONSISTEN DENGAN PERJAUNGANNYA - MALYSIAN MALAYSIA DAN HAMPIR BERJAYA DENGAN BANTUAN ANWAR DAN HADI

    KARPAL SINGH - KONSISTEM - LANGKAH MAYAT AKU DULU JIKA NAK TUBUH NEGARA ISLAM TAHNIAH PAK LAH, ANWAR,HADI (THE THREE STOOGES)

    ANWAR IBRAHIM - DULU UMNO , KUAT KUTUK DAP ( parti perkaumanlah, chauvanistlah dan macam-macam. Pas tu kutuk PAS pula )

    HADI - DULU KUTUK UMNO ( nak tubuh negara Islamlah, UMNO kafirlah dan macam-macam lagi. Hari ini peluk LIM KIT SIANG, negara Islam tukar jadi negara KEBAJIKAN)

    PHOOOOOOOORAH!!!!!!! orang macam ni nak percaya. Terang-terang nak kejar kepentingan diri.

    YANG JELAS

    Lim Kit Siang dan Karpal Singh hampir memenangi permainannya. Anwar, Hadi, Pak Lah adalah alat untuk mencapai cita-cita mereka. Mereka tidak akan puas selagi China atau India tidak dapat memerintah.

    ANWAR - TERANG-TERANG BARUAH YAHUDI
    Jenis Melayu ni patut hukum tembak je! AKU TAK NAMPAK APA HEBATNYA DIA. KRISIS KEWANGAN DULU PUN HARAP TDM SELESASIKAN. Cakap je bergegasr-gegar. Tipu orang bolehlah.Yang dengar ni dah tak ada akal.

    Hadi - Orang gila kuasa. Cakap berdegar-degar tentang Islam. Bertahun-tahun memerintah pun tak nampak apa hasil yang boleh kita kenang. Tunggu orang lain lembik barulah menang.

    AKU TAK PERCAYA LANGSUNG KALAU NEGARA INI DITADBIR PKR

    AKU PUN TAK PERCAYA KALAU NEGARA INI DITADBIR PAK LAH.

    KESIMPULANNYA

    KITA TAK MAHU PAK LAH BUKAN TOLAK BN

    ReplyDelete
  4. Dulu Tun Mahathir pernah jemput semua MB menganggotai majlis bagi menangani krisis ekonomi pada 1998. Masa tu Nik Aziz dan Hadi (Menteri Besar Kelantan dan Terengganu masa itu) telah mencadangkan agar kita kembali kepada Islam untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut. Tapi kaedah penyelesaian cara Islam seperti yang dicadangkan tidak pula diperincikan oleh mereka. Setakat cakap kena kembali kepada Islam, budak tadika pun boleh cakap. Tapi cara penyelesaian, idea sifar. Itukah yg dikatakan layak perintah Malaysia?

    Nuar plak cadangkan pinjam dari bank dunia dan IMF. Nampak sgt nak jahamkan negara. Faedah tinggi gila plak tu. Kalo la kita guna pakai cadangan nuar masa tu, kompom kita jadi mcm indon. Ni pemimpin yg dikatakan boleh selesaikan masalah minyak skrg ni? Mesti dia akan cadangkan kita pinjam IMF untuk subsidi rakyat Malaysia.

    Nilah yang dikatakan pemimpin bangang vs bahalol. PAS vs PKR!

    ReplyDelete
  5. pepmompim ummeno sekarang memang bebal dungu don bahalul..kita tokmoh cita pasal mahathir yg dah nyanyuk tuh, itu the past, serupa macam kita cita mokhtar dahari,

    yg nyata pemimpinn sekarang memang dungu,secara tak langsung kena tempias kat parti ayuh UMNO kota pecat paklah dan pemimpin bebal sekelilingnya...

    korang punya sadara mara jugak sengsara,,

    hangpa semua ni pon bebal dan banggang ashik cerita dan taksub dgn TUn saje, lepas kutuk pemimpin pembangkang jer, cuba hangpa bagi tau kat aku, pemimpin UMNO yg layak ganti paklah, Najib? wakakakakkaak

    ReplyDelete
  6. Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan 'PM terlampau' - Mahfuz
    Wan Nordin Wan Yaacob
    Wed | Jun 04, 08 | 9:01:36 pm MYT
    KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1,00 dan Petrol RM0.78 sen) yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat.



    Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini selepas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan sebentar tadi.

    Sambil menyatakan ia sebagai satu tindakan yang terlampau, Mahfuz berkata kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi.

    Sedangkan sebelum ini kenaikan dikatakan akan dikaji dan berkemungkinan akan berlaku pada Ogos ini, ujar Mahfuz.

    Namun tanpa sebarang 'signal' awal kepada rakyat, kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan menaikkan sekali lagi harga minyak pada satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat.

    "Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," ujarnya.

    "Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan," ujar Mahfuz.

    Baginya tindakan ini sekali lagi satu penipuan dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.

    Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau.

    "Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan.

    "Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini," ujarnya.

    Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di stesen-stesen minyak di sekitar ketereh dan Machang, deretan kenderaan sedang bersesak untuk mengisi minyak berikutan pengumuman kerajaan sebentar tadi.

    Kesesakan hampir 5 kilometer berlaku di Ketereh sementara di Kok Lanas pula kesesakan bermula daripada Jalan Kok Lanas ke Ketereh berhampiran Stesen Minyak Caltek Jalan Kota Bharu Kuala Krai.

    Ramai yang ditemui merungut dengan kenaikan harga minyak yang melampau ini.

    ReplyDelete
  7. Naik Minyak:Rakyat mesti protes sedarkan kerajaan!
    Azamin Amin
    Thu | Jun 05, 08 | 9:44:18 am MYT
    KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Rakyat mesti secara menyeluruh melahirkan suara protes dan menunjukkan bantahan yang besar kepada kerajaan supaya menimbang semula kenaikan bahan bakar yang diumumkan semalam kerana jelas mencetuskan suasana 'gawat' dan menambahkan lagi beban kos hidup penduduk dalam negara.



    Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata bantahan itu perlu dibuat segera memandang keputusan kenaikan harga minyak adalah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak malah tidak menyangka kerajaan bersikap 'kering hati' dalam membuat keputuasan tanpa mengambil kira kesulitan yang bakal dihadapi oleh rakyat.

    Atas keputusan semalam katanya, beliau selaku penyelaras Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes), akan berbincang bersama jawatankuasa pagi ini untuk mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi 'menyedarkan' dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

    "Jika kerajaan boleh buat keputusan melalui kuasanya tanpa mengambil kira nasib rakyat maka rakyat juga boleh menunjukkan kuasa melalui suara protes mereka.Keputusan naik dan turun ini berada di tangan kerajaan maka rakyat mestilah menunjukkan bantahan yang di buat secara menyeluruh di seluruh negara.

    "Jika Perdana Menteri 'merayu' supaya rakyat untuk tidak berdemonstrasi maka rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk 'merayu' supaya kerajaan menurunkan harga minyak," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

    Tambahnya, keputusan kerajaan untuk mengikut harga pasaran dunia telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara namun bezanya kadar gaji penduduk negara-negara itu melebihi penduduk di Malaysia yang secara tidak langsung tidak membebankan kos kehidupan.

    "Memang kerajaan ikut sistem negara luar yang tidak memberi subsidi seperti Singapura tetapi penduduknya mendapat gaji berlipat kali ganda dan taraf hidup mereka lebih stabil berbanding rakyat kita yang semakin lama semakin teruk keadaannya," katanya

    Selain itu kesan kenaikan minyak ini juga turut dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan kerana ianya alan membabitkan kenaikan barangan keperluan pula.

    "Golongan yang miskin dan tidak ada kena mengena dengan kenaikan ini turut terjejas kerana sudah pasti harga barang dan keperluan lain juga turut naik seiring kenaikan bahan bakar ini,"katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai.

    Beliau turut menganggap bahawa 'rebet' atau pulangan wang melalui cukai jalan yang diberikan kerajaan hanya sebagai 'pemujuk' sementara kepada rakyat dan ianya tidak bersifat keuntungan atau kemudahan jangka masa panjang.

    "Bayar RM150 atau RM600 sekali setahun sahaja tetapi menderita setiap hari, apa gunanya? Ini semua sekadar nak mengaburi mata dan memujuk rakyat semata-mata," katanya.

    Semalam Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

    Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa tengah malam semalam.

    Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus. - mks.

    ReplyDelete
  8. BENARKAH ADA MENTERI GAY BERTEMANKAN ARTIS LELAKI?
    Dilulus terbit pada Thursday, June 05 @ 10:20:52 MYT oleh reformis


    Oleh gadisberbisa

    "
    Acap-kali penulis terpanggil memikirkan kisah ini yang menyentuh isu sensitif seorang insan yang berjawatan menteri penuh dalam tampuk pemerintahan negara kita.Menteri GAY dan sanggup bertemankan artis lelaki popular?Adakah kisah ini benar atau sengaja direka bual oleh mereka yang ingin melihat menteri ini jatuh tersungkur.Penulis bukanlah berhasrat ingin mengaibkan sesiapa,cuma sekadar pengajaran bagi kita semua.

    Penulis bukanlah rapat sangat dengan mereka yang berpangkat besar-besar,cuma penulis mempunyai teman yang cukup mengenali mereka-mereka ini.Apa yang pasti,teman penulis ini merupakan anak kepada salah seorang datuk yang begitu kaya dan mewah di Malaysia.





    Bulan lepas dalam pertengahan April,penulis diajak minum dan makan tengah-hari disalah sebuah restoran tomyam yang terkemuka di Petaling Jaya.Rakan penulis berhasrat ingin meluahkan sesuatu cerita yang selama ini beliau rahsiakan dan tidak mahu menyimpan seorang diri.

    Menurut rakan ini,suatu hari beliau bertugas keluar negara.Rakan penulis mempunyai tugas kerja yang melibatkan perniagaan makanan yang terkenal di Malaysia dan dunia.Beliau bertolak malam dan menaiki salah satu pesawat mas.Dalam pesawat penulis terserempak dengan menteri tersebut seorang diri tanpa ditemani oleh ahli keluarga.Rakan penulis berpura-pura diam dan tak mengenali menteri tersebut.

    Sampai sahaja dilapangan terbang luar negara tersebut,penulis terkejut apabila menteri tersebut disapa dan pipinya dicium oleh salah seorang artis lelaki popular Malaysia.Artis ini memang cukup bergaya,kacak dan masih bujang.Siapakah artis dan menteri Itu terpaksa dirahsiakan.

    Rakan penulis pada mulanya menganggap ciuman dan dakapan itu hanyalah sekadar kawan dan saudara.Tiada niat langsung berburuk-sangka.

    Dua hari berada diluar negara,rakan penulis sukar melupakan adegan artis dengan menteri tersebut,beliau menghubungi rakan yang terdekat dengan menteri tersebut,menurut cerita yang diperolehi,menteri tersebut mempunyai hubungan gay dengan artis itu dan sanggup memberikan segala kemewahan kepada artis lelaki itu.Malah sebuah rumah dihadiahkan kepada artis tersebut.Dimanakah maruah menteri dan artis ini? bagaimana pulak dengan isteri dan anak-anak menteri ini apabila mengetahui yang siayah gay?

    Pengajaran yang kita perolehi dari kisah ini ialah hidup kita didunia hanya sekali,kehidupan yang songsang seperti ini adalah kelakuan terkutuk dan akan dilaknat Allah swt.Lambat dan cepatnya kutukan ini akan datang juga kepada kita yang melakukannya,seperti mana kaum-kaum terdahulu."

    ReplyDelete
  9. PM ambil risiko politik
    Jun 4, 08 10:12pm
    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil risiko politik yang besar apabila mengurangkan subsidi, menyebabkan kenaikan harga bahan api dan tarif elektik, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

    Ini ekoran kenaikan harga makanan dan bahan api merupakan antara faktor utama yang mendorong rakyat mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

    Malah, kekalahan teruk BN, khususnya Umno, telah mencetus desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.

    Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Abdullah berkata, kerajaan terpaksa memikir apa yang terbaik untuk rakyat.

    Dalam sidang akhbar yang sama, beliau mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 manakala minyak diesel pula naik 63 peratus kepada RM2.58, berkuatkuasa tengah malam ini,
    Menurut Abdullah lagi, kos petrol dan komoditi telah meningkatkan secara drastik dan oleh itu, subsidi juga perlu disusun semula.

    Abdullah juga berharap pengumuman kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik hari ini tidak mendorongkan rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi bantahan.

    Tindakan kerajaan itu dijangka akan mencetuskan protes daripada orang ramai.

    Ahli Parlimen PAS, Mohd Hatta Ramli yang mengetuai protes anti-inflasi awal tahun ini menyifatkan kenaikan harga tersebut amat besar dan akan menjejaskan semua pihak.

    "Ia akan menyebabkan kenaikan harga pelbagai jenis barangan yang lain," katanya.

    Oleh itu, katanya, kemungkinan besar akan berlaku protes terhadap pengumuman kenaikan harga tersebut.

    Abdullah turut membayangkan kenaikan seterusnya, selaras dengan usaha Malaysia untuk memansuhkan kawalan harga bahan yang membabitkan kos RM17.4 juta tahun ini - kira-kira satu pertiga daripada bajet negara.

    Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dilakukan segera, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

    Sementara itu, pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

    "Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu," katanya kepada AFP.

    Di bawah penstrukturan semula subsidi, pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan.

    Manakala pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun

    Yeah berkata bayaran rebet itu tidak mencukupi untuk menampung penggunaan purata pengguna.

    "Ia jelas merupakan hanya sebahagian subsidi, jadi kita perlu melihat bagaimana golongan berpendapatan rendah boleh menyerap semua ini," katanya.

    ReplyDelete
  10. ada menteri gay ke? mesti dilingkupkan cepat spesis nuar ni.

    ReplyDelete
  11. beria2 sungguh pemimpin2 pas dan pkr ni bercakap. padahal dlm manifesto mereka dulu berjanji nak turunkan harga minyak. kalo handal sgt kasi turun la minyak di 5 negeri yang diperintah tu. bagi subsidi di 5 negeri tu dulu, barulah boleh jadi contoh utk rakyat negeri lain. cakap tak serupa bikin. janji tinggal janji. cakap masa jadi rakyat dengan cakap masa jadi pemimpin berbeza nada masing2. sebab tu presiden2 parti pembangkang sgt2 menyokong paklah. mereka dengan paklah sama je mangkuk hayun.

    ReplyDelete
  12. tak payah minta mereka turunkan harga minyak che yah....harga air yang konon PKR janji kat selangor hari tu pun tak de diturunkan lagi...ini plak nak minta turunkan harga minyak? Memang mengharapkan bulan jatuh ke riba la tu jawabnya....mudahnya, kita rakyat peringkat bawahan ni mesti boikot semua pemimpin2 yang ader skang samada dlm UMNO yang bersekongkol dgn DOLAH LAKNAT tu atau pun yang bersekongkol dgn ANWAR PELIWAT DAN PANJUAL NEGARA tu...

    ReplyDelete
  13. sokong man dogol dgn che yah. mcm la pakatan rakyat tu boleh setelkan harga minyak kalo memerintah.

    saya nak tanya pakatan rakyat tu rakyat mana yang berpakat? rakyat somalia ke? rasanya majoriti rakyat Malaysia tak berpakat pun dengan mereka.

    ReplyDelete
  14. che yah, anda berkata menggunakan kaki, kuasa menrunkan harga minyak ada pada kerajaan perseketuan:p

    ReplyDelete
  15. kuasa menurunkan minyak boleh dilaksanakan diperingkat negeri. asalkan kerajaan negeri sanggup tanggung subsidi kepada stesen2 minyak. mcm cadangan kerajaan selangor nak bayar pada syabas untuk bagi air free pada rakyat selangor. siapa kata tak boleh buat ano? nak seribu daya, cakap seribu dalih. dah tau PR tak boleh buat, jgn janji dlm manifesto.

    ReplyDelete
  16. hehe...johor is the best state mse undian...kami xlupe jasa kerajaan dr dulu smpai sekrang!

    ReplyDelete

Blog Archive