Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, June 27, 2008

APO DAH JADI?

Salam untuk para sahabat dan taulan, maap Atuk pohon sobab eh dah lamo tak dapek monulih. Sibuk sikit. Sojak akhir-akhir ni Atuk tengok cam macam pokaro yang kurang dapek ditorimo dek akal bolaku. Baru-baru ni MB kodah tu buek satu koputusan yang sah monunjukkan akal yang kurang matang dan kobudak-budakan. Kodudukan eh kan main tinggi lagi. Dah jadi MB tapi yang nak ditobang balak kek kawasan tadahan air tu pe pasal. Sok sawah kek Kodah tu kok jadi padang jarak padang tokukur. Konon eh nak buek macam cabut uban. Ni Atuk nak tanyo sikit...batang balak tu macam batang togeh ko???? Bulih main cabut cabut yo. Peh tu kalau kerajaan pusat tak bori, kono bayar kek dio pampasan. Ni lagi satu akal pendek lagi suntuk.

Nanti esok-esok perompak cakap kek polis, kalau tak bori dio rompak bank, polis kono bayar gaji dio tiap-tiap bulan. Akai ado ko???

Kek sini Atuk nak nasihatkan dak Zizan tu. Kok dah pinang anak daro orang dan peh tu dapek monikah ngan anak daro idaman...jadi nasihat Atuk, kalau nak hidup mewah, kau bokojo kuek-kuek. Cari duit siang dan malam. Juallah apo yang patut. Jual ikan masin ko, compodak goreng ko, paling-paling tidak cari kayu api kek kobun gotah peh tu jual sebagai kayu api. Ni tidak, harto pusako nenek moyang tu nak digadai. Sok anak cucu kau yo yang susah, yang akan morempat. Pepatah Melayu ado mongatokan kok tangan berani mencincang dah tontu bahu berani memikul. Janganlah nak menyalahkan orang lain, nak suruh orang lain monanggung anak bini kau tu. Akai ado jadi gunokanlah dongan sebijak-bijaknye.

p/s: Atuk ado sorang bini, 13 anak dan sekarang ni ado 16 cucu. Bolum ponah atuk mintak sodokah ko, suruh orang lain ko nak membosarkan mereko. Setakat minjam kek Bank Rakyat adolah sikit.

4 comments:

  1. salam atok!!!

    kalo di tengok sejarah di kelantan, orang2 kat gua musang dan ulu punya area tu dah lama di rompak hak mereka oleh kerajaan PAS ni...atuk ingat depa dok kaya juai sayoq kat pasaq siti khodijah ka??? Takdak maknanya tok...kalo bukan dek menyondol hasil bumi warisan untuk anak cucu kita, masa kan bulih depa tu semua nak survive???

    ReplyDelete
  2. Salam Atok,

    Inilah yang patut orang Melayu fikirkan. Tentang MASA HADAPAN Kita semua bukan sekarang sahaja. Apa apa keputusan yang pemimpin ambil sekarang, terutama tentang HAK orang Melayu, tanah dan dsb akan melibatkan nasib masa hadapan anak bangsa kita.

    Lihat MB Perak Nizar, senang senang nak bagi hak milik kekal 999 tahun pada Cina Cina di Rancangan Kampung Baru. Kalau nak beri hak milik, 99 tahun pun dah OK, memang Cina Cina tu kerja kuat usahakan tanah mereka, tapi tak payahlah sampai 999 tahun. Mereka pun tak mintak.

    Tapi kepada Rancangan Tanah Orang Melayu dia nak bagi 99 tahun saja dengar ceritanya. Kata nak bagi 999 tahun untuk KeAdilan, tetapi mengapa Melayu pun dia tak bagi 999 tahun?

    Saya rasa semua MB kena fikir dalam dalam pasal tanah ini. Bukan boleh bagi sembarangan macam beri Hamper Tahun Baru Cina, atau tebang hutang sembarangan. Padahnya nanti pada anak cucu cicit kita. WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  3. kumpulan generasi baruJuly 4, 2008 at 8:28 AM

    kalau pembangkang memerintah jadi mcm ni la akan dtg. harap mb je Melayu. tapi jadi boneka bukan Melayu. hampeh!

    ReplyDelete
  4. Кажется, это подойдет.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive