Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, June 20, 2008

INI BARU BETOL DIKTATOR!!!!

KUALA LUMPUR 19 Jun – Mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mencapai lima keputusan secara konsensus.
Keputusan itu yang dibacakan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ialah:
* Mengutuk kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang tidak berprinsip dan beretika serta bertentangan dengan semangat BN.
* Parti-parti komponen BN menghendaki kesahihan sokongan ataupun penafian ke atas kenyataan Teck Lee.
* Tindakan terhadap SAPP akan diputuskan setelah mendapat penjelasan daripada SAPP secara rasmi mengenai kenyataan Teck Lee.
* Semua ketua parti komponen BN telah diminta memastikan Ahli Parlimen BN daripada kumpulan mereka yang mewakili BN hadir sepanjang masa pada sesi Parlimen dan mereka hendaklah mengikut arahan Ketua Whip BN serta menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
* Semua parti komponen BN menyokong kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Persoalan:
1. Apa prinsip etika dan semangat BN sebenarnya? Menyokong pemimpin yang lemah atau semua tutup mulut untuk jaga periuk nasi masing2 atau sepaptutnya menyuarakan suara rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil di peringkat kerajaan?

2. Ahli2 Parlimen BN ni tak sedar2 diri ke yang rakyat dah hilang kepercayaan kepada mereka? Atau mereka ni sengaja nak supaya rakyat hilang kepercayaan dan terus memberi sokongan kepada pembangkang?

Ape ni Dolah??? Bukan ke ko yang promote Islam Hadhari??? Macam ni ke gerak kerja yang berlandaskan Islam Hadhari???

Fikir2fikirkanlah!!!

4 comments:

  1. ade ke pemimpin malaysia yang tak diktator? gua rasa zaman TUN dulu pun sama diktator nye!!!

    ReplyDelete
  2. saya setuju masa zaman tun dulu dia banyak menyekat kebebasan media di mana media tidak terlalu bebas dalam mengkritik...tetapi jika di amati, apabila tun membuat keputusan sebegitu yang sesetengah orang menyifatkannya sebagai diktator, anda akan sedar that he was trying to avoid the greater harm between the two evils...

    apa yang kita lihat, rakyat tidak boleh sewenang-wenang mempersoalkan hak2 Melayu, bukan muslim tidak boleh sewenang2 mencabar kedaulatan islam samada di peringkat pelaksanaan undang2 islam di mahkamah syariah mahupun hak2 orang islam untuk mempraktikkan agama islam...siapa yang berani untuk menghina kesucian islam masa zaman tun....

    mudahnya sekatan2 yang tun buat adalah untuk melindungi bangsa dan agama....tapi masa zaman dolah, sekata2 yang dilakukan bukan untuk melindungi bangsa dan agama, tetapi untuk melindungi anak-beranak dan kroni2 dia...besar bezanya tu ano!!!!

    nak buat perbandingan biar la kena jangan main sebarang2...analisa dulu fakta2...barulah kemukana hujah...kalau tak nanti nampak sangat kelemahannya....

    ReplyDelete
  3. che det pernah berkata untuk selesaikan kemelut di palestin dan iraq, mereka mesti mempunyai pemimpin yang bersifat diktator tetapi baik hati. apabila memikirkan bagaimana Malaysia mencapai kemakmuran, aku bersetuju dengan saranan che det walaupun bukan semuanya. kerana jika dibiarkan semua org bercakap, bila nak setel keja.

    ReplyDelete
  4. Memperkecilkan pemimpin sedia ada adalah satu tindakan yang tidak wajar. Pernah saya mendengar satu ceramah yang menyatakan selagi yang memimpin itu adalah beragama Islam maka adalah wajib kita mempertahankan. Cuma kalau pimpinannya telah mula melupakan tanggung jawab kepada bangsa dan agama adakah patut kita mula menentang. marilah kita fikirkan.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive