Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, June 14, 2008

Krisis atau Propaganda?

Minggu yang sibuk bagi contributor Paneh Miang. Kebetulan pula semua sahabat serentak mendapat tugasan masing2 dan kurang kesempatan melayari blog ini. Maklumlah selain tugas, anak2 mereka yang bercuti perlu juga diberi perhatian. Nanti dikatakan terlalu sibuk dengan hal2 negara, keluarga di rumah pula terabai. Namun diharapkan pelawat blog ini tetap berterusan memberikan sokongan.

Baru2 ni aku pergi taklimat Impak Krisis Makanan. Dikatakan kenaikan mendadak harga makanan telah menyebabkan berjuta penduduk berada dalam kelaparan dan ketidakstabilan politik. IMF menganggarkan lebih 100 juta orang tidak mampu membeli makanan di seluruh dunia. Hingga kini Haiti, Tahiti, Mesir, Ivory Coast dan Filipina menghadapi suasana runcing ekoran rakyatnya mendesak supaya pemimpin meletakkan jawatan dan mengambil langkah drastik menangani krisis makanan.

Aku difahamkan bahawa krisis makanan berkait rapat dengan kenaikan harga minyak. Sebagai komoditi utama, minyak telah menjadi bahan spekulasi oleh negara2 maju sehingga menyebabkan sebahagiannya berfikir untuk beralih kepada bahan bakar yang mesra alam. Bijirin telah dikenalpasti sebagai bahan mentah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai bahan api bio yang mesra alam. Rentetan itu, Amerika Syarikat telah menetapkan sasaran pada tahun 2012 untuk menggunakan 7.5 billion gelen biodiesel berbanding 6 billion gelen pada 2006. Para pelobi etanol dijangka terus mendesak supaya meningkatkan penggunaan kepada 12 billion gelen pada 2010 dan 35 billion gelen pada 2017 (Energy Independence Act 2007). Ini menyebabkan berlakunya persaingan terhadap harga bijirin termasuk jagung, gandum, kelapa sawit, tebu dan akhirnya beras. Sebanyak 30% bijirin yang dihasilkan seluruh dunia telah disalurkan untuk menghasilkan bahan api bio.

Persaingan harga bijirin yang digunakan sebagai etanol ini telah menyebabkan masyarakat dunia mengubah tabiat pengambilan makanan ruji mereka. Mereka yang pada asalnya menggunakan gandum, soya dan jagung telah beralih kepada beras memandangkan harganya yang lebih murah. Ini telah menyebabkan berlakunya pembelian panik oleh masyarakat dunia dan seterusnya membawa kepada manipulasi pasaran oleh peniaga yang telah menaikkan harga minyak dan makanan. Pengilang2 etanol juga turut mendesak supaya penggunaan sumber tenaga api bio terus dipertingkatkan agar melampaui sasaran. Penyebaran pembelian panik ini telah memberikan tekanan kepada negara2 lain sehingga mencetuskan krisis global. Perkara ini diburukkan lagi apabila George W. Bush telah menyalahkan India dan China kerana membuat permintaan yang tinggi terhadap bijirin disebabkan kepesatan pertumbuhan ekonominya.

Sebenarnya tidak berlaku kekurangan bekalan minyak atau krisis makanan dunia seperti yang diwar2kan oleh Amerika. Ini adalah satu propaganda Amerika untuk melemahkan ekonomi negara pesaing2 mereka terutama dirantau Asia. Hakikatnya bekalan minyak dan makanan adalah mencukupi di Amerika dan mereka mengimport bijirin dengan jumlah yang banyak adalah semata2 untuk memprosesnya sebagai bahan api bio. Tapi disebabkan masyarakat dunia mudah panik, maka meningkatlah harga minyak dan makanan di pasaran dunia.

Persoalan aku selepas taklimat krisis makanan ini ialah, kenapa kerajaan Malaysia perlu tunduk kepada spekulasi seperti ini? Kenapa apabila kita berjaya melawan spekulasi krisis ekonomi pada 1997/98, kita tidak menggunakan pendekatan yang sama untuk menangani krisis yang berlaku kini. Kenapa cadangan mantan Perdana Menteri agar kita ikat semula matawang kita kepada RM3.80 bagi menyelesaikan kemelut ekonomi dalam negara tidak diberi perhatian? Bernas telah memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi, tetapi kerajaan pula yang kelihatan panik dengan menaikkan harga minyak dengan alasan ingin memberi tumpuan subsidi pada bahan makanan. Apakah tiada lagi pemimpin kita yang bijaksana yang mampu membuat keputusan yang tidak membebankan rakyat?

6 comments:

  1. sememangnya ia hanyalah krisis yang dicipta oleh negara maju untuk terus mengaut keuntungan dan menekan negara2 dunia ketiga bagi memudahkan lagi mereka menjajah negara2 lain...

    lihat sahaja apabila barat menggagaskan penggunaan biodiesel sebagai bahan ganti kepada petroleum yang kononnya semakin berkurangan, apakah badan yang paling memainkan peranan sebagai 'penyelamat'? IMF dan BANK DUNIA...dua badan ini siapa yang mendalangi kalau bukan YAHUDI laknatullah...

    disebabkan kerakusan barat, mereka sanggup menggunakan bekalan makanan mereka untuk biodiesel dan mengambil bekalan dari negara lain untuk disuapkan kepada rakyat mereka...yang menjadi mangsa rakyat negara2 dunia ke3 kerana kelemahan pemimpin mereka yang terlalu tunduk kepada permintaan barat...

    US dan UK yang giat mengusahakan pengeluaran biodiesel, kenapa mereka tidak ambil bekalan makanan dari negara2 EU yang lain yang juga giat dalam aktiviti pertanian seperti gandum dan jagung? Kenapa mesti tiba2 nak makan nasi juga?

    Sebenarnya, dalam pengeluaran biodiesel, mereka mempunyai bahan alternatif iaitu sisa makanan instead of jagung...apatah lagi mereka mempunyai teknologi yang lengkap dan canggih untuk memproses ethanol dan juga bahan diesel daripada sisa makanan...

    Memang malang apabila orang nombor 1 kita seakan2 mengikut telunjuk penasihat agong PKR yang sentiasa setia kepada IMF dan telunjuk YAHUDI...

    Memang pelik apabila ABDULLAH begitu ego sedangkan bodoh dalam hal2 ekonomi tidak mahu mendengar nasihat TUN yang telah diiktiraf dunia sebagai antara ahli ekonomi yang bijak...

    ayahanda ku selalu mengingatkan kami tentang sebuah hadith rasulullah, dalam dunia ini ada empat golongan manusia
    1. Dia tahu apa yang dia tahu, maka ikutilah dia

    2. Dia tahu yang dia tak tahu, maka ajarlah dia

    3. Dia tak tahu yang dia tahu, maka sedarkanlah dia

    4. Dia tak tahu yang dia tak tahu, maka tinggalkanlah dia kerana dia ini merupakan golongan yang jahil murakkab (jahil bertingkat-tingkat)...i.e: bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang.....

    ReplyDelete
  2. Saya setuju sangat dengan neracakeadilan..

    Kenapa kerajaan sekarang tak ikut nasihat/langkah mantan Perdana Menteri?

    Itu soalan yang cukup bagus....

    Sesetengah manusia belajar dari sejarah dan merangka pelan penyelesaian berdasarkan fakta-fakta, maklumat dan sejarah..

    Sesetangah manusia merasakan mereka adalah pandai, manusia pilihan, bertaraf kewalian dan merasakan bahawa merekalah orang paling hebat dalam dunia....

    Kalau kerajaan memang peka terhadap nasib rakyat, maka cara penyelesaian masalah mestilah mengambil kira kepentingan rakyat.

    Tetapi kerajaan yang tak ambil kisah dengan rakyat akan mengambil keputusan yang akan membebankan rakyat, tetapi mengenyangkan kroni-kroni-nya....

    ReplyDelete
  3. cuba kita renung dan fikir sejenak, zaman dulu org islam berjuang kerana agama. mereka selalu berfikir apakah sumbangan mereka kepada agama bukan apakah sumbangan agama kepada mereka.tapi zaman yang serba moden ini cuba kita fikir sejenak apakah sumbangan kita buat kepada kerajaan atau negara bukan kita pertikai sumbangan kerajaan atau negara kepada kita..... orang suka mencari krisis tapi sukar tuk menyelesaikan krisis....

    ReplyDelete
  4. AKU RASA BLOK NI BAGUS TAPI KURANG PROMOSI...X RAMAI YG JOIN...STRATEGI PEMASARAN KENA REVISED BALIK KOY

    ReplyDelete
  5. Rakyat biasa faham, rakyat biasa boleh menelah apa yang dilakukan pihak barat cum penjajah.Rakyat fahampermainan para yahudi.

    Tetapi mengapa kerajaan pimpinan Pak Lah tidak faham atau buat2 tidak faham.

    Rakyat faham kerana rakyat tidak memiliki apa-apa kepentingan kecuali kebajikan mereka terjaga

    Kerajaan Pak Lah faham tetapi buat-buat tidak faham kerana kerajaan Pak Lah lebih mengutamakan kepentingan mereka daripada kepentingan rakyat, lantas Pak Lah berasa ego untuk menerima pandangan orang yang lebih arif waima daripada mantan PM dahulu.

    Banyak kerosakan yang Pak Lah telah lakukan pada negara sama ada disedari atau tidak.

    ReplyDelete

Blog Archive