Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, June 17, 2008

Agenda Asing - Part V

Banyak perkara masih bermain difikiran aku. Maklumat yang sering diperbualkan ramai menyesakkan benak. Timbul bermacam2 persoalan. Benarkah rakyat Malaysia tidak mahu jambatan bengkok? Benarkah rakyat Johor setuju jambatan bengkok dibina? Cuma mereka tidak mahu kerajaan tunduk kepada Singapura untuk menjual pasir dan beri ruang udara? Kenapa zaman Che Det isu pasir dan ruang udara ini tidak pernah timbul? Kenapa pasir masih dijual kepada Singapura? Syarikat mana yang jual pasir ni? Siapa dibelakang syarikat ni? Kenapa ruang udara kita kadangkala masih bebas dilalui jet pejuang Singapura hingga kini? Walhal jambatan bengkok masih tidak dibina? Kenapa kita takut kepada Singapura sedangkan kita membina jambatan dalam wilayah kita? Adakah sebab Paklah rajin turun main golf dengan pemimpin Singapura? Maka kita perlu tunduk kepada mereka? Bukankah Sultan Johor juga mahu jambatan itu dibina kerana ia akan memberi keuntungan jangka panjang kepada negara? Siapakah yang bodoh membuat keputusan membatalkannya? Mungkinkah alasan dengan terbinanya jambatan tersebut, maka perniagaan kroni mereka akan terjejas? Dimanakah maruah dan kedaulatan kita?

Kenapa syer Telekom dijual kepada Singapura? Walaupun hanya 5 peratus, tetapi bukankah ia akan menjejaskan keselamatan negara? Bukankah rangkaian komunikasi kita bergantung kepada Telekom? Bukankah kini lebih mudah untuk Temasik Holding meletakkan orang2 mereka di dalam Telekom? Memperoleh maklumat sulit berkenaan negara menjadi agenda mereka? Bukankah ia akan membuka ruang untuk mereka melakukan sabotaj pada sistem komunikasi kita? Jika kita dalam keadaan perang, bagaimana kita hendak berhubung antara kita? Bukankah Singapura merupakan proksi Amerika dan Yahudi? Bukankah Thaksin jatuh di Thailand disebabkan penjualan saham syarikat telekomunikasi? Adakah rakyat Thailand lebih prihatin terhadap keselamatan negara berbanding kita? Adakah kita tidak patriotik berbanding Thailand? Adakah disebabkan ini maka sistem komputer di MINDEF (Military Defence) Kuala Lumpur diserang setiap 15 minit oleh hackers? Selama mana kita mampu bertahan?

Siapa yang jual saham Pantai Holdings? Benarkah Pantai Holdings menyimpan maklumat kesihatan kebanyakan pemimpin dan rakyat kita? Siapa di belakang syarikat Parkway yang membeli saham Pantai Holdings? Benarkah Parkway milik kerajaan Singapura ini akan menggunakan maklumat Pantai Holdings untuk menjatuhkan para pemimpin kita? Siapa yang buat kerja bodoh mendedahkan maklumat rahsia kepada musuh kita ini? Kerajaan dah beli semula saham tersebut? Kenapa nilai saham yang dibeli semula lebih mahal? Bukankah rahsia kita sudah terdedah? Apa maknanya lagi walaupun kita beli semula saham tersebut? Kenapa aset2 negara dijual sewenang2nya kepada orang luar? Bukankah ini ancaman keselamatan kepada kita? Kenapa Khairy yang menjawab semua keputusan kerajaan ini pada media? Bukankah pada masa itu dia bukan ahli parlimen? Siapa Khairy dalam kerajaan? Atas kapasiti apa dia menjawab keputusan kerajaan? Adakah dia juga terlibat dalam keputusan penjualan MV Agusta sebanyak 1 Euro? Bukankah pembelian MV Agusta sebelumnya merupakan satu bentuk pelaburan demi perkembangan teknologi permotoran yang akan membantu Proton pada masa depan? Sepertimana Honda yang pada asalnya sebuah syarikat motosikal dan kini menjadi salah sebuah syarikat kereta terbaik dunia? Tidakkah Khairy memikirkan tujuan pelaburan itu? Atau ada keuntungan yang diperolehinya hasil penjualan MV Agusta?

Apa kaitan Scomi dengan Paklah? Siapa dapat untung semasa kerajaan gunakan RM4 billion hasil penjimatan subsidi minyak yang kononnya untuk penambahbaikkan pengangkutan awam? Adakah Scomi yang untung melalui penambahbaikkan pengangkutan RapidKL dan monorel? Siapa pula yang akan untung hasil penjimatan subsidi minyak kali ini? Khairy? Kamaluddin? Patrick? Kalimullah? Zaki? Saudara mara? Anak2 tiri? Ataupun pemegang saham Pos Malaysia?

Mengapa MAS kini menghadapi masalah akibat kenaikan harga minyak tetapi Air Asia mampu bertahan? Kenapa Paklah mengubah keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Najib sebelumnya menolak usul Air Asia memohon kebenaran laluan penerbangan ke Singapura? Kenapa Paklah pula memberi kelulusan? Bukankah keputusan ini akan merugikan MAS seperti yang berlaku sebelum ini, iaitu semasa laluan domestik Sabah dan Sarawak diberi kepada Air Asia oleh kabinet? Tidakkah KLIA juga turut terjejas dengan terbinanya LCCT? Ketika itu pula MAS terpaksa menjual kapal terbang kepada Air Asia dan kini MAS terpaksa membelinya semula daripada Air Asia dalam keadaan yang rosak? MAS terpaksa berbelanja berjuta2 ringgit untuk membaikinya semula atas arahan kabinet? Bagaimana Air Asia boleh menawarkan harga tambang murah ke Singapura? Adakah kerajaan Singapura juga memainkan peranan? Tidak sayangkah Paklah kepada MAS dan KLIA? Kenapa lebih utamakan Air Asia daripada MAS? Siapa disebalik Air Asia? Kenapa semua perkara ini disenyapkan? Keselamatan negara semakin terancam dan kita hanya mendiamkan diri? Adakah kita berasa selesa dan selamat? Mudah sangatkah rakyat Malaysia diperbodohkan?

Suspicion is one of the best defences.

7 comments:

  1. Malaysia perlukan pemimpin yang bersemangat kebangsaan yang tinggi dan kental, sekental Mahathir, Castro dan Hugo Chavez. Pemimpin yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat melebihi segala-galanya.

    Pak Lah dan Anuwar Ibrahim pemimpin yang gagal melaksakan tanggungjawab itu,yang mampu memacu negara sehebat Tun Dr Mahathir ke arah itu.

    Rakyatlah sebenarnya yang berkuasa mencorakkan pemimpin jika rakyat bijak. Tun telah menunjukkan jalan itu, apakah rakyat bijak melihatnya?

    ReplyDelete
  2. New Cabinet:



    Prime Minister - Anwar

    Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

    Agriculture Minister -

    Community Minister -

    Culture Minister - Farish Noor

    Defence Minister - Azmin Ali

    Education Minister - Nga Kor Ming

    Environment Minister - Teresa Kok

    Finance Minister - Tony Pua

    Foreign Minister - Ramasamy

    Health Minister - Tan Seng Giaw

    Home Minister -

    Information Minister - Jeff Ooi

    Law Minister - Teng Chang Khim

    Manpower Minister -

    Sports Minister -

    Technology Minister - Nizar

    Trade Minister - Khalid

    Transport Minister - Liew Chin Tong

    Tourism Minister -

    ReplyDelete
  3. Tun DrM:
    5 tahun pertama dinanti-nanti
    5 tahun kedua diperli-perli
    5 tahun ketiga dibenci-benci
    5 tahun keempat dicaci-caci
    5 tahun kelima (tak sempat) dah dipaksa berhenti

    Sekarang barulah jasanya dihargai...

    Paklah pun macam tu jugak nanti.

    Pengganti Paklah pun macam tu jugak nanti.

    Pengganti kepada pengganti Paklah pun macam tu jugak nanti.

    Pengganti kepada pengganti yang menggantikan Paklah pun macam tu jugak nanti... selagi mereka mempunyai rakyat yang macam kita ini.

    ReplyDelete
  4. welcome romsam...lama tak dipaparkan komen2 ko yang sangat ambitious ni....PM Anwar=Hancur + dijual kepada yahudi....masa tu ko pun kena ready la...jangan marah org lain plak ek...mungkin masa tu baru ko tahu maksud AMAN dan ADIL yang sebenar....

    ReplyDelete
  5. Aku cadangkan semua agenda lain ditangguhkan dulu. Fokus utama sekarang ialah menghalang Anwar jadi PM. Kalu Anwar dah jadi PM, agenda lain semua masuk kubur. Takkan kita nak buat program dalam kubur kot.

    ReplyDelete
  6. romsam
    wa caya lu.
    nantilah wa cari ramai lagi kawan kawan yang boleh rosakkan negara macam idea sdr

    cheguman
    5 tahun pertama Pak Lah dah kena maki hamun. apa dah jadi? Pak Lah oh Pak Lah!!!!
    Bukan sahaja Anwar, Khairy pun tidak terkecuali!! yang tua mengajar yang muda

    ReplyDelete
  7. kumpulan generasi baruJune 19, 2008 at 10:18 PM

    anwar = khairy = ZIONIS?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive