Apabila Tan Sri Nordin Kardi selaku Naib Canselor UUM dan juga Presiden Persatuan Universiti Malaysia menulis berkenaan AUKU dalam artikelnya bertajuk ‘Pindaan AUKU Mesti Rasional’, aku tertarik untuk mengulas mengenainya. Antara kata2 Tan Sri Nordin Kardi yang menarik ialah, “Keributan sebahagian ahli politik mengenai AUKU yang berpanjangan berkemungkinan disebabkan oleh tidak jelas atau tidak kukuhnya doktrin yang dipakai semasa menggubalnya dahulu. Atau, mungkin orang yang menggubal dahulu begitu jelas dengan doktrin dan falsafahnya tetapi orang kemudian telah kehilangan rasional2 itu.”
Pada pandangan aku, kebanyakan ahli2 politik ni bukan tahu sangat pun berkenaan sejarah. Kalau tahu pun hanya setakat permukaan sahaja, yakni tidak secara mendalam. Entah berapa kerat juga ahli2 politik yang benar2 memahami Perlembagaan Persekutuan. Dan semestinya boleh dikira berapa ramai yang benar2 faham akan doktrin dan falsafah yang dibawa oleh AUKU 1971 dan Pindaan 1975.
Statistik laporan MAGERAN menyatakan jumlah orang Melayu dalam Perkhidmatan Awam sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei ialah 1,142 orang (32.26%) berbanding orang bukan Melayu seramai 2,252orang (63.74%). Jumlah orang Melayu dalam Perkhidmatan Ikhtisas (Profesional) pula termasuk di universiti2 ketika itu adalah 385 orang (19.2%) berbanding orang bukan Melayu seramai 1,613 (80.8%). Manakala jumlah pegawai pelajaran yang terdiri daripada orang Melayu hanya berjumlah 51 orang (29.9%) berbanding bukan Melayu seramai 122 orang (70.1%). Jumlah bukan Melayu dalam unit beruniform seperti polis juga lebih tinggi iaitu sebanyak 61.24% berbanding orang Melayu 38.76%. Kebanyakan orang Melayu pada masa itu hanya berpangkat rendah kerana kebanyakannya hanya berkelulusan darjah 6 berbanding bukan Melayu yang banyak berjawatan pegawai.
Berdasarkan statistik di atas, aku ingin mengajukan soalan. Sedarkah kamu wahai pelajar2 universiti, para pensyarah, anggota2 Senat dan naib2 canselor akan kedudukan orang2 Melayu sebelum AUKU diwujudkan? Kalau masih belum sedar, disini aku nak bagitau. Sebelum AUKU wujud, kebanyakkan anggota Senat2 di universiti2 tempatan terdiri daripada orang British dan Cina. Mereka yang menentukan siapa yang akan menduduki jawatan pensyarah dan pelajar2 mana yang layak untuk belajar di universiti. Dan semestinya pilihan anggota2 Senat ini bukanlah orang Melayu. Sebab itu jumlah orang Melayu yang masuk ke universiti, yang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan golongan profesional sangat kurang pada masa itu.
Selepas wujudnya AUKU, maka bertambahlah jumlah anak Melayu yang bergelar graduan, menjadi pensyarah, menganggotai Senat dan seterusnya Naib Canselor. Kerajaan ketika itu telah mengambil langkah drastik menangani permasalahan kurangnya orang Melayu dalam pentadbiran dan pembelajaran di universiti. Namun masih lagi wujud masalah apabila pelajar2 Melayu ini kurang memberi tumpuan pada pelajaran sehingga menyebabkan mereka memperolehi keputusan yang teruk dan ramai pula dibuang daripada universiti. Pelajar2 ketika itu sibuk dalam hal2 politik yang menyebabkan mereka tidak fokus akan tanggungjawab sebenar mereka iaitu mentelaah ilmu di universiti. Maka AUKU dipinda pada 1975 yang menghalang para pelajarnya bergiat dalam politik agar mereka lebih memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.
AUKU yang diwujudkan melalui Dasar Ekonomi Baru ini telah membolehkan ramai anak2 Melayu memasuki universiti dan seterusnya menjadi golongan profesional dan pentadbir yang baik sama ada dalam sektor awam atau swasta. Kesannya telahpun kita lihat pada masa kini. Maka wajarkah AUKU kini dipinda? Penglibatan pelajar dalam persatuan dan kebebasan bersuara dalam AUKU sebenarnya tertakluk pada budi bicara Naib Canselor. Rasanya kebanyakan doktrin yang terdapat dalam AUKU sebelum inipun tidaklah dikuatkuasakan sepenuhnya. Kerana jika dikuatkuasakan sepenuhnya, sudah tentu ramai pelajar yang akan dibuang daripada universiti. Ini menunjukkan sebenarnya masih ada budi bicara oleh para pentadbir universiti dalam menangani segala permasalahan pelajar2 mereka. Sungguhpun wujud doktrin yang jelas bagi menyekat 'sedikit' kebebasan pelajar dalam AUKU, namun jumlah pelajar Melayu yang memperolehi keputusan cemerlang masih lagi kurang. Bayangkan jika para pelajar ini dibenarkan bebas membuat apa sahaja, bagaimanakah keputusan pelajaran anak2 Melayu pada masa hadapan? Tambahan pula sekarang kita menggunakan sistem merit. Adakah anak2 Melayu ini benar2 faham akan falsafah AUKU ini sebenarnya?
Inilah masalahnya apabila ramai yang buta sejarah. Jika para penggubal undang2 sendiri tidak faham falsafah AUKU, apatah lagi pelajar2 yang menuntut di universiti. Kerajaan telahpun berusaha memastikan ramai anak2 Melayu belajar di universiti dan seterusnya diberi peluang menjadi pentadbir universiti. Namun selepas menjadi pentadbir dan pensyarah di universiti, mereka pula menetapkan syarat iaitu membuang pelajar2 yang gagal lebih daripada 2 kali dalam peperiksaan. Banyak para pelajar Melayu dibuang di bawah syarat ini. Bukannya mereka ingin mengambil inisiatif untuk berusaha membantu para pelajar Melayu yang lemah ini. Kedudukan orang Melayu sebagai pentadbir dan pensyarah di universiti adalah bertujuan membantu anak2 Melayu agar berjaya dalam pelajaran dan bukannya menghancurkan masa depan mereka.
Inilah falsafah yang gagal ditafsir oleh orang2 Melayu yang menjadi pentadbir dan pensyarah di universiti. Pelajar2 Melayu yang mengaku Islam ini pula gagal menghayati falsafah kepentingan menuntut ilmu itu lebih tinggi berbanding perkara lain. 'Iqra' adalah ayat pertama yang turun kepada Rasulullah, menunjukkan kepentingan menuntut ilmu adalah sangat tinggi dalam Islam. Jadi, wajarkah lagi AUKU dipinda?
Nota: Tunku Abdul Rahman tidak dapat membuat tindakan drastik mengubah kedudukan Melayu selepas merdeka kerana terikat dengan syarat British agar Persekutuan Tanah Melayu berada dalam keadaan aman dalam masa 10 tahun atau British akan mengambil alih kembali negara ini. Jika Tunku Abdul Rahman bertegas membaiki kedudukan orang2 Melayu pada masa itu, sudah tentu akan wujudnya konflik yang mungkin ditimbulkan kaum lain dan peristiwa 13 Mei mungkin berlaku lebih awal. Jika konflik berlaku lebih awal, tentu kita kini masih lagi dijajah! Wallahualam.

den dongar2 dari rakan2 yang ado di uiam gombak, katonya skang ni uiam dah mulo lotak syarat minima kepado pelaja2 matrik uia untuk masuk ke kampus utamo...kalau dulu asal 2.0 cgpa ajo da bulih masuk degree.Tapi skang ni tak boleh dah. Katonya laie contoh nye law mesti dapat 2.5..kalau lulus semuo subjek tapi tak dapek 2.5 tak layak sambung degree law kek gombak tu ha...ini apo ni? den raso uia tu TUN buat selain nak jago orang islam seluruh dunio, lebih utamo laie nak peliaro melayu2 ni ha, supayo bulih semuo belaja dan menyumbang kek ponteh antarobangso...
ReplyDeletekalau luluh matrik tapi tak bulih masuk buek degree, ke mano laie budak2 ni nak poi? ini tak melanggar kontrak ko?
Pado den masaelah AUKU adalah pada peringkat perlaksanaan bukan falsafah dan tujuan. Ia tak perlu di pinda sama sekali. Kalau pentadbir Universiti gagal memahami falsafah, tujuan dan matlamat dasar ini dibuat dahulu, mereka itu semualah yanag patut dipinda!!!!
ReplyDeleteSaya setuju jika uia naikkan cgpa dari 2.0 ke 2.5. Tapi semua pihak yang berkaitan dalam uia mesti pastikan budak2 melayu tu dapat 2.5 ke atas. mekanisma? naikkan dgn cara menipu tak boleh la. Budak2 tu bukan bodoh sgt. klu bodoh takkan masuk U. Ada la yg tak kena kat diorang tu. Tengok2la lebih sikit budak2 tu. Bukan orang lain. anak paklong, pakngah kita jugak.
ReplyDeleteaku teringin nak dengar apa yang mahasiswa nak kata tentang hak2 mereka yang semakin di kekang oleh kerajaan kita sekarang...dia orang ni samada mereka ni tak tahu hak mereka...atau tak tahu macam mana nak defend hak mereka?
ReplyDeleteatau mereka memang semua lembu2 yang di cucuk hidung yang hanya tahu menunggu di suap rumput?
Apakah mereka ini sudah tidak tahu berfikir?
Aku hairan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada generasi muda hari ini...
apa yang saudara otai maksudkan dengan defend hak2 mahasiswa? boleh tolong huraikan?
ReplyDeleteKadang-kadang, aku selalu mendegar laungan reformasi pelajar-pelajar IPT yang menongkah arus supaya AUKU di batalkan. Aku pun tak tahu lah mereka ni semua. Nak kata bangang tapi masuk universiti. Dr. Noraishah, antara pemikir melayu yang sangat aku hormati pernah berkata, AUKU tidak pernah menghalang akan seseorang mahasiswa itu untuk mencari ilmu. Bila difikirkan, memanglah benar. So, apalagi yang budak-budak bangang mahasiswa ini nak?
ReplyDeleteitulah bezanya mahasiswa skrg dgn dulu wahai panglima perang. mereka memperjuangkan hak asasi membabi buta. agaknya nak jadi amerika.
ReplyDelete