Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, December 9, 2009

Cari Pasal...NAK MAMPUS?

1. Kami sebenarnya malas nak ulas tentang betapa dungunya si Nazri Botak.

2. Kerana jika ikuti sejarah mat botak ni sepanjang bersama Umno, ramai yang fahim akan istilah problem maker yang terpalit pada beliau.

3. Entah bagaimanalah dia dapat kedudukan sepertimana yang dikecapinya sekarang.

4. Mungkin juga ada kebaikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah mengangkat darjatnya menjadi pemimpin (menteri).

5. Husnulzan sajalah.

6. Lagipun bukan Nazri seorang saja yang suka hentam Che Det, Shabery Chek pun selalu hentam Che Det, cuma bezanya Shabery suka cakap belakang dalam ceramah tertutup ibarat orang mengumpat.

7. Sebenarnya kami nak berkongsi dapatan kajian tidak rasmi yang dilakukan baru-baru ini atas inisiatif beberapa sahabat kami.

8. Kajian tersebut dilakukan untuk mengukur tahap populariti yang masih dimiliki Che Det dikalangan rakyat yang difokuskan kepada bakal pengundi dan pengundi muda.

9. Kajian tidak rasmi ini dilakukan sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

10. Jumlah responden melebihi 2 ribu orang yang melibatkan kesemua kaum utama di Malaysia dalam lingkungan umur antara 20 hingga 35 tahun.

11. Kesimpulan kajian menunjukkan nisbah 4:1 yakni daripada 5 responden yang terlibat, 4 daripadanya sangat menyukai dan menyanjungi Che Det.

12. Malah populariti Che Det dalam kajian tersebut turut mengatasi Bro Anwar Bin Ibrahim dan Pok Nik dengan nisbah 3:1:1 yang membuktikan populariti Che Det melebihi 3 kali ganda berbanding Bro Anwar Bin Ibrahim serta Pok Nik.

13. Walaupun kajian ini dilakukan secara suka-suka dan bukan pun kajian ilmiah oleh sahabat kami, namun hasil daripadanya perlu dipertimbangkan secara serius oleh barisan pemimpin khususnya BN.

14. Hakikatnya masih ramai golongan muda berbilang kaum di luar sana yang membesar semasa era Che Det, masih menyanjungi dan meletakkan beliau sebagai bench mark kepada barisan kepimpinan negara hari ini.

15. Nasihat kami kepada barisan pemimpin semasa, elakkanlah daripada mencari pasal dengan Che Det sebagaimana yang dilakukan oleh Nazri Botak atau yang sespesis dengannya.

16. Jika kamu berhasrat untuk menang pilihanraya dan berterusan mentadbir negara, jagalah hati berjuta pengundi berbilang kaum di luar sana yang masih hormat dan sayangkan Che Det.

17. Jangan ulangi kesilapan yang sama dilakukan Pak Lah sekutu anak omak.

18. Dengar dan pertimbangkanlah pandangan orang berpengalaman dan berjasa besar seperti Che Det, kerana kebiasaannya naluri orang tua seperti ibu dan ayah kita, sangat jarang tersasar.

19. Kalau masih berdegil juga, maka bersedialah untuk mendapat ketulahan, dan mungkin juga bala daripada Tuhan.

15 comments:

  1. DEN TENGOK SIBOTAK NI MASO MENJAWAB PASAL ROYALTI MINYAK MERAPU YO BUEK NAMO BULIH YO ONTAH APO2 SAMO YO LELAN DENGAN ANAK EH, PERMIT TEKSI SONYAPYO, RASO DEN TAKKAN KONO BALO KETULAHAN MAHAFIRAUN A/L ISKANDAR KUTTY MACAM AYAM PENCEN TAK PAYAH SALAI NUNGGU MASO SAMO2 KITO TENGOK KOK ADO UMO LAH....MONDORU MINAH/MAT AMNO NYANJUNG NGATOKAN DIO MELAYU YO KO... KOK IYO A/L NAK SUMBEK KEK MANO BRO

    ReplyDelete
  2. Hidup Tun Dr. M.

    Jasa mu dikenang selamanya.....belum ada pemimpin yang setaraf mu.

    Semoga sihat sejahtera ke atas Tun dan Keluarga tercinta. Amin

    ReplyDelete
  3. kepada Anon 2:30 pm

    Jangan sekali-kali Tun digelarkan bukan-bukan.Bukan taraf untuk dibuat begitu.

    Tun Dr. M adalah negarawan terunggul dan terulung dalam sejarah Malaysia.

    Cuba bayangkan pernah tak Tun berjasa kepada kehidupan kau sekarang? Jangan tipu diri mu sendiri Anon.....kalau harapkan Nuar berahi dan n.ajis sampai kiamat lah orang Melayu jadi hamba kat negara sendiri...belum jadi PM lagi dah macam-macam kerosakan yang dibuat dalam nagara ni..

    Rasanya kurung je n.Ajis ni jika didapati bersalah ambil rasuah haji. brader nuar pulak tunggu sampai hari bicara lepas tu sumbat tak kurang 20 tahun dalam penjara sungai buluh..biara sampai mampos..

    ReplyDelete
  4. ANON 5.30 BRO BOLUM HABIS LAIE KO EKAU MENJILAT K-L-P-R A/L ISKANDAR KUTTY TU RASO KARI BAIKPUNYO KOKBRO DSAI KOK BINGKEH SEKALI LAIE 20 TAHUN KONO SUMBEK TAK PO LAIE JANGAN GEROMBOLAN DIKEMBALIKAN NANTI KE "JAHANNAM" DEN NGOBAR AN YO BRO. ORANG MASA HIDUP BERAKAL BILO MATI BERHANTU BOLUM MATI DAH JADI HANTU MENGOYYAN KO HULU KE HILIR NAK MENYAMBUNG SUVIVAL MASO/TOMPEK SEGALOGALOEH BULEH GERMBOLAN JHANNAM UBAH .

    ReplyDelete
  5. anon atas sekali ni selalu aku tgk komen di blog ni. tapi apa yg dia komen aku tak pernah nak faham. bahasa tunggang langgang tak ingat punya. nak kata provok mcm buat statement pulak. nak kata buat statement mcm hampeh rasanya. dia ni mesti penyokong tegar ppsmi ni sebab bahasa melayu kau atau bahaso negeri kau hancus la bro. lain kali kau delete jelah komen mcm ni paneh. buat rosak bahasa je.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  6. haha samo la eden tak paham apo dio tulis, bahasa tunggang langgang...

    ReplyDelete
  7. Salam Sahabat,
    Apa pun, TDM adalah sorang negarawan yang patut disanjung tinggi dan beliau sedang berada didalam kelasnya tersendiri, tiada sesiapa yang mampu mencapai tarafnya keperingkat dunia. Dalam senyap, musuhpun menghormati beliau. http://braveheart-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Hebat bonar ko Dr M nie..sampai yg mengutuk dio pon kono kutuk balik..suci dosa ko Dr M nie...
    zaman dio dah berlalu..zaman dio dulu..mmglah banyak kemajuan yg dah dibwk...memang takleh dinafikan.
    Namun masa dah berubah...bagi kek org lain lak buek pembaharuan..kok mengharapkan Dr M ajo...makno nye..kito nie ketandusan pemimpin...cam gitu ko...?

    ReplyDelete
  9. Den raso cam ni lah...memang patut pun Si Botak tu hentam dan terajang orang tua tu...den raso den amat sokong tindakan Si Botak tu...1001% den sokong (tp bukan makno eh den undi dio@ UMNO)..tapi den raso elok bona kalau ado org yg berani cakap terus terang kpd warga emas tu...org tua tu kalau nak berbasa2 mano dio reti...tapi kalau ditibai cukup baru lah dio sodar diri sikit....den kadang2 pun polik gak tengok gelagat penyokong tegar org tua tu, taksub teramat2 lah dgn org tua tu...pendek kato lah, dio lah sayang, dio lah nyawo, dio lah intan, dio lah payung...usik sikit mulo lah menyingo org2 tak sodar diri nih!!! apo laaa...mcm Si Botak cakap Mahathir Al Kutty ni BAPAK SEGALO PERKAUMAN...memang boto tu....patut eh Si Botak kono tambah laie lah title org tua tu iaitu BAPAK SEGALO KEJAHANAMAN NEGARO DAN MELAYU.....
    Org tua tu memang licik cover diri dia....cumo org buto dan bangang yo yg terus menerus menyukai dio...hakikat eh, dio lah yg membawa 1001 masalah dlm negara kito....

    Namun....korang jgn lah ikut perasan sgt ttg kes ni....mungkin ini taktik UMNO yo...buek kecoh, hentam sano, hentam sini, konon2 eh mereka(UMNO) sodang bergaduh bosa...namun sobona eh, dio sesamo dio sgt baik, cumo UMNO sengaja cipta isu ni untuk menarik sokongan rakyat terutama Melayu.diorang (UMNO) sodang main silap mato la (harap2 kito jgn tertipu olh lakonan si penipu2 semuo nih)...aku raso ado kebenarannya....cam no pak bak???

    ReplyDelete
  10. RM100 Billion terlibat dalam skandal kewangan yang disebabkan oleh che det sepanjang zaman pemerintahannya..

    memang dia ada buat benda yang baik..tapi benda tak baik pun dia ada buat gak..dia buat dosa dengan tuhan dia bleh taubat..mintak ampun dgn tuhan..

    tapi dosa kezaliman yang dia buat kat orang lain..aku tak tau la kalo dia sempat mintak maaf atau dimaafkan..

    korang bleh ckp tiada sape bleh bangunkan negara cam che det sbb orang bagus xjadi PM..

    paklah..kaki tido..menantu..najib..mcm2 skandal..dgn playboynya..dgn antaltuyanya...C4..scorpene..helicopter....

    sbb tu la negara kita ditakuk lama lg..cayo la ckp den..

    ReplyDelete
  11. hompuk kata

    "den kadang2 pun polik gak tengok gelagat penyokong tegar org tua tu, taksub teramat2 lah dgn org tua tu...pendek kato lah, dio lah sayang, dio lah nyawo, dio lah intan, dio lah payung...usik sikit mulo lah menyingo org2 tak sodar diri nih!!!"

    macam kena kat batang hidung kau sendiri je pak puk. bukan kau pun mengidolakan aljuburi ke? usik aljub sikit mula la kau paneh miang. tak caya cuba baca balik komen2 kau dlm artikel2 pasal aljub terdahulu.

    kalau kau kata tdm bapak segala perkauman, kenapa la agaknya 1999 dulu org cina dan india bagi undi pada parti yang tdm ketuai ketika melayu semasa itu berpecah belah. pelik kan pak puk? cakap tak pakai fakta la pak puk ni.

    tapi kalau pak puk cakap BAPAK SEGALO KEJAHANAMAN NEGARO DAN MELAYU.....aku rasa tang ni sesuai dengan aljub idola kesayangan pak puk tu. cuma pak puk tak tgk dgn mata hati, firasat kurniaan Ilahi, sbb tu tak nampak.

    mahathir terlibat dlm skandal 100billion? cakap dan tuduh semua org boleh buat. kalo bukti takde itu namanya fitnah. kalo betul berani dan banyak bukti, bawak la kes ke icj kalo tak percaya skalipun pd mahkamah malaysia. jgn cakap je berdegar tapi habuk bukti pun takdak. org akan anggap itu semua fitnah. anon atas ni, pegi baca rekod mahkamah kes altantuya ok. tak pun pi interview bapak altantuya. br boleh memekak kat blog ni.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Yo lah tu Pak Bak...pandai bona ekau berkelakar kek sini...konon den taksub kek aljuburi...den tak taksub kek dio pun, cumo den nampak kes dio polik bin ajaib..bilo kes dio polik bin ajaib mako den raso ini semua adalah sstu yg dirancang utk mencelaka kan dia olh UMNO...Bukankah musuh no 1 UMNO adalah Nuar aljuburi, mako dio akan dilayan spt musuh no 1 gak yg mesti dihapuskan olh UMNO tak kiro apo caro, apo jalan sekali pun kerana UMNO kini memegang kuasa!!! kuasa UMNO kini tersgt kuat dan sgt hebat melangkaui semua agensi dan pentadbiran kerajaan...mako dgn kuaso itulah UMNO akan sentiasa memastikan kes aljuburi akan memihak kpd UMNO tak kiro jubo sepol masih dara...(hasil pemeriksaan doktor) itu yg polik eh....itu yo..

    bukankah UMNO/BN memegang kuasa sekarang...kalau nak ikut kuasa legistatif, perlimen dan eksekutif adalah bebas dr pengaruh kuasa pemerintahan...tapi UMNO/BN letakkan semuanya dlm poket dan dlm mulut dia selamba jer!!! tak kira apa2 kes itu benar dan salah, bg UMNO dia mesti nak menang...kes perak cukuplah, masa PR mahkamah kata lain (tak boleh), kes UMNO/BN kata lain plak (boleh plak)...itu yg polik dan org pertikai...

    ReplyDelete
  13. UMNO AKAN DILUNGKUPKAN OLH MAHATHIR SENDIRI

    UMNO sedang menuju kehancuran dan mereka yang bertanggungjawab memusnahkan parti perkauman itu adalah mereka (ahli- ahli Umno) sendiri.

    "Yang mengepalai jalan kemusnahan ini ialah bekas presidennya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Ahli Parlimen Keadilan – Indera Mahkota, Azan Ismail.

    Ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata, Dr Mahathir yang menerajui tampuk pemerintahan negara merosakkan apa yang beliau bina selama ini dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.

    Terbaru katanya, perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Nazri menuduh Mahathir sebagai ‘bapa’ segala rasis. Mahathir pula mencabar Nazri supaya meletak jawatan jika beliau (Nazri) anti-rasis.

    "Dalam blog.chedet.com, blog beliau sendiri, Dr. Mahathir menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya," kata beliau.

    Azan berkata, "dengan berkata demikian, sebenarnya beliau (Dr Mahathir) merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.

    "Ketika pemerintahannya, Malaysia telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion akibat penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dalam projek-projek mewah, pembaziran awam, tender rundingan terus dan berbagai lagi," jelas beliau.

    Beliau menerangkan, "kesan dari pemerintahannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran."

    Dr Mahathir yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat, sebenarnya beliaulah yang bekerjasama rapat dengan Amerika.

    Dalam buku terbitan terbaru, "Malaysian Maverick" – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan beberapa perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika.

    Wain menceritakan bagaimana Dr Mahathir menandatangani perjanjian itu pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor.

    Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.

    Kata Wain dalam bukunya, dalam usaha Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden maka tidak dinafikan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa.

    Untuk mengekalkan kuasa, duduk lebih lama di kerusinya dan menabur bakti kepada mereka yang berjasa kata Wain, beliau mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut "politik wang" dan "rasuah".

    Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali. Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi.

    "Bagi Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara", kata Wain dalam bukunya.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Anon 5 dan Anon 6. Pokok dek kau lah kok kau tak faham tak dapek den nak nolong eh...Bro PPSMI ini perojek melingkupkan duit negaro untuk mengagihkan kepada kroni......

    ReplyDelete
  15. percaya dengan barry wain ni? nama pun dah mcm arak. barat mmg dah lama tak suka tdm. mcm2 la dituduhnya. tu pun mau percaya.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive