Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, December 22, 2009

Hati-hati bercakap tu Najib!

1. Kami cuba untuk memahami mesej tersirat yang cuba disampaikan Najib apabila beliau menyeru rakyat Malaysia terutamanya Melayu untuk mempelajari bahasa Mandarin.

2. Dua alasan yang diberikan Najib supaya mempelajari Mandarin disebabkan China telah muncul sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi dunia dan agar bangsa Melayu dapat memahami kaum Cina dengan lebih baik.

3. Namun, alasan kedua yang diberikan Najib agak meragukan kami.

4. Dewasa ini, walaupun kebanyakan kaum bukan Melayu memahami serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu (walaupun masih ramai yang pelat), namun mereka kelihatan gagal memahami sensitiviti bangsa Melayu.

5. Buktinya, ramai kaum bukan Melayu yang sering mempertikai, memperkecil, malah memperlekehkan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta hak-hak istimewa Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Kami belum lupa bagaimana menteri-menteri bukan Melayu pernah menghantar memorandum mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

7. Masih jelas dalam ingatan kami akan niat Karpal yang ingin menyaman Sultan Perak.

8. Masih terbuku dihati kami apabila Teresa Kok memadam tulisan jawi di papan tanda jalan serta mengarahkan agar laungan Azan diperlahankan.

9. Masih terpendam kemarahan kami dengan klip video Wee Meng Chee, blogger mempertikaikan Islam, sokongan terbuka terhadap komunis serta forum kontroversi yang dianjurkan Majlis Peguam; dan sehingga kini masih tiada ketegasan sewajarnya daripada Kementerian Dalam Negeri dalam menangani isu tersebut.

10. Itu hanya sebahagian kecil peristiwa yang berlaku dalam negara.

11. Masih banyak lagi yang boleh disenarai akan 'keikhlasan' kaum bukan Melayu yang 'tersangatlah memahami' sensitiviti bangsa Melayu; walaupun kaum bukan Melayu kononnya faham serta mampu bertutur dalam bahasa Melayu.

12. Akta Pendidikan 1996 digubal semasa Najib menjadi Menteri Pendidikan.

13. Kesan daripada akta tersebut, maka sekolah vernikular kini mendapat keistimewaan bantuan daripada kerajaan.

14. Harus diingat semasa Akta Pendidikan 1996 digubal, kerajaan mahupun Najib ketika itu tidak pun menerima sebarang tekanan daripada kaum bukan Melayu.

15. Rentetan itulah maka kami pernah menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan akta ini dalam artikel Dua Orang Sepupu Yang Kurang Cerdik serta Dasar Pemimpin Yang Menyalahi Perlembagaan.

16. Bagi kami, mengutamakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil adalah bertentangan dengan hak kesamarataan dan hak pendidikan di Malaysia.

17. Ketika kesedaran semakin berkembang di kalangan rakyat akan peri pentingnya Sistem Satu Sekolah dilaksanakan bagi menjamin perpaduan dan keamanan berterusan, Najib pula mengusulkan agar rakyat mempelajari bahasa Mandarin.

18. Kenyataan Najib agar bangsa Melayu mempelajari Mandarin seolah cubaan untuk menyamaratakan bahasa tersebut dengan bahasa Melayu.

19. Secara tidak langsung Najib turut mengiktiraf SJKC dan sekaligus 'membunuh' aspirasi sebahagian besar rakyat yang ingin merealisasikan penyatuan kaum melalui bahasa kebangsaan.

20. Tidaklah salah jika Najib menggalakkan rakyat menguasai bahasa asing demi pemerkasaan ilmu dan ekonomi, tetapi ia menjadi KESALAHAN BESAR apabila beliau menyebut secara spesifik agar mempelajari bahasa Mandarin.

21. Pengiktirafan yang diberikan Najib kepada bahasa Mandarin kelak akan menyukarkan usaha ke arah penyatuan penduduk berbilang kaum di Malaysia.

22. Masalah akan timbul akibat terlalu ingin menjaga perasaan kaum lain sehingga kelihatan seperti meminggirkan kepentingan bangsa sendiri.

23. Hati-hati bila berkata wahai Najib.

24. Bercakap sebagai menteri berbanding bercakap selaku Perdana Menteri adalah sangat besar beza serta banyak jurang kuasanya.

25. Takut nanti kata-kata tersebut dijadikan peluru oleh musuh untuk 'menembak' kembali kerajaan.

26. Jangan sok kok menyosa...

6 comments:

  1. salam bro...

    den nak sangat hang wat posting pasa enjin jet yang ilang tu...sebab selalunya pandangan hang ni lain dari lain hik hik hik

    ReplyDelete
  2. salam tuan,
    artikel yang menarik dan bernas
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam tuan blogger....
    tahniah atas artikel yang menarik untuk dikupas...
    namun begitu saya ada pandangan yang mungkin berbeza daripada tuan

    bagi saya bahasa mandarin agak penting bagi masa kini..bukan saya ingin mempertikaikan martabat bahasa melayu tetapi ini melalui pengalaman saya sendiri...
    1. banyak syarikat2 besar sekarang dikuasai cina..percayakah tuan kalau saya katakan peluang diterima bekerja adalah lebih tinggi jika fasih berbahasa mandarin...(dari pengalaman saya sendiri)
    2. banyak perniagaan sekarang dikuasai cina..kawan saya pernah membeli barang di plaza low yatt..kerana kawan saya ni berbangsa melayu,mungkin tokey kedai tersebut tidak tahu bahawa kawan saya ini fasih berbahasa mandarin. adakah patut tokey tu suruh pekerja dia menaikkan harga barang(bercakap dalam bahasa mandarin). bila kawan saya pergi ke kedai lain dan berbahasa cina..tokey kedai tersebut terus menurunkan harga barang kepada kawan saya..

    saudara..cuba saudara bayangkan,
    bangsa cina tahu berbahasa melayu,cina dan english
    bangsa india tahu berbahasa melayu,tamil dan english
    tak akan bangsa melayu hanya tahu berbahasa melayu sahaja?(saya percaya makin ramai melayu x tahu berbahsa inggeris bila sistem PPSMI dimansuhkan)
    menuntut ilmu itukan dituntut...tidak akan hilang martabat bahasa melayu jikalau kita belajar bahasa lain pun..

    hanya pandangan saya sahaja..harap maaf..komen ini tidak berbau perkauman..

    -pelajar u-

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum bro.

    Sungguh menghiburkan hati membaca karangan yang dilampirkan!

    Har! Har! Har! Har!

    Thanks for making my day, bro! :P

    ReplyDelete
  5. Yang ekau tak pueh hati si Najib suruh belajar bahsa Mandarin ni pasal apo plak??? kan dio BAPAK SATU MALAYSIA jadi dio kono layanlah semua kaum dgn adil dan dio pun nak undi Cina gak, lantas dio kono lah bodek Cino...lepas ni Najib suruh belajar bahsa Tamil plak...
    Apa yg ekau tulis ni semata2 atas dasar PREJUDIS yang amat keterlaluan...bayangkan org cina boleh cakap melayu tapi org melayu tak boleh cakap cina..itu juga sudah menunjukkan KEBANGSATAN melayu yg UMNO agung2 kan....seolah2 melayu ni berada dlm kocek cina dlm semua hal....
    Apa yg "nampak" oleh Paneh adalah prejudis yang tak habis2....terlalu mengagungkan Ketuanan Melayu akhirnya memang melayu jd tuan di negara sendiri, tapi hasilnya org lain sapu habis...tuan hnya dapat habuk jer!!!!

    satu pandangan prejudis dan bodoh!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam overseas,
    Kalau saudara penulis artikel ini bertanding pilihanraya, kemuadian naik jadi Perdana Menteri Malaysia,saya sokong 200%, sebab beliau bercakap macam lebih pandai dari Perdana Menteri.Hendak menyaran PM pun, gunalah bahasa yang dan cara yang berhemah dan tertib.Perlu diingat pelajar sekolah menengah pun mungkin banyak membaca blog-blog seperti ini.'We will leave a bad impression on them on how we communicate with our Prime Minister'.Elok pembelajaran Mandarin dimulakan dari peringkat Tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah bagi pelajar Melayu. Bangsa Cina merupakan satu bangsa yang maju, mempelajari bahasa komunikasi mereka (Mandarin) tidak semestinya menghina dan tidak memertabatkan bahasa Melayu kita. Fikirkan bagaimana mereka akan menghormati orang Melayu jika mereka tahu 20 tahun akan datang ramai dari kaum Melayu di Malaysia boleh bertutur Mandarin dengan mereka.Pergilah ke kedai Cina, bercakap dalam dialek Hokkien, Kantonis atau bahasa Mandarin,dengan pekedai Cina berkenaan, lihat bagaimana istimewanya layanan mereka terhadap kita.Ini hanya satu contoh kebaikan boleh berbahasa Mandarin,belum lagi dari segi mencari pekerjaan di syarikat Cina.Mungkin kerajaan boleh memberi insentif dalam bentuk keutamaan untuk memasuki universiti kepada pelajar Melayu yang lulus peperiksaan bahasa Mandarin peringkat SPM/STPM. Satu lagi bahasa yang boleh diberi penekanan sama adalah bahasa Arab, supaya jenerasi akan datang akan lebih menyayangi dan mendekatkan diri dengan Al-Quran serta agama Islam memandangkan gejala keruntuhan akhlak yang semakin meningkat di kalangan umat Islam di Malaysia. Soalan saya, tidak kah boleh kita mempelajari bahasa Mandarin (mempelajari sesuatu bahasa baru juga menambah ilmu, yang digalakkan Islam)sambil di dalam masa yang sama menambahkan usaha memertabat bahasa Melayu? Usaha mengasimilasikan kaum pendatang seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia sudah menjadi isu lapuk di Malaysia kerana 'nasi sudah menjadi bubur' dan terlambat lebih 54 tahun untuk dilaksanakan, lagi pun situasi di negara-negara berkenaan berbeza dengan di Tanah Melayu atau Malaya dahulu. Sekian, wassalam.
    westaussiemalay@gmail.com

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive