Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, December 2, 2009

PANAS-SEJUK Nov 2009

Pak Sedaro hendak imbau beberapa isu sensasi yang dijaja secara sensional melampau oleh akhbar dan berita perdana mahu pun tabloid projok. November 2009 membuka lembaran Korban yang begitu besar kepada Rakyat Raja, khasnya:

1. Orientalis Komunis oleh Halimah Ali, Exco Selangor tentang BTN.

2. Propaganda pujukan pengikut kitab Komunis, agar dibenarkan Chin Peng iaitu Setiausaha Agung PKM untuk dibawa pulang ke Setiawan, yang mungkin berhajat untuk MATI di Setiawan, yang kemudiannya dibina Momumen Gergasi untuk didewakan oleh isme-isme Komunis dan Komunisme.

3. Penyokong bolasepak Kelantan membakar Stadium Bukit Jalil. Fanatik dan Ortodok telatah dan perangai KAFA ini saling tak tumpah seperti Menteri Besar Kelantan juga.

4. Nik Aziz Nik Mat, mengadakan pengorbanan ilmu fiqhnya dengan Mendoakan keJAHANAMAN Perdana Menteri Malaysia.

5. Kebiadapan DAP di Perak sama seperti Suku Han di China, yang memijak gambar rakan mereka, walaupun seteru atau tidak sama ideologi politik.

6. Anwar Ibrahim tak selesai dengan sandiwara Al-Juburi Al-Buntoti. Ini pun perosak Rakyat Raja.

7. MCA berada di hujung tanduk. Ada 3 Jeneral tiada soldiers. Tapi mengaku hebat. Paling senang, suruh Veteran MCA yang dipimpin oleh Tan Sri Micheal Chen untuk struktur Pemilihan Baru dan Kudeta pimpinan semasa.

8. Kayveas bising kepada Murugiah. Dua-dua karut-marut. Ada baiknya PPP digantung daripada BN. Dulu masa nak masuk BN, menangis meratap dengan Tun Mahathir. Inilah skrip Gunting Dalam Lipatan, Api Dalam Sekam.

9. Oleh kerana banyak isu tak beres, By-election di Kota Seputeh di Jerlun, Kedah nampaknya disimpan dalam perti sejuk. PM dan TPM kena selesaikan masalah Politik Parti yang sebenarnya menjurus kepada Siapa dapat Untung Lebih, Siapa mau Kuasa, Siapa dapat Subsidi...Posan Pak Sedaro pado PM dan TPM serta Juak-juaknya, Jangan Jadikan Rakyat Monyet dan Musang. Jangan jadikan warganegara sebagai pentas Wayang Tinggi Production. Rakyat melihat Ekonomi Negara dalam kedudukan yang getir.

10. KDNK diasak untuk menjejak 5.0 tahun depan. Apakah potensi dan pulangan pelaburan semasa yang diterbitkan? Cukupkah dengan program Pembangunan Bandar Bercampur sekitar Stadium Merdeka sebanyak RM7 billion, bangunan MATRADE oleh Naza sebanyak RM624 juta, projek sepak terajang politik sebanyak RM10 billion?

11. Apakah lawatan dan business trade oleh PM ke APEC, CHOGM dan New York boleh menjana sumbangan pelaburan asing sebanyak RM300 billion untuk jangka 10 tahun lagi? Sedarkan Rakyat Malaysia bahawa kita mungkin memerlukan RM315 billion untuk RMK-10? Apakah dasar RMK-9 sebanyak RM220 billion telah diselesaikan dan rakyat teramai menerima limpahan kesaksamaan ekonomi...?

12. Negara ini secara puratanya memerlukan Pendapatan Isirumah Perkapita sebanyak RM5,000 sebulan, agar tiada lagi kisah Miskin Tegar dan Fakir Miskin Merempat. Jika ingin menjadi negara maju, pendapatan isirumah sebulan mesti paling kurang RM9,000. Maknanya setahun RM108 ribu. Fikirkan pembaco, ke mana kita? Di mana kita? Apa rancangan 2010, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun lagi?

Banyak yang Paneh dari Sojuk.

5 comments:

  1. Nak komen no 3.

    Bukan telatah Nik Aziz MB. tetapi meniru telatah Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

    Annuar Musa zaman hebat dahulu bakar mahkota Tuanku Sultan Kelantan dan menobatkan Sultan Baru di padang bola ketereh sewaktu UMNO tewas teruk pada Angkatan Perpaduan Ummah.

    Ketam, mana boleh mengajar anak berjalan betul!

    ReplyDelete
  2. Bumihijau said:

    Rasanya memang betul laa BTN ni.. Memang mengamalkan prinsip perkauman.. sebab memang kalau gi BTN alih-alih cerita pasal Hak Istimewa Orang Melayu.. (Istimewa sangat ker jadi orang melayu sampai nak ada hak sendiri-habis hak orang lain macamana).. Ancaman tu laa ancaman ni laa... tah macam-macam.. Pendek kata kalau gi BTN kita akan di brainwashkan dengan fakta-fakta.. Jadi kita lupuskan Perkara 153.. kita jadi Kaum Malaysia.. SAMA seperti THAILAND dan INDONESIA.. mengikut adat resam budaya masyarakat asal.. bahasa masyarakat asal.. dan semua mengikut masyarakat asal ditempat terbabit.. CONTOHNYA Malaysia.. kita jadi Kaum Malaysia.. AMACAM.. CINA CTH: LEE CHOG WEI.. KENA Tukar nama kepada Chog Wei Bin Lee.. India.. Samy Bin Vellu.. Sekolah.. Satu bahasa sahaja.. Bahasa Malaysia.. Buku juga Bahasa Malaysia bahasa lain haram digunakan.. so tak ada lagi ayat " wa tak tau lor".. mesti tukar "saya tidak tahu".. atau " ayoyo.. ammma appa.." mesti tukar "alamk, ibu ayah".. babi tak leh bela tak leh pelihara.. arak haram.. masyarakat asal kat sini beragama islam.. jadi semua mesti beragama islam.. kalau tak bagi taraf kerakyatan sahaja.. Amacam ada betoi ka..!! kalau salah jangan marah ahh!! sekadar cadangan sahaja.. "JANGAN SAMAN WA, WA TALAK LUIT"

    ReplyDelete
  3. Bumihijau:

    Saya setuju! Apakah mereka diluar sana sama2 bersetuju?

    Hatihitam

    ReplyDelete
  4. Anon yang menulis bagi pihak BumiHijau: Inilah bahana jika menulis dan berfikir tidak dalam skema Kaedah Penggubahan dan Penggubal Perlembagaan Persekutuan. Sedarkah KALIAN jika dihapuskan Perkara 153, ia bermakna Saudara-saudari yang Melayu/Pribumi Sabah dan Sarawak/Orang Asli vs Kaum-Kaum Lain akan menderita sebagai pelarian dalam negara sendiri. Apalagi orang Cina, India, Sikh, Portugese mereka hilang Hak Sebagai Warganegara dan Hak-Hak yang dilindungi dan diakui kepentingan-kepenting SAH dalam negara Malaysia.

    Nak cakap kena dengan ILMU PENGETAHUAN Perlembagaan Persekutuan. Ajak Mantan-mantan Hakim Besar dan Bekas Ketua Hakim Negara untuk bincang soal ini. Sebab itulah Perkara 153 sentiasa diingati sebagai BATU TANDA IKATAN Kepentingan Hak kepada Semua Bangsa Teras dan Kaum-kaum Lain.

    Bukan belasah cakap macam saudara fikir.

    BTN ini lahir selepas 13 Mei 1969. Diberikan kepentingan semasa zaman Tun Dr. Ismail dan Tun Abdul Razak Hussein. Tanyalah dengan Menteri Kanan, Lee Kwan Yue dia pun tahu kewujudan BTN, sebab sebelum depa blah menjadi sebuah Republik, pasukan khas di bawah Tun Razak dan Tun Dr. Ismail membuat pengumuman awam dalam Kabinet Malaysia ketika itu.

    Sebab itu, dulunya Ketua Menteri Persekutuan Malaysia ialah Almarhum Tunku Abdul Rahman. Bila Tun Razak, ditukar kepada Perdana Menteri Malaysia.

    JANGAN jadi KACANG lupakan KULIT.

    ReplyDelete
  5. BUMIHIJAU Said..

    ermm.. BETULLAH TUE.. KACANG PERLU LUPAKAN KULIT UNTUK TERUS MAJU BERCAMBAH..!!

    Berkaitan perkara 153.. Perkara ini hanya berlaku jika dalam negara itu terdapatnya pelbagai bangsa dan untuk membantu menjadi tongkat keramat bangsa. Bangsa itu terus didokong dan disokong supaya TIDAK mampu berdikari. Sedar atau tidak tongkat keramat itu kian rapuh tunggu tika untuk tumbang.. terlampau banyak sangat anai-anai kaum perosak tongkat bangsa.
    Dah tiba masanya untuk berdiri megah.. Bukan sebagai hamba tetapi sebagai TUAN HAMBA.. Bagus la tuan ANON sedar akan tulisan tersebut.. Hambatan rasa tidak puas hati tuan menunjukan tuan benar2 setuju dengan pandangan saya secara cognitifnya. Betulkan BTN memberikan fakta2 yang tak dapat ditepis kepalsuannya. Fakta2 yang perlu dicerna sendiri oleh minda dengan meningkatkan stamina minda masyarakat itu sendiri..

    "BERSAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN"

    P/S:-
    Kalau ko tak faham.. "NASIB KO LA YEH"

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive