1. Kami baca semua ucapan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Malaysia apabila mereka menang dalam pertandingan merebut jawatan sayap parti keramat MELAYU itu. Parti keramat MELAYU ok...bukan parti keramat 1Malaysia!!
2. Ucapan sulong KJ selaku Ketua Pemuda UMNO pada 2009 taklah menarik sangat, cuma minta "berani berubah" dan "pemuda berani" bersama membantu geng "setiakawan". Seingat kami ketika itu, KJ turut meminta untuk ditegur sekiranya dia lari daripada landasan perjuangan Alif, Ba, Ta.
3. Tapi yang menghairankan setiap kali KJ ditegur oleh geng media maya, pasti akan ada balacinya yang melenting mempertahankan KJ. Ketua suruh tegur...dah tu yang si balaci marah mengkhinzir buta tu kenapa?! Tak paham den.
4. Namun ucapan sulong KJ seusai mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi penggal kedua 2013 agak menarik untuk direnungi. Dalam Laman Rasmi Pemuda UMNO Malaysia melaporkan;
"Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi. Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif. "Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO," katanya pada sidang media di PWTC."
5. Meraban ahli pemuda UMNO cari makna progresif dan liberal untuk terjemahkan apa yang ketua mereka cakap. Kami banyak bercampur dengan Pemuda UMNO dan kami amat fahim sejauh mana taraf pemikiran rata-rata ahli Pemuda UMNO Malaysia. Tak tercapai dek akal diorang doh! Nak bicara soal 1Malaysia dan Wawasan 2020 pun masih ramai yang tergagap, apatah lagi nak kaji hal besar seperti agenda asing progresif dan liberal. Tahap mentaliti rendah kebanyakkan orang muda dalam UMNO adalah realiti pahit yang perlu diberi pertimbangan serius demi masa depan UMNO itu sendiri.
6. Maka disarankan carilah kamus Ospot...sebab KJ kan belajar di Ospot...barulah boleh faham makna 'agenda progresif dan liberal'. Maka akan terjumpalah makna progressive, 1.(of a group, person, or idea) favoring or implementing social reform or new, liberal ideas: 2.a person advocating or implementing social reform or new, liberal ideas.
7. Saja bagi makna dulu sebab takut nanti ada orang KJ pertikai, "Hoi, KJ tak cakap pasal liberal la...KJ cakap pasal progresif...kan lain bunyinya tu!" Heh...mauduk fikir balaci KJ la katakan.
8. Apabila KJ mengatakan, "Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam UMNO", hakikatnya KJ bukan orang progresif pertama yang menang dalam UMNO. Ada makhluk yang 20 tahun lebih awal menggunakan agenda progresif dan liberal untuk menang jawatan yang sama KJ sandang hari ini walaupun makhluk itu hanya menang dengan 10 undi saja ketika itu.
9. Dalam ucapan sulongnya selepas menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 18 Ogos 1983, makhluk yang bernama Anwar Ibrahim itu menegaskan bahawa kekuatan Pemuda diukur melalui kebijaksanaan bertindak, melaksanakan dengan berkesan. Beliau menyeru agar Pemuda mengambil peluang ke atas suasana politik yang liberal dan terbuka seta kebebasan bersuara untuk meninggikan moral rakyat.....
10. Err..ada sesiapa pemuda UMNO yang nak cari makna liberal dalam kamus Ospot? Heh!!
11. Jadi apa bezanya agenda 'liberal dan terbuka' Anwar Ibrahim pada 1983 berbanding agenda 'progresif dan liberal' KJ hari ini? Ada beza? Tarak? Takde beza? Tak jugak? Sama?! Heh!
12. TIADA dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedari awal penubuhannya pada 1 Mac 1947 dengan nama asal Jabatan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Kapten Hussein, hinggalah ke era Pemuda UMNO Malaysia hari ini yang pernah mengungkap perkataan 'liberal' KECUALI Anwar Ibrahim dan Khairy Jamaluddin.
13. Satu lagi persamaan antara Anwar dan KJ ialah keduanya dilanda sindrom 'setan bisu' sebaik menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sebelum jadi Ketua Pemuda UMNO, Anwar pernah mengetuai demostrasi di Kuala Lumpur pada 1970an, menentang penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di papan-papan iklan, bercakap pasal kemiskinan Melayu, pasal Islam..bla..bla..bla! Tetapi sebaik saja dilantik ke jawatan Ketua Pemuda pada September 1982 dan seterusnya menjadi Timbalan Menteri pada 1983, Anwar lupa semua itu dan membisu dalam banyak isu Melayu dan Islam!
14. Jadi apa bezanya Anwar ketika itu dan KJ kini yang membisu mengenai perjuangan Melayu, malu nak mengambil bahagian dalam mempertahankan kalimah "Allah", malu nak ambil setiausaha akhbar Melayu, menganggap pendekatan regresif "Hidup Melayu" adalah ketinggalan zaman, mengangkat idealisme liberal yang lebih kurang sama maknanya dengan kesamarataan yang diperjuangkan DAP etc. Malah label Pemuda UMNO lembik dan pondan hanya bergema semasa KJ menjadi teraju. Mengapa agaknya?!
15. Bila kami kata KJ adalah Anwar Ibrahim II in the making, ramai yang perlekeh. Tapi sukalah kami nak peringat, sejarah tak pernah menipu!!
Pikiaq la skit...
Aku Sokong Paneh Miang!
ReplyDeleteBila org kiri kanan dia mainkan peranan KJ pun mula sedikit terpsesong dlm perjuangan
ReplyDeleteNape masih mengundi KJ....?? itu yg aku tak faham!!
ReplyDeleteKan paneh dah cakap tahap mentaliti macamana pemuda umno ni. So x heran la jenis mcmana yg undi kj. Cetek akal.
DeletePerwakilan yg pilih Kak Ijat Lembu Kondo!!! Depa buta hati atau buta perut...Hancuq UMNO mcm ni!!
ReplyDeleteSAYA SOKONG ARTIKEL NI .TEPAT APA YANG YANG DIKATAKAN .MEMANG MAMAT OKSPOT NI BERPOTENSI MENJELMA MENJADI ANWAR IBRAHIM KEDUA DIMASA DEPAN.SEGALA TINDAK TANDUK NYA SEBIJI MACAM ANWAR IBRAHIM WAKTU DULU.
ReplyDeletebila aku dpt tahu kj dah 'sapu habis' undi utk ketua pemuda, aku terperanjat beruk. apa bentuk pemikiran pemudapun, aku tak terfikir. samada terlalu kehadapan atau kembali ke zaman batu. adakah pemuda mengundi untuk wang, survival politik diri atau demi bangsa, agama dan negara, terkedu aku nak jawab. apapun, undi dah diberi, pemuda dah memberi kepercayaan kpd kj utk memimpin mereka. terpulanglah kpd pemuda, nak naik ke langit atau terjunam ke parit...
ReplyDeleteaku setuju 9,999,999.9% dengan artikel ni. Banyak faktor pemilihan KJ ni. Rasanya ramai dah lupa pasal artikel di zaman pak lah berkisah psl KJ ni. Aku masih simpan soft copy artikel tu. Sapa berminat boleh inform aku.
ReplyDeleteMaap tumpang tanya! Ada org baca ke blog ni?
ReplyDeleteTakdo orang baco agak eh. Sobab tu takdo yang komen. Heh!
DeleteArtikel ini x de fakta cuma khayalan dan rekaan atau pun andaian penulis. Sepatutnya penulis blog bangga dgn KJ kerana beliau adalah org n9 yg menjadi ketua pemuda dan menteri. Hairan.. Inilah padahnya bila dah termakan byk duit haram budak paneh ni.
ReplyDeleteSebab kj org n9 maka kena sokong org senegori la? Camtu? Habih tu sahak ngan isa org n9 gak. Dua2 bertanding mt ngan naib presiden. Ko sokong ke? Acoi gilo ampangan tu org n9 gak, ko sokong jgk ke? Apalah spesis budak kj ni.
DeleteKJ oghang negori ko? Tak tau lak den. Mmg la dio AP Rembau tapi bukan dio lahir kat Kuwait ko? Skolah dio ngan uni pun kek luar negaro. Membosar pun kek luar negaro. Camno lak kobar dio org n9. Kok KJ paham rukun adat pepatih pun dah kiro mujur kot! Heh!
DeleteAnwar suka tengok belakang. KJ suka tengok depan. Beza kan?
ReplyDeletePaneg Miang, kau sekolah duu sampai darjah berapa ya?
ReplyDeleteTipikal pencacai kj bila x boleh jawap isu yg diutarakan ditanya pasal org blaja stakat mana. Kakaka. Rendah sungguh la tahap pikir. Betul kata paneh.
DeleteDarjah 7 remove class. Hehe. Tp kok nak tau blaja mano dan stakat mano, rajin2 la la baco post2 awal kat label kengkawan kat belah bawah blog ni. Nak tau senarai tompek Paneh Miang blaja pun boleh klik kat info fesbuk panehmiang. Tapi x la handa mcm brader kot! Hehe...
DeleteKJ banyak duit dan main duit utk menang samalah cam Anwar. Ini akan jadi Anwar tak caya tengoklah nanti.
ReplyDeleteCiri2 Anwar yang mirip KJ
ReplyDelete1. Naik ke jawatan tertinggi dalam tempoh yang singkat
2. Ada godfather di belakangnya. Dalam kes Anwar, Tun M adalah orangnya.
3. Suka menggunakan istilah yang bombastik sehinggakan orang ramai terpaksa bukak kamus semata-mata untuk memahaminya
4. Bercita-cita tinggi
5. Sukakan publisiti
6. Suka berdebat dan berpidato
7. Ada peminat, pengkagum dan penyokong
8. Berfikiran liberal
ada lagi...
Delete9) hensem.... org pompuan minat tau...!
10) petah bercakap... auwww....!
11) ada isteri bermata sepet, setia dan taat.....
KJ MEMANG MACAM ANWAR.
ReplyDeleteTAK SEMPAT NAK JADI PM NANTI DAH KENA TENDANG.
RAHSIA BURUK AKAN DIBONGKAR GALI. !
Sejarah Mokhtar Hashim akan berulang. Orang Rembau jangan mimpilah KJ akan pergi jauh... musuhnya terlalu ramai dikalangan pemimpin UMNO. tengok je lah takat mana dia mampu menongkah arus politik UMNO yang anti kepada nya.
ReplyDeleteKJ, apasal mama ko pon turun padang berpolitik dan berkempen ? Ko dah menang cukuplah. Tak usahlah ganggu Mukhriz pulak.
ReplyDeleteMane ko taw org2 undi kj. Kiraan majoriti, untuk 1 bahagian. lagi pun calon yang bertanding semua tiada kemampuan. sekadar ahli umno, Cube yang nak bertanding tu di kalangan Exco pemuda malaysia , Ketua pemuda bahagian @ ketua pemuda negeri. baru nampak, pertandingan.orang kenal, sama juga wanita, puteri. Selain kj sape lagi yang menonjolkan diri? masa 2009 kt kenal Mukhriz, Khir toyo n kj. kenal nampak taw sape calon tu. berbanding calon yang sekarang ini.
ReplyDeletebkn nk side sape2 tapi kalau kita bukak minda n hati tanpa menyebelahi sape2 ,apa yg di katakan oleh paneh miang tentang kj ni ada logik dan ada jugak kebenarannya ..sesiapa yg kenal bdk kj ni pasti setuju dgn apa yg paneh katakan tapi kpd sesiapa yg kenal si kj ni dan terpaksa kerja atau nk hidup or cari makan dgn dia ni pastilah tak setuju dgn apa yg dikatakan oleh paneh ni walaupun berlori lori ditunjukkan bukti atau sebab musabab kenapa paneh kato yg si kj ni adalah samo atau lebih kurang samo mcm anuar ibrahim !!! tapi bagi yg " liberal " dan" progresif " ( pinjam dari kj n anuar ) tentu akan setuju dgn apa yg dikatakan oleh paneh miang ..den setuju sgt dgn apo yg dikatakan oleh paneh miang tu tapi bgi den pulak itu tak la bermakna si kj ni tak boleh dipercayai atau tidak boleh bekerja ...walaupun kj ni memang meminati anuar ibrahim sehingga anuar ibrahim pernah menjadi idola nya sedikit masa dulu tetapi kj cuma meminati gaya revelusiner anuar didlm kancah politik di malaysia ini yg kalau kita lihat sebelum ini kita memang ketandusan politikus yg sebegini ..bgi saya adalah terlampau keras jika kita membuat rumusan yg kj jugak mempunyai perangai atau sifat2 buruk anuar ibrahim semata mata kerana gaya berpolitik yg sama..bgi saya juga beliau seorg anak muda yg sgt dinamik dan berkarisma tinggi dan sgt matang didlm berpolitik berbanding umur beliau yg masih muda ...ini jelas ditunjukkan oleh kj dimana beliau tidak memegang apa2 jawatan didlm kabinet meskipun beliau adalah ketua pemuda umno ketika itu ...perlu diingat timbalan ketua pemuda beliau pun diberikan jawatan timbalan menteri didm kabinet malaysia ...jika dilihat ini suatu tamparan hebat buat kj dan disinilah beliau memperlihatkan gaya politik yg matang yg tidak cepat melenting dan melatah kerana tidak diberikan jawatan didlm kabinet meskipun beliau memegang jawatan ketua pemuda !! terus terang saya katakan yg bkn semua org politik dpt mengikut cara beliau yg tenang dan terus menjalankan tugas2 beliau sebagai ketua pemuda walaupun beliau jika dilihat seperti dimalukan bile diperlakukan sebegitu ...kalau kita lihat ahli2 senior didlm umno pun belum tentu dapat melakukan seperti apa yg sdr kj lakukan ....tak payah jauh la kita lihat contoh antaranya tan sri mohd taib ( mike tyson ) yg merajuk sampai keluar parti umno n join pas padahal beliau adalah barisan pemimpin tertinggi umno sedikit masa dulu dan beliau sgt dikagumi diatas kesetian beliau kpd parti umno dan seringkali dlm ucapan beliau dahulu ada disebut mereka yg keluar parti umno kerana atas sebab apa pun adalah pengkhianat kpd bangsa melayu n parti umno khasnya ...tapi bile kena atas batang hidung sendiri apa dah jadi melatah n melenting jugak akhirnya ...ini adalah contoh mereka yg mementingkan diri sendiri tanpa pedulikan nasib parti umno n alhamdullilah sdr kj berjaya mengharungi dgn tenang dan cool ...apa punlah parti umno perlu pemimpin yg seperti kj ni percayalah sdr2 semua saya berkata ini bkn kerana saya ini ada pertalian atau pernah mendapat apa2 benefit dari kj tetapi atas dasar keadaan semasa negara kita yg telah berubah now n tidak seperti 20 tahun dulu maka umno amat perlukan pelapis pemimpin yg mempunyai gaya pimpinan yg tidak seperti yes sir sahaja terhadap kepimpinan yg tertinggi seperti pemimpin2 yg ada sekarang ini ,,,,kerana umno dibanjiri oleh pemimpin2 yg tidak liberal n progresif la umno sekarang tidak lagi kuat seperti dahulu kerana harus diingat org2 muda melayu sekarang banyak yg berorientasikan liberal n progresif jadi jika umno tiada pemimpin yg sebegini maka kerana itu lah org2 muda melayu lebih cenderung utk menyokong parti pembangkang yg dilihat sealiran dgn mereka ....
ReplyDeletewahai anon budiman ini adalah salah satu cara untk PR menanam benci terhadap UMNO seharusnya bloger bijak menilai setiap pandangan yg di paparkan hancurnya org melayu bukannya dari bangsa lain hancurnya melayu berpunca dari melayu sendiri
ReplyDelete