Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, October 6, 2010

Perjanjian 13 Perkara UMNO-PAS

"Bahawasanya kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan seperti butir-butir yang tersebut di bawah ini:

1. Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah & Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa.

2. Menteri tersebut akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

3. Jawatan-jawatan timbalan menteri, setiausaha Parlimen, setiausaha politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.

4. Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjuk oleh parti Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada kekosongan.

5. Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan-rombongan rasmi keluar negara dan juga jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan munasabah.

6. Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitu juga sebaliknya di Kelantan, ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan dalam negeri itu.

7. Dua orang anggota Dewan Negeri Kelantan dari Parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli Exco negeri.

8. Dua orang anggota Dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli-ahli Exco negerinya masing-masing.

9. Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini wujud tiada ada sebarang pertandingan antara Pas dengan Perikatan di dalam pilihanraya kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan-kawasan di mana telah dimenangi oleh parti yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

10. Begitu juga kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi oleh Pas dalam pilihanraya umum 1969 yang kemudiannya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan berhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku pilihanraya kecil dalam kawasan yang tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan, jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.

11. Hendaklah tiada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Segala sesuatu yang dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.

12. Kebebasan anggota Pas dalam kebinet Pusat, Exco negeri, Parlimen dan Majlis Undangan Negeri untuk membangkang sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.

13. Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan Perikatan.

t.t.
Tun Haji Abdul Razak bin Hussain
Presiden Umno merangkap Pengerusi Perikatan
dan Perdana Menteri Malaysia

t.t.
Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda
Yang DiPertua Agung Parti Islam Se Malaysia
merangkap Menteri Besar Kelantan

"Termaktub di pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis 28 Disember 1972 bersamaan 22 Zulkaedah 1392."

Note: Perjanjian 13 Perkara di atas adalah kandungan dokumentasi sejarah bagi membentuk kerajaan campuran antara UMNO-PAS bertarikh 28 Disember 1972 yang ditandatangani oleh Tun Razak dan Dato' Asri. Mungkinkah perjanjian baru akan termeterai lagi di antara UMNO dan PAS pada masa kini?

5 comments:

  1. kepala Asri tak sama mcm kepala N.aziz...
    N.aziz silap sikit terus sembur....dgn kopiah lonjong dia tu jgn haraplah nak kerjasama dgn Umno......degil mcm kambing!

    ReplyDelete
  2. Kalau Pas keluar daripada Pakatan DAP/PKR PAS pasti akan menggugat umno di banyak negeri. Umno pasti tak senang duduk jika pas keluar daripada pakatan.

    ReplyDelete
  3. iya ke umno tak senang duduk jika pas kluar komplot pembangkang? atau pkr yg sdg kelemasan sekarang ni yg akan terus mampus.

    ReplyDelete
  4. PKR?parti penjilat dubur?tak mungkin PAS akan keluar walaupun Al-Duburi Al-Liwati bersama konco2nya buat onar...kerana PAS sangat berpegang teguh pada janji pakatan...

    ReplyDelete
  5. Insya'allah, tidak akan berlaku perkongsian kuasa kali kedua kalau ideologi UMNO kekal begitu. Orang PAS pun bukan selama-lamanya boleh diperbodohkan!

    Mudah saja kalau nak berkongsi, cuba bagi Datuk Nik Aziz jadi PM sekali, leh tak?

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive