Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, October 3, 2010

PKR-Puaka Kuasai Rakyat

Pak Sedaro melihat Puaka Kuasai Rakyat ialah fenomena supernatural imej baru yang sedang ditiup kepada kepala hotak pengikut, penyokong, pendukung dan ahli partai ortodoks B.A.B.I.

Pengunaan istilah kecoh, menang sorak balingan kerusi, benjol dan luka merupakan bahasa terapi kepada PKR hari ini. Inilah makna tertanam yang dinobat oleh pasukan berasaskan hasad, khianat, kesumat dan dendam membara untuk menjadi JUGHO Putrajaya. Anwar Ibrahim sedang bermimpi dalam hitungan sabitan mahkamah ke atas kes "main buntut" Saiful dan sebagainya.

76% pemilihan cabang PKR sudah dan sedang di bawah pengaruh alkohol tamak, kemaruk kuasa, gila talak, meroyan jiwa dan memenuhi ruang-ruang murahan suratkhabar arus perdana.

Nampaknya, media arus perdana pun sudah kena sampuk dengan gelagat dan puaka pusaka yang menghantui PKR. Sejak 15 bulan kebelakangan ini, akhbar aliran perdana sudah hilang wibawa kerana memberi "highlight" kepada isu-isu yang disensasikan dan isu-isu sosial berskala negatif.

Apokah editor dan Ketua Pengarang sudah dihayun dengan gelombang Yahudi-Freemasonary? Apokah mereka tidak sedar, bahawa imej yang diorientasi dalam ruang muka paling hadapan akan memberi petanda bahawa wartawan kita tiada bil-hikmah...

Sewajarnya setiap akhbar arus perdana, setiap hari wajar memetik apa jua bicara pengurusan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin di muka paling depan. Highlight tentang ekonomi, kuasa, pengurusan, integriti, nilai baik, aspirasi 1Malaysia sebagainya. Kolum tepi di muka paling depan, wajar ada kupasan 1Malaysia. Pampangkan besar-besar pasai 1 Malaysia.

Apo makno 1Malaysia-Pelbagai Bangsa? 1Malaysia-Pelbagai Budaya? 1Malaysia-1Bahasa? 1Malaysia-1 Negara? sebagainya...

Apabila Puaka Kuasai Rakyat diterajui Anwar Ibrahim berjaya, maknanya sekutu-sekutu Partai Ajaran Sesat dan Dapur Anak Puaka makin kuat meracuni dan membarah dalam urat nadi rakyat, khasnya rakyat Raja dan Orang Asli.

Pak Sedaro analisa politikus UMNO, makin kemut dan penakut. Takut dengan bayang-bayang sendiri kerana gagal bekerja untuk ummah? Takut dengan kelibat pukulan Putrajaya? Atau takut kerana tidak punya kefahaman kepada Perlembagaan UMNO, Akta Pertubuhan 1966 khasnya Seksyen 2 dan Subsekysn 2(a)-2(e), juga gagal menyelami hikmah dan rahsia Perlembagaan Persekutuan 1957?

Politikus pasukan lain dalam BN, hanya pengikut eksekutif kepada UMNO. PAS dan PKR buat huru-hara ialah proses asimilasi mereka menaakul kejahilan rakyat.

Kita akan melihat selepas bulan Oktober 2010, akan wujud sindrom baru kepada politikus UMNO dan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Hari ini, Omar Othman Presiden Cuepacs menyampuk menyokong jika dikenakan tindakan kepada mana-mana penjawat awam yang "celupar" yang dikelas sebagai rasis? Juga NUTP pakat sokong. Pak Sedaro pikir, mana-mana persatuan kakitangan awam tak payah sibuk soal rasis ini. Kau orang tumpukan kerja kepada tanggungjawab dan perkhidmatan kakitangan awam yang masih bersepah dan kelam-kabut, lagi baik. Nak menyibuk soal rasis, masuk pentas POLITIK atau pendakwah sosial. Debat dan bahas perihal erti "rasis" yang dicanang dan ditaja oleh pasukan neo-komunis di bumi Melayu ini.

Setiap rumah rakyat Raja mesti melahirkan seorang insan yang sihat akal budi menjelang tahun 2020, bukannya robot dan "parrot". Alangkah baiknya di tahun 2020, kita bukan pewaris Puaka Kuasai Rakyat, kita bukan pusaka Sarkas dan Zoo Negara, kita bukan pemiliki fun-fair yang ditelanjangi oleh musuh-musuh Islam di bumi Malaysia.

1 comment:

  1. Puaka memanglah kuasai rakyat, dulu puaka kuasai 22 tahun, skrg puaka dah pencen sakit. Skrg ada lagi wanita puaka.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive