Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, December 15, 2010

Zoo Parlimen

Pandikar Amin tak senang duduk dipulun oleh monyet-monyet di zoo bukit parlimen. MP Jelutong dan Batu Gajah ialah MP DAP yang terkenal sebagai ungka dan siamang kurap yang sekian lama mengintai peluang untuk mencaca-marbakan Parlimen.

MP Permatang Pauh sudah digantung 6 bulan. Dia guna peluang digantung, untuk rapat umum membentang perisai pertahanan akibat serangan Wikileaks kepada dia. Misi 14 Disember hingga 19 Disember hatta sampai 31 Disember 2010, ialah misi membersihkan najis mughaljah yang dipalit ke muka Anwar oleh CIA dan agennya, rakan kongsi Anwar di The Future Foundation. Maknanya Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat ialah Lim Kit Siang. Nak diharapkan Karpal Singh yang terpeletok atas kerusi roda, sudah hilang wibawa sebab un-fit.

Mungkin ada juga AP Pembangkang yang berhajat nak angkat Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang. Tapi malangnya PAS tak cukup kerusi majoriti kumpulan penyamun Dewan Rakyat.

Namun demikian, pasukan back-benchers yang terkenal sebagai pasukan penyokong kerajaan yang lemah-longlai, disebabkan Kinabatangan dah dapat tilam ompok di rumah bini baru. Bintulu pula tak boleh membising membuta tuli kerana mulutnya telah di gam dengan kisah PKFZ dan jet peribadi yang dah di sita. Yang tinggal boleh diharap ialah Sri Gading, Pak Aziz si kuda tua lelah yang berseorangan memulun. Nak diharapkan Khairy, dia hanya budak suruhan Kalimullah dan geng-geng peti bersurat Abdullah Badawi.

Kerusi mertua kesayangan Khairy yakni Kepala Batas, tak pernah pula hadir di persidangan Parlimen lepas letak jawatan Perdana Menteri. Hanya pandai mentekedarah elaun buta Ahli Parlimen setiap bulan. Ada anak Mohamed Rahmat, si Jazlan pula asik dok pening nak selesaikan isu-isu UDA Holdings Berhad dan hartanah dalam KL...nak pulun 1MDB dan sebagainya. Siapa lagi budak suruhan Kelab Penyokong Kerajaan?

Mereka dari Pribumi Sabah dan Sarawak ambil sikap menikus dan melepak sambil makan upah bulanan buta sahaja di Parlimen. Barisan Kabinet pula, bila menjawab soalan maut dan cepumas, ramai yang kantoi, seolah-olah penulis jawapan pun kaki sabotaj menteri masing-masing. Siapa yang benar-benar bekerja untuk rakyat dalam Parlimen ini?

Pak Sedaro cadang supaya Ahli Parlimen BN, mula siap siaga dengan mewujudkan:

1. Dua orang Pegawai Parlimen khas yang dibayar gaji setinggi RM5,000-RM7,500, khusus untuk buat kajian dan mengenalpasti keperluan jawapan bertulis oleh Menteri. Baca semua hansard sejak 1966 kerana banyak lagi perkara yang Kerajaan Persekutuan janji, tapi masih gagal dilaksanakan.

2. Tentukan pintu Parlimen mula dibuka seawal jam 6 pagi, agar pemegang kad-kad kuasa tertentu boleh memasuki Parlimen untuk buat persiapan rapi. Setiap Kementerian mesti memusatkan Pegawai Bertaraf Jusa C atau B sebagai pegawai kanan untuk kenalpasti segala masalah dan teknik menjawab.

3. Tentukan Ahli Parlimen yang berhajat menjadikan parlimen sebagai pentas Zoo, diberikan kad merah dan digantung selama 1 minggu dan tidak boleh diberikan ruang untuk sebarang sidang media di luar Dewan Parlimen. Mereka semakin biadab bila media beri ruang temuramah.

Marhaban Zoo Bukit Parlimen. Anda ahli Parlimen yang memalukan rakyat Malaysia.

6 comments:

  1. Den teringat slot dlm cerita pendekar Bujang Lapok, Alif Min Nun Wau, alif tendang wau Sarkis. Keadaan Parlimen memang mcm zoo bila ramai puak sarkis ni terutam ahli Sri Gading yg Bangka Lolah pulak tu cian.

    ReplyDelete
  2. Bila pembangkang condemned di parlimen kenapa standard universiti kita jatuh merudum takde seorang ahli parlimen BN bahkan menteri yang berani jawap kenapa?

    Apa salahnya kalau pak menteri pengajian tinggi pulang balik paku buah keras kepada pembangkang sebab kualiti universiti di Malaysia jatuh merudum kerana banyak mahasiswa keluar pergi berdemo dan berkempen tolong pembangkang!

    ReplyDelete
  3. Eleh... Klu jwp pun bkn blh duit... Psl tu ahli parlimen Be End x maw jwp... Diaorg ni kan hidup cuma bermatlamatkn duit jer...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah malunya Den, hari ini ternyata parlimen kita jadi Zoo dgn sikap speaker yg tak mulia menggantung ketua Pembangkang dan 3 ahli PR 6 bulan tanpa diberi notis dan bicara hujah membela diri. Patutlah negara jiran mencerca kita.

    ReplyDelete
  5. Pandikar tu kan org UMNgOk juge, dah tu kaki baran pulak, macam mana UMNgok boleh lantik dia.
    Pemimpin nya pulak tak kompeten.
    Elok lah tu, macam pinang dibelah dua.
    Kesian org PR, dapat pemerintah zalim.

    ReplyDelete
  6. Dulu Perak, speaker di usung tendang keluar dewan, sekarang Parlimen Msia speaker dictator. Ini spt kata Muhyiddin mahu MP debat bernas tetapi speaker pula yg menyekat menjadikan usul dilulus tanpa dibenarkan berbahas. Msia world claas Parliament, sedih, sedih tragedi hitam demokrasio msia.

    ReplyDelete

Blog Archive