Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, December 17, 2010

Samurai Business

Pengalaman Pak Sedaro berkunjung ke Negara Matahari Terbit amat relevan dalam perbincangan samurai bisnes ini. Kota tua Kyoto, Nagashima, Osaka, Okayama, Ishikawa serta Fukushima ialah wilayah pelajaran samurai yang wajar dikongsi.

Bagaimana ikon korporat dan bisnes role model Jepun menjayakan perusahaan mereka? Amalan bushido dan pemikiran samurai merupakan kandungan utama "Japan Harvard Business School".

Seawal jam 0630 pagi, tidak kurang 30 orang CEO dan MD akan berkumpul untuk memulakan kelas akido dan kendo mereka. Mereka akan diindoktrinasi dengan perilaku seorang Panglima Samurai di zaman Shogun iaitu pemikiran pahlawan di tahun 1400-1884. Antara ilmu yang penting ialah:

1. Ketetapan membuat keputusan [Decision consistency].

2. Kejituan melaksana ukuran kerja [Precision in measurement].

3. Ketepatan masa [Wal-Asr]

4. Disiplin dalam mengurus masa kerja, masa makan, masa mesyuarat, masa sembang dan masa berjalan.

5. Strategi mentadbir gelagat pelanggan pelbagai karenah dan selera.

6. Strategi mengurus kakitangan yang di luar tabie seorang bangsa Jepun.

7. Strategi memastikan konsep "FIFO" dan "your dinner serve in front of your nose" juga "from garden to kitchen" dijadikan latihan dan amalan berterusan.

8. Ilmu 5S yang menjadi kayu ukur "benchmark" ISO hari ini, ialah hasil daripada kupasan samurai business taboo.

9. Teknik menumpas pesaing dan berenang bersama pesaing tanpa di makan hidup-hidup.

10. Strategi kamikaze dalam bisnes yang sengit.

11. Strategi memusatkan kawalan dan mewujudkan elemen YAKUZA dalam pasaran antarabangsa.


Hari ini di Malaysia ada Jusco, Isetan, Sony, Panasonic, Honda, Toyota, Mitsubishi dan sekian banyak perusahaan Jepun. Tidak mustahil akan hadir antaranya CEO bersifat samurai dan meletakkan seorang Yakuza dalam kalangan mereka sebagai pemantau untuk kepentingan Jepun.

Apakah usahawan dan konglomerat Malaysia berfikiran seperti mereka? Adakah usahawan Malaysia memusatkan sifat tanggungjawab kepada negara apabila berpencak di pasaran antarabangsa? Apakah wujud pasukan atau entiti Tuah atau Jebat dalam bisnes kita?

Kami menyarankan agar para sarjana dan ilmuan di negara ini mula melakukan hipotesis untuk mengadakan Budaya Kerja Tuah atau Jebat dalam konsep persyarikatan Malaysia. Budaya Kerja yang hebat dalam ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka, sehinggakan rakyatnya ketika itu tiada yang layak sebagai penerima wang zakat dan baitulmal di bumi Melaka, perlu diterapkan kembali dalam budaya kerja rakyat Malaysia hari ini.

Banyak lagi ilmu samurai bisnes yang boleh kami kongsikan kepada pelayar blog ini. Namun melihat kepada senario sebahagian besar pembaca Paneh Miang yang ortodok politik murahan, maka Pak Sedaro rasa cukuplah memetik bait-bait ilmu bahawa Samurai Bisnes ialah petua yang diamalkan oleh Tan Sri Ali Hashim, mantan Pengerusi dan CEO Perbadanan Johor. Hari ini, budak Melaka bernama Azizan Osman yang digelar pakar tilik tarikh lahir telah menggunakan kitab bisnes Samurai. Tampak begitu galak Azizan buat harta dengan kehadiran ramai pengkagumnya yang bakal mencecah 100,000 orang.

Syed Mohktar Al-Bukhari pula pakai resepi sendiri. Cuma penasihat bisnes dia merupakan seorang warganegara berketurunan Siam iaitu Mr. Lim yang turut mengamalkan budaya bisnes Samurai. Andai dikupas menelusuri rintis sejarah Islam, kaedah Samurai Bisnes ialah pecahan daripada teknik perniagaan yang diamalkan oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w. semasa baginda menjadi gembala kambing dan dipikat oleh Siti Khadijah untuk mengepalai kabilah bisnesnya dari Mekah ke bandar-bandar besar.

Begitu besar jasa kekasih Allah ini dalam bidang bisnes. Inilah makna nila yang baik setitik, maka beruntung dan kenyang manusia dek dulang susu yang penuh dzat dan khasiat. Sesapa yang berfikiran global, canailah ilmu samurai bisnes taboo dalam banyak tulisan.

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive