Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, December 26, 2010

Propa Indon


1. TVRI, TCRI serta sekian banyak media Indonesia, hampir setiap masa meng'update' persiapan Timnas Indonesia menjelang perlawanan akhir (disebut feenal) Leg 1 Piala AFF Suzuki 2010 menentang Pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam esok.

2. Seputar Indonesia Siang, Seputar Indonesia Malam, Warta Indonesia etc. menjadikan perlawanan akhir bolasepak antara 2 negara jiran ini sebagai tajuk utama berita.

3. Media Indonesia sering mewar-warkan latihan serta persediaan Timnas mereka bagi menghadapi Malaysia, temubual bersama pengurus & jurulatih, temubual bersama peminat hinggalah kepada mendapatkan komen golongan artis.

4. Keberangkatan Timnas Indonesia ke Malaysia, bermula dari saat mereka menaiki bas ke airport, hinggalah ketikanya mereka menaiki kapal terbang, turut diadakan liputan secara langsung. Serbuan peminat terhadap pemain-pemain Timnas mereka turut memaksa pihak berkuasa Indonesia menempatkan 2 orang bodyguard bagi mengawal setiap seorang pemain.

5. Turut menjadi paparan ialah adegan peminat & pendukung (penyokong) Timnas Indonesia yang sanggup berkhemah selama 5 hari di hadapan kaunter stadium semata-mata untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir. Malah pendukung Timnas yang berkhemah di hadapan kaunter tiket turut ditaja dengan makanan percuma sepanjang tempoh itu. Dipaparkan juga bagaimana pendukung Timnas Indonesia tanpa segan silu telah berebut dan bertolakan sesama sendiri semata-mata untuk membeli tiket tempat duduk barisan hadapan.

6. Komentar serta persediaan Pasukan Malaysia di Bukit Jalil turut dilaporkan dalam berita-berita utama Indonesia, dan Pasukan Malaysia turut digambarkan 'takut' dengan penyerang Timnas Indonesia, Cristian Gonzales. Visual kekalahan Pasukan Malaysia 1-5 kepada Timnas Indonesia sebelum ini, serta nyanyian lagu "Garuda pasti menang" oleh pendukung Indonesia, turut dijadikan latar laporan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010.

7. Begitulah hebatnya semangat patriotik yang dimiliki rakyat Indonesia berbanding rakyat di negara kita sendiri.

8. Namun kami lebih tertarik dengan propaganda yang dimainkan media Indonesia semasa membuat liputan mengenai perlawanan akhir ini. Rakyat mereka kelihatan seperti dimomok secara keterlaluan mengenai 'kehebatan' Timnas Indonesia hingga melupakan permasalahan semasa yang melanda mereka. Rakyat Indonesia telah diajak untuk melupakan seketika isu dalaman negara yang disebabkan kelemahan pemimpin dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada peri pentingnya Timnas Indonesia memenangi perlawanan akhir bolasepak ini.

9. Teringat kami akan strategi yang sama digunakan pemimpin politik di negara kita terutamanya pihak pembangkang yang sering mengalihkan isu kelemahan kepimpinan mereka dengan 'menyerang' kerajaan persekutuan. Kepimpinan leewat, lemah, korup, kronisme, nepotisme, berat sebelah, rasuah, israel, etc. yang dilakonkan oleh TimPKR, TimDAP serta TimPAS, telah cuba dipendam & disorokkan daripada pengetahuan para penyokong mereka, sehingga digambarkan merekalah yang paling 'bersih' kononnya.

10. Berbeza dengan kerajaan persekutuan yang lebih terbuka dalam membicarakan kelemahan & kesilapan sendiri, pihak pembangkang pula lebih banyak menyokong pemimpin secara membuta tuli walaupun pemimpin mereka terang-terangan melakukan kesalahan.

11. Ehh...dah lari tajuk pulak.

12. Walaupun rakyat Indonesia menyanyikan "Garuda pasti menang", kami mengharapkan Pasukan Bolasepak Malaysia akan bermain bersungguh-sungguh, bukan disebabkan ganjaran yang bakal diterima, tetapi demi maruah negara yang tercinta bernama Malaysia.

13. Jika dalam filem Mamat Khalid ada dialog "Saya orang Indonesia, orang Indonesia memang hebat...", maka Pasukan Bolasepak Malaysia juga perlu tanamkan azam dalam hati, "Kami rakyat Malaysia dan Malaysia sejak dulu lebih hebat berbanding Indonesia!" InsyaAllah, kita akan MENANG!

4 comments:

  1. Kita Boleh.

    Percayalah dengan kebolehan pasukan bola sepak negara.

    ReplyDelete
  2. Boleh x boleh, sbg rakyat Malaysia kita HARUS MENYOKONG pasukan kita. Go..go...Power Rangers!

    ReplyDelete
  3. tolong monitor sikit apa berita lepas balik tangan kosong....hehehhehe
    3 kosong....yahuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Aku nak laser sikit ... Kenapalah GLC-GLC kita tak pandang langsung untuk sponsor Pasukan Bolasepak Negara. Kenapa kita terhegeh-hegeh sangat nak sponsor pasukan luar terutama EPL. Contoh tepat ... TM sain kontrak 5 tahun untuk sponsor MU. Tapi tak dak hati langsung nak sponsor Pasukan Kebangsaan. Apakah kerana CEO TM tu grad dari UK yang menyebabkan dia bernostalgia (syok sendiri) untuk "buang duit" sponsor MU? Tolonglah patriotik sikit. Kamu tu GLC kena ingat dan apakah penduduk GREAT BRITAIN tu semua pengguna perkhidmatan TM? Jawab ya ... jangan tak jawab !

    ReplyDelete

Blog Archive