Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, December 29, 2010

Politik Paria Anwar

Gamaknya Anwar Ibrahim sedang menjalani proses pembusukan dan pembunuhan politik yang dikarang sendiri oleh 3A "Anwar, Azizah dan Azmin", seterusnya membuktikan kepada pengikut babi buta PKR bahawa semua yang berlaku kononnya dek kerana konspirasi politik maut yang dicipta dan ditaja oleh UMNO.

Anwar Ibrahim sudah semakin kuat mencarut, sehingga kewujudan Kelab UMNO Veteran Pegawai Tinggi Kerajaan mengakibatkan dia hilang tumpuan. Presiden Kelab UMNO Veteran yang dikepalai oleh Tan Sri Aseh Che Mat dan Timbalan Presidennya Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob cukup memberi gambaran bahawa UMNO didukung oleh pasukan pemikir yang kuat dan mapan. Mereka mengetahui kedudukan sebenar UMNO sejak berkhidmat dalam pasukan pengurusan pentadbiran awam. Mereka mengetahui senario makan nasi dan makanan junk-food Anwar Ibrahim.

Pernah diberitakan oleh sahabat kepada sahabat, semasa Anwar Ibrahim menjawat Menteri Kewangan, dia bawa masuk satu kontena bahan-bahan dan makalah koleksi haram yang memberi keghairahan kepada keperluan hetroseksual Anwar Ibrahim dan sekutu yang terlibat bersama mereka. Ini orang Kastam Eksais Di Raja yang beritahu. Ehmmm, penuh kaget Pak Sedaro!

Semakin mendekati 2011, Anwar Ibrahim telah mendodoi istilah Politik Paria Matang yang diciptanya sejak 1990 lagi. Hari ini Anwar Ibrahim masih bernafas, andai dia di Indonesia atau di Iran, dia sudah pasti mampus atau dikojolkan.

Stigma politik paria sedang dimomok oleh Saifuddin Nasution Ismail, seorang pemuda UMNO yang murtad parti. Dia amat rapat dengan beberapa kenalan dan teman Pak Sedaro. Hari ini, dia mulai risau dan gelisah dengan trend pengunduran beramai-ramai dan juak-juak kanan serta kiri dalam PRK, kerana kelompok yang undur diri makin sedar "pekung di dada" dan bau telur tembelang yang menanti pecah dek kerana "pelacuran minda dan perasukan syaitan Anwar Ibrahim".


Apakah perlu di maki hamun The Saint Anwar Ibrahim ini? Tidak perlu sama sekali. Anwar Ibrahim perlu ditepuk dan disongsongkan tilam Vono beralaskan John Parie agar dia terus tidur mampus di katil neraka cetakan Freemason yang mana dia sanggup berselimut.

Apakah Anwar perlu diklasifikasi sebagai penderhaka dan pengkhianat? Tidak perlu kerana dia pembela dan penyelamat umat Freemason, Komunis dan Zionis yang semakin menyelimuti mata pandang dan melonggok kepulan kebajikan di kalangan pendukung dan penyokong keparat PKR.

UMNO akan kecudang jika leka, lalai, leweh, beweh dan lengai dalam menganjurkan proses-proses pengkaderan. Institusi Kader UMNO mesti beroperasi dan memuntah tidak kurang RM20 juta, untuk siri-siri latihan "Perang Badar" dan "Perang Khandaq" dalam usaha menang melebihi 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. UMNO tidak boleh terikut dan bersekongkol dengan konsep "Politik Paria", "Barua Politik", "Politik Miskin", "Politik Malim Kundang" dan "Politik Luncai". UMNO hari ini semakin heboh dengan ulasan selari, mengulas atas ulasan demi ulasan, daripada kenyataan kerdil seorang Presiden UMNO.

UMNO kena kembali dalam jiwanya ibarat Singa Lapar dan Harimau Penuh Bernafsu dalam memimpin sebuah Negara Bangsa, seperti yang diilhamkan penubuhan UMNO pada 11 April 1946 di Istana Besar Bukit Serene. Sesungguhnya almarhum Ustaz Ahmad Fuad amat bangga dengan UMNO, kerana beliau pulang tanpa pakaian tajaan PAS. Beliau kembali sebagai pejuang Melayu yang digelar oleh Inggeris sebagai ahli PAS.

Kepada pengikut PAS yang tua, kalian lebih mengerti bagaimana PAS tertubuh dan dipaksa tubuh oleh Inggeris kesan daripada peristiwa 1951. Kepada pengikut dan bekas pemimpin PAS tua, kalian lebih kenal apa makna jabatan siyasah syariah dalam PEKEMBAR seawal 1946 hingga 1951. Kalian juga kenal siapa dalang Freemason di Malaysia kerana pada hari ini, mereka sudah berumur 80 tahun hingga 100 tahun [andai ada yang masih hidup]. Manakala, perajurit lapisan kedua mereka hari ini berumur 50 tahun - 70 tahun. Kenal-kenalkan lah pada kami.

3 comments:

  1. Marilah kita menolak Pakatan Rakyat sekaligus menyelamatkan Malaysia dari dijajah semula secara tidak langsung oleh kuasa asing.

    ReplyDelete
  2. Den raso sikit hari lagi ada ahli freemason Melayu yg nak dipocah tombolang ya ampoon.

    ReplyDelete
  3. Ni apa yang hang merepek ni?. Kalau setakat itu kemampuan hang menulis dan menganalisis; tak payah lah nak ada blog juga. Malukan Melayu je?. Duduk temberang kat kedai kopi tu lah standard orang macam hang ni. Hang bukan menambah pandai Melayu; sebaliknya menambah dungu melayu yang membaca blog hang ni. Aku pun jumpa blog ni secara tak sengaja, membaca nya dan menasihatkan hang tutup je blog ni. Malu dan bodoh sangat orang lihat Melayu macam hang ni.

    ReplyDelete

Blog Archive