Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, December 25, 2010

Pusara Berair

Clinton Initiative Global atau CIG sebuah NPO yang didalang oleh Bill Clinton berjaya merogol legasi arwah SM Nasimuddin. Anak SM telah diperangkap dalam skema dan drama gerakan Freemasonary sofistikaed. Hari ini, Naza Group Berhad sudah menjadi bahan dagangan aspirasi legasi anak Melayu, yang dirobek zarah rakyat Raja melalui penglibatan dalam CIG.

Anak arwah Tan Sri ini begitu mentah sifatnya, tak mengapalah jika dia berhajat untuk memperisteri Marion, tapi amat dikesali hatta pusara almarhum ayahnya kini mungkin digenang air mata ayahnya.

Langkah bijak menuju matlamat kaya raya dan dikenali ramai, tapi lubuk pilihan ialah lubuk ciptaan penantian makam Freemason. Syabas Clinton, berjaya melapun dan meranap sebuah lagi institusi dan anak rakyat Raja. Moga bapa saudara Pengerusi dan CEO Naza ini, khasnya yang aktif dalam gerakan tabligh itu, ambil iktibar dan pesan supaya Naza tidak di bawah pengaruh alkohol Freemason.

Anwar Ibrahim juga merenangi gelombang Freemason. Bah besar mungkin di pusara arwah Ibrahim. Anwar ialah agen dan judge Freemasonary di bumi Melayu. Dia telah menerima USD 20 billion dalam akaun yang diurus atas pelbagai nama institusi yang menghalalkan wang Zionis dan judges Freemason.

Anwar dan 7 kotak ialah wacana kegemaran Ezam, yang hari ini menulis buku tentang rasuah? Siapa Ezam, dulu Ezam memukul UMNO guna 7 kotak, belakang taruk balik Anwar guna 7 kotak? Apakah Ezam sedang dibaptiskan oleh pemikiran Freemason juga dalam alam moden menerusi penglibatan dia di Dewan Negara?

Gamaknya pusara berair akan banjir tidak lama lagi. Yang TENANG akan gelora. Nik Aziz confirm Syiah sifat isme politikingnya. Abdul Hadi Awang confirm Wahabi. Yang benar dan jelas dalam PAS hanyalah Guru Dr. Haron Din dan Taib Azemuddin [confirm Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Sunni]. Mereka sahajalah watak penting PAS.

Azizan Razak di Kedah, selamat kerana dia confirm Sunni. Ini semua lapisan akademia Fakulti Pengajian Islam, UKM. Nampaknya, Freemasonary sudah melata dan bergentayangan di bumi Melayu.

PAS ialah agen Syiah. PKR ialah agen Freemason. DAP ialah agen Komunis. PSM ialah agen Sosialis dan Fasis.

Sedarlah wahai ummah Malaysia, bahawa UMNO masih terpelihara sifat semulajadinya. Hari ini, dunia Perlembagaan Persekutuan 1957 merupakan aset dan nilai perpaduan dan maruah Bangsa Teras melalui perikatan dan persekutuan rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak dan Kaum-kaum Lain.

Kita tidak mahu pusara air mata, mengenangi bumi dan wilayah Melayu yang diboneka oleh Freemason Missionary.

9 comments:

  1. Ahli sunah wal rasuah jalan yang dikuti oleh UNMogok..Jalan siratul mustaqim.
    Tak payah nak cerita Sunni, Syiah, wahabi. Perbetulkan Aklak dulu baru boleh nengaku Islam.
    Mukjizat Rasulullah yang terhebat adalah akhlak beliau.

    'Tom tom yam'

    ReplyDelete
  2. Bijak betul nilai orang. Tuduh orang ni Wahabi, orang tu
    Shi'ah dan macam-macam lagi. Rosmah yang tak pakai tudung tu fahaman apa? Kempen anti rasuah sedang diri nampak mewah tu ikutan mana? Roboh surau tu ajaran mana? 1 Malaysia tu konsep siapa? Poluralisme dalam UMNO tu amalan mana? Sekularisme dalam UMNO tu aqidah siapa? Nasionalisme Melayu tu dukungan siapa? Dan entah apa lagi lah. UMNO! cermin muka dululah, baru orang tak kata.

    ReplyDelete
  3. Apalah bodoh Puak pakatan ni...baru dok kata sikit dah mengelabah beruk..PR(Pakatan Rosak)

    Aku dulu pun terpedaya dengan PR ni...tapi aku tahu sapa sebenar yang berjuang untuk agama dan negara....Walau seburuk mana pun UMNO tak pernah membenarkan kafir harbi guna kalimah Allah untuk kepentingan mereka...tapi pas telah menjual agama suci ini tanpa kita sedari..sekian

    Rosli.

    ReplyDelete
  4. PAS itu syiah kerana Amanat Haji Hadi yang menghalalkan darah orang UMNO sehingga mengakibatkan Peristiwa Memali.

    ReplyDelete
  5. Palestin Hamas diserang zionis pada 2006 mana pergi puak sunni? kalau betul syiah menghalalkan darah sunni, mengapa Hizbollah dan Iran yang berfahaman Syiah bermati-matian membantu Hamas yang berfahaman Sunni? Mana pergi pejuang-pejuang dan pemimpin sunni yang dianggap Islam terbaik?
    Ini semua propaganda Umnogok yang memfitnah golongan minoriti syiah di Malaysia menghalalkan darah sunni, mengagungkan saidina Ali termasuk lah akhbar arus perdana yang dikuasai oleh Umnogok membuat laporan palsu kononnya mereka-mereka ini mencederakan badan mereka demi menyanjung saidina Hussein. Berdosa kah kita memperingati cucu kesayangan Rasulullah ia itu Saidana Hussein anak kepada Rasulullah ia itu Siti Fatimah dan Saidina Ali dengan bertahlil dan membaca Yasin untuk mereka pada malam Muharam.? Rasulullah pernah bersabda bahawasanya "Hussein adalah dari ku dan aku adalah daripada Hussein". Mencintai ahlul bait (keluarga) ku adalah mencintai aku dan membeci keluarga ku adalah membenci ku dan mendapat kemurkaan Allah SWT..
    Insaf lah Umnogok...

    ReplyDelete
  6. pengkaji ahlul baitDecember 26, 2010 at 3:45 AM

    haa..ni nak dengar ni kata2 atas ni "Hussein adalah dari ku dan aku adalah daripada Hussein". Mencintai ahlul bait (keluarga) ku adalah mencintai aku dan membenci keluarga ku adalah membenci ku dan mendapat kemurkaan Allah SWT..

    antara ahlul bait di malaysia ni keturunan sultan perlis, sultan kelantan, sultan pahang, sultan johor & sultan selangor.

    jadi mengapa pembangkang mahu hapuskan ketuanan melayu yg maksudnya di sini ialah kesultanan/raja2 melayu. dap & pkr contohnya terang2an dan tersirat mahu menghapuskan kedudukan raja2 dan menubuhkan negara republik. nik najis juga tolak ketuanan melayu dan secara jelas menolak raja2 berketurunan ahlul bait. tidakkah itu bermakna pembangkang ini adalah penentang no wahid ahlul bait?

    bangang punya hujah la lu anon. cakap siang pandang2. cakap malam dengar2.

    pembangkang di malaysia yg mahu hapuskan keturunan ahlul bait yg memayungi negara ini sehingga dirahmati Allah dengan kemakmuran dan keamanan berpanjangan. boleh caya lagi ke pembangkang ni?

    ReplyDelete
  7. Pengkaji ahlul bait, ekau kelencong teruk. Kalau nak spin pun bagilah berpada. Pada wake up, ekau kena bangun dari tidur. Jangan salahkan Hadi tapi kau kena salahkan bapa si Carlos. Den baru tahu rupa-rupanya Tom Terkucil ahli sunnah telan rasuah, anak beranak Mahashit rupanya! Terima kasih Tomtomyam.

    ReplyDelete
  8. Pengkaji ahlul bait, ekau kelencong teruk. Kalau nak spin pun bagilah berpada. Pada wake up, ekau kena bangun dari tidur. Jangan salahkan Hadi tapi kau kena salahkan bapa si Carlos. Den baru tahu rupa-rupanya Tom Terkucil ahli sunnah telan rasuah, anak beranak Mahashit rupanya! Terima kasih Tomtomyam.

    ReplyDelete
  9. Pengkaji ahlul bait,

    Kau kaji ahlul bait Umnogok sunah al wal rasuah, bukan ahlul bait yang terdapat dalam surah al azhab ayat 33.
    Yang dimaksudkan ahlul bait adalah keluarga rasul ia itu Ali, Fatimah,Hasan dan Hussin dan bukanya Rajagopal dan Rajaratnam yang suka menelan alkohol..
    Satu lagi bukan semua orang yang tidak menyokong polisi kerajaan adalah penyokong Pakatan Rakyat.
    Jangan jadi bangang dan anggap UMNOgok "maksum" tak boleh ditegur malah Paneh pun ada menghentam polisi kerjaan Umnogok yang mana yang tak betul. Ini bukan bermakna Paneh menyokong Pembangkang.
    Bodoh punya bani Melayu yang bergelar Pengkaji ahlul bait

    "Tom Tom Yam"

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive