Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, December 3, 2010

Najib kena masuk hospital lagi?

1. Bidang perkhidmatan kesihatan dan hospital bukanlah topik yang mendapat perhatian di kalangan bloggers. Perbincangannya tidak sehangat isu politik, hiburan, fesyen atau masakan. Namun sedar atau tidak, aspek kesihatan adalah yang paling penting untuk kita berikan perhatian demi meneruskan kesinambungan hidup di dunia ini. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin rakyat mahupun pemimpin akan dapat berdiri teguh memacu pembangunan, menunaikan tanggungjawab sebagai makhluk pilihan Allah untuk mentadbir bumi.

2. Baru-baru ini, sebaik sahaja DS Najib sembuh dari penyakitnya, beliau terus mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk menaik taraf Unit Rawatan Rapi di HKL. Mungkin itu hikmahnya PM kita jatuh sakit. Akhirnya PM kita sedar betapa teruknya kondisi HKL serta mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan kepada rakyat. Apakah kita perlu mengharapkan agar DS Najib diwadkan pula di hospital-hospital kerajaan lain sebelum peruntukan yang sama dapat diberikan?

3. Sewajarnya, jika rakyat didahulukan, mutu perkhidmatan kesihatan perlu dipertingkatkan secara menyeluruh merangkumi bukan sahaja keadaan fizikal hospital-hospital di seluruh negara, malah aspek pengurusan hospital dan tenaga kerja juga perlu diberikan perhatian serius.

4. Sebagaimana yang kita tahu, doktor yang bertugas dalam perkhidmatan awam, adalah golongan pekerja yang paling tinggi 'workload' sedangkan bayaran gaji bulanan mereka tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan khidmat yang mereka berikan. Baru-baru ini, kecelaruan dalam hal perjawatan dan skim gaji doktor menjadi isu hangat apabila pihak JPA dengan sewenang-wenangnya menukar polisi kenaikan pangkat para doktor.

5. Kecelaruan ini dikhabarkan timbul kerana wujudnya 'arahan' daripada 'orang besar' untuk merombak struktur kenaikan pangkat demi memastikan seorang MO baru mendapat gaji yang tinggi. Dikhabarkan MO tersebut adalah saudara terdekat kepada seorang KSU. Akibatnya, MO yang belum sampai 5 tahun perkhidmatan telah berjaya naik dari DU 41 terus ke DU 48, dan DU 44 ke DU 52; sama seperti status seorang pakar padeatrik yang memiliki 'sub-specialist' dalam bidang tersebut. Ini bukan cerita rekaan namun ia berlaku di Hospital Perempuan Sultanah Zainab, Kota Bharu yang merupakan antara hospital paling sibuk dan sempit.

6. Inilah contoh karenah birokrasi yang berleluasa di Malaysia. Jika rakyat mahukan kemudahan, pengiktirafan, keselesaan, infrastruktur kelas pertama dsb dalam sesebuah agensi mahupun institusi, maka perlu tunggu pemimpin sakit macam Najib, perlu tunggu pemimpin turun kawasan, perlu ada Pak Sedaro dikalangan PTD yang berjawatan tinggi, atau bahasa mudahnya KABEL!

7. Struktur PTD perlu dirombak. Pemilihan pegawai PTD yang nerd, "yes bos", budak skema, angkuh etc. adalah cerminan mengapa sesebuah jabatan kerajaan selama ini tampak lemah, daif, kontang idea serta sering menjadi rungutan rakyat, dan yang paling terkesan apabila mereka membuat keputusan-keputusan yang jelas nampak bodoh di mata rakyat.

8. Perlu diingat, negara ini pernah ditadbir oleh bekas PTD yakni Tun Dol. Dan kita sendiri dapat merasakan kesan legasi yang ditinggalkan oleh mantan Pegawai Tadbir Diplomatik itu.

9. Penyudahnya...rakyat juga yang menjadi mangsa.

3 comments:

  1. itu sebab kita tukar KETUANAN UMNO..INGATLE jasa2 umno kencingkan melayu.

    ReplyDelete
  2. PTD ni memang ampeh...sojak PTD dtg kek tiap2 Jabatan Pelajaran sumo ek jd bercelaru...abih sumo staff sokongan kono tukar sesuko ati...cam haramjadah...kot kono kek kaum kerabat buleh tangguh plak...kalo org lain konpem kono maki...fxxk la PTD ni

    ReplyDelete
  3. Kereta persendirian Najib pun patut di saman ekor merata-rata. Biarpun saman itu satu di selangor, selang 6 minit kemudian saman pula di Perlis. Biar dia ada saman ekor sampai berpuluh-puluh keping.

    Khabarnya insensif 50% diberikan bagi yang mempunyai saman ekor yang belum dijelaskan hingga kini.

    Soalannya, kalau saman ekor itu saman mengarut, tidak logik, memang tersilap saman, nak kena bayar juga ke? Ini bukan lagi saman tapi SAMUN. Kerajaan adalah PENYAMUN!

    ReplyDelete

Blog Archive