Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, May 17, 2011

BN Transformer

Siapakah dalam kotak fikir BN bertugas sebagai Transformer? Amati perjalanan sepanjang Januari hingga 17 Mei 2011, bibit @ benih Transformasi disemai dalam kamar-kamar:-

1. Transformasi Jaringan Maklumat Kerajaan.

2. Transformasi Sistem Penyampaian Kerajaan.

3. Transformasi Agenda Ekonomi Negara.

4. Transformasi Pembangunan Belia Malaysia.

5. Transformasi Agenda Pergurusan dan Pendidikan Malaysia.

6. Transformasi Sistem Pengangkutan Darat Negara (BELUM NAMPAK LAIE).

7. Transformasi Sistem Kesihatan dan Pengurusan Kesihatan Negara (BELUM NAMPAK LAIE).

8. Transformasi Belanjawan dan Gunasama Perbelanjaan Isirumah (NAMPAK EHH, hampeh...harapkan pagar, pagar makan padi).

9. Transformasi Sistem Pengangkutan SMART (LRT/MRT/ERL/Monorel/KTM-Jauh Panggang dari Api Laei).

10. Transformasi Pengurusan Politik UMNO (Heboh dek temberang Ketua Bahagian Ajo).

11. Transformasi Politik BARISAN NASIONAL (Selagi masih ado GUNTING DALAM LIPATAN, jalan belakang mati pun dikiro SODAP).

12. Transformasi Pengurusan Kewangan Negara (masih dok paria lagu tu lah, yang mentekedarah RASUAH makin melambak, ramai yang pakai Bently dan Hummer, lebih ramai yang papa nampaknya).

13. Transformasi Kedaulatan Agama (bila terpalit Kristian Agama Rasmi?, maknanya rakyat biadab dan barua yang sifatnya khadam Freemasonry dan musuh Islam, sedang berMAHARAJALELA dan bergentayangan di Bumi Melayu.)

14. Transformasi Keselamatan Negara (tiada yang tersembunyi, hanya Dzat Allah sahaja yang masih kekal persembunyiannya).

15. Transformasi Pendidikan Tinggi Negara (selagi Malaysia rakyatnya hanya 27 juta, dicampur warganegara asing 3 juta, Universiti Awam 17 buah, Universiti Swasta 40 buah, Kolej Swasta 215 buah, dengan kedudukan kapasiti pelajar kurang daripada 1 juta setahun, Bumi Melayu masih jauh). Jepun punya 15000 IPTA+IPTS+Kolej Swasta dengan penduduk 123 juta. Thailand punya 40 IPTA, 100 IPTS dan 500 Kolej Swasta dengan penduduk 32 juta. Di mana kita, agaknya?

Rakyat bertindak sebagai transformer! Atau BN menjadi catalyst kepada DANA-DANA Transformasi. Jika BN berani mengadakan PRU-13 sebelum Ramadhan 1432H, maka BN mesti berdepan dengan polemik Transformasi Lintang Pukang yang sedang direka cipta oleh UMNO sendiri melalui musuh-musuh dalam selimut yang hari ini menongkat PKR, KITA, PAS. DAP ialah MUSUH Azali Umat Melayu Islam di Bumi Melayu sejak 1927 lagi.

1 comment:

  1. sebut hal transformers ni, teringat saya artikel bulan satu saya dulu. Dengan izin ....

    http://dinturtle.blogspot.com/2011/01/pejuang-transformers-malaysia.html

    ReplyDelete

Blog Archive