Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, May 15, 2011

Parlimen BELIA

Sudahkah Belia Malaysia hadapi fenomena Tsunami Transformasi Belia Malaysia? Sama ada diukur dengan apa jua kaedah, bersedia atau tidak kepemimpinan Belia Malaysia mesti hadapi juga transformasi besar. Ibarat kandungan karya "Swimming with The Shark without Being Eaten."

Hari ini, Parlimen Belia akan dimulakan. Dewan Undangan Negeri Belia juga dilapor akan dilaksana. Bagus dan baik sekali. Apakah belanjawan Negara tahun 2012 akan mempunyai akses khas kepada Peruntukan Pembangunan Belia Malaysia? Tidak cukup hanya RM 100 juta untuk semua mak nenek kepada KBS. Misi Parlimen Belia dan DUN Belia, juga, mengerjakan resolusi Makmal Pembangunan Belia, RM 5 billion baru cukup untuk 5 tahun.

Persoalannya dipulang kembali kepada YAB PM dan YAB TPM, bersiap siagakah Kerajaan BN memberi token RM 5 billion ini kepada MBM dan MBN, juga, Badan-badan Gabungan Kebangsaan?

Benarkan sahutan Belia Di Dengari, Belia Di Bimbing, Belia Di Senangi! Atau retorika Belia Dengar Masuk Kanan Keluar Kiri, Belia Bimbing Cakap Depan-Belakang Lantak Kau lah, Belia Senang Biarlah Kau Orang Mampus!

Pak Sedaro fikir MPBN pada 9-10 Mei, baru-baru ini, dapat membuka pintu kepada pelbagai proses transformasi. Diberitakan, Alumni Kapal Belia Asia Tenggara/Jepun Malaysia juga menjadi sebahagian isu besar yang dibahaskan. Ternyata, KBS masih membuta mata, memekak telinga, membisu mulut dalam menyelesaikan menggunakan KUASA PREROGATIF YB MENTERI kepada KABESA.

GLC, PLC punya banyak. Tapi tak seekor pun sambut Think Youth!, Andai GLC & PLC sanggup derma CSR sebanyak RM 1 juta setahun kepada Tabung CSR Belia Malaysia di bawah MBM atau MBN, maka, hebatlah Dunia Parlimen Belia Malaysia.

2 comments:

  1. banyak peruntukan untuk BELIA, tapi x sampai kepada BELIA...hanya kepada 'BELIAU' jer...peruntukan yang sampai pun perlu pemantauan supaya projek2 yg dirancang untuk belia berjalan dgn baik. telah hampir 54 thn merdeka, peningkatan dan pencapaian belia bukan sahaj tidak meningkat malahan merosot. peratus belia yg maju dan berwawasan tidak setanding dgn belia yg runtuh moral dan 'putus harapan'. baru2 ini dilaporkan statistik bunuh diri rakyat malaysia cenderung kepada org lelaki. bala...bala.....ini semua bala ni...bala.....bala...

    ReplyDelete
  2. SAYA KURANG PASTI APA MATLAMAT PARLIMEN BELIA NAK TUBUHKAN..BAGI SAYA BELIA TAK PERLU DIDEDAHKAN DALAM KANCAH PERDEBATAN PERLIMEN.INI AKAN MENGAKIBATKAN GENARASI AKAN DATANG ...LEBIH SUKA BERPOLITIK DARI MENAMBAHKAN EKONOMI NEGARA.DATO SABRY CHIK SEBAGAI MENTERI BELIA ..ADALAH LEBIH ELOK.MENERAJU BELIA KE ARAH PEKARA YG.BERFAEDAH DARI ...MENGAJAR PARA BELIA BERDEBAT..ATAU BERPOLITIK...

    ReplyDelete

Blog Archive