Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 12, 2011

Syabas NAJIB

Alhamdulillah, Presiden UMNO YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ikuti juga gesaan Majlis Perundingan Melayu, Paneh Miang, Pasukan Pemikir Board of The Eldest UMNO yang buat pertama kali dalam SEJARAH selama 65 tahun:

1. Iktiraf Tokoh Melayu TERBILANG kepada insan bernama Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas. Insan berketurunan Hadaramaut, lahir di Bogor, seorang Melayu yang taat dan setia kepada bumi Malaysia ini.

2. Iktiraf Mazlan Othman, anak perpatih totok yang taat setia kepada tanahairnya.

NAJIB telah "mula" gerakan intelektualnya. Pewaris UMNO kena dalami dan hadam ilmu Naquib Al-Attas, kerana inilah pemula panji-panji UMNO, PDRM dan ATM. Beliau jugalah peletus mauduk fikir "MELAYU ISLAM" yang memberi tafsiran mengapa umat Melayu mesti pertahan Perkara 3, Perkara 32, Perkara 38, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 160(2) tafsiran tentang Melayu.

Mazlan ialah anak perpatih kaum Hawa yang penuh ilmu astrofizik. Kini menabur ilmu di Vienna. Allah Hu Akbar.

1 comment:

  1. Allahu Akhbar..Syukur Alhamdulillah!! Terima Kasih DS Najib, Terima Kasih UMNO.

    ReplyDelete

Blog Archive