Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, February 24, 2012

Masak la orang Selangor...

1. Selangor bakal menghadapi krisis paling buruk dalam sejarah negeri itu. Sebuah negeri termaju dan terkaya di Malaysia akan menghadapi kemelut bekalan air tahap kritikal menjelang 2014 yang mampu mengganggu-gugat kerukunan rumahtangga rakyat Selangor.

2. Krisis ini telah memaksa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) meningkatkan pengeluaran air pada tahap maksimum iaitu 466 juta liter air sehari di Loji Sungai Langat dan 688 juta liter lagi di Loji Sungai Semenyih. Itupun bekalan air untuk isi rumah di Selangor masih tidak mencukupi dan bekalan air di sesetengah kawasan di negeri itu terpaksa dicatu.

3. Justeru, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon kepada kerajaan Negeri Sembilan untuk mempertimbangkan penjualan air terawat kepada Selangor ekoran kekurangan bekalan air terawat di beberapa kawasan Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Sebelum ini kerajaan Negeri Sembilan telahpun menyalurkan bekalan air terawat ke kawasan berhampiran seperti Broga dan Semenyih.

4. Terdapat beberapa daerah di Selangor yang kini berhadapan bekalan air tidak menentu, termasuk tekanan air rendah iaitu di Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

5. Negeri Sembilan kini tidak lagi berhadapan dengan masalah bekalan air disebabkan persediaan awal kerajaan negeri yang telah membina beberapa loji rawatan baru. Loji Ngoi-Ngoi di Negeri Sembilan mampu memproses air terawat sebanyak 135 juta liter sehari dan akan menjadi ejen pembekal air kepada kawasan yang terjejas di negeri Selangor.

6. Kerajaan Negeri Sembilan kini telah bersetuju untuk menyalurkan bekalan air sebanyak 45 juta hingga 70 juta liter sehari kepada Selangor dengan harga komersil RM1.50 seliter.

7. Inilah penangan Punaisihat Ekonomi Selangor yang dibayar RM1 dan hasilnya ialah kos air bernilai RM1.50 seliter.

8. Agaknya, berapa juta RM sehari kerajaan Selangor perlu bayar kepada kerajaan Negeri Sembilan bagi menampung kos pembelian air terawat untuk rakyat Selangor?

9. Rupanya projek korek pasir PKR-DAP lebih masyuk daripada bina loji air demi kesejahteraan rakyat Selangor. Bolehlah Khalid Gagap guna duit untung korek pasir tu nanti untuk bayar harga air kepada kerajaan Negeri Sembilan.

10 comments:

  1. sehari beli kureng2 45juta liter air x rm1.50 = rm67.5juta.

    rm67.5juta x pulak dgn sebulan dah berapa tu...setahun dah berapa pulak untung.

    wah kayo tul kerajaan negori9 kok camtu. masyuk jual air je.

    patutlah orang kata selangor bakal bankrap kalo camtulah kiro2 nya. habis duit buat beli air jelah. jahanam la harta yayasan selangor. org selangor kono tipu hidup2!

    patutlah adam adli jerit dalam demo hidup...hidup! rupanya sebab kena tipu dgn pkr-pas-dap hidup...hidup!

    ReplyDelete
  2. Korang tunggulah pru-13 nanti. Kerajaan Selangor bakal bertukar tangan. Air kencing aku pun lagi laju dari air mandi kat Selangor sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. sokong pkr sokong israelFebruary 24, 2012 at 9:06 PM

    susah la orang pas yang banyak isteri kat selangor nak mandi junub kalu krisis macam ni berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. selangor bayar rm1.50. singapore bayar 3sen. sapa pandai?

    ReplyDelete
  5. orang selangor bukan setakat dah masak lagi tapi dah tahap hangus rentung. jangan harap la pakatan dapat memerintah selangor lagi lepas ni. menyesal aku undi pakatan 2008 dulu.

    ReplyDelete
  6. Kau duduk n.9 senyap2 la...buat pe kacau negeri org, negeri ko pun banyak kurangnya,... dasar parti korup

    ReplyDelete
  7. aku mohon maaf dan tarik balik bg komen di atas, kita semua sama sahaja,aku ingin melihat kita bangsa melayu bersatu...ingin melihat bangsa melayu menjadi bangsa yang kuat, Agenda melayu masih panjang,bersatu lah kita melayu -aku pengundi atas pagar

    ReplyDelete
  8. Jiran di sebelah Perak airnya melambak. mintalah harga kuruang.

    ReplyDelete
  9. tak yah la jadik tukang ramal....air nie semua keja Tuhan, ada yg dipertanggungjawab, tak buat keja, patutnya gantilah batang2 pap lama yg pecah & berkarat....yg buat perjanjian jual air ke S'ngapore 3 sen, beli semula 0.50sen...takde plak diungkitnya.. ntah sape yg bongok tuh....

    ReplyDelete
  10. brader ni bukan pasal batang paip pecah la. ni pasal penduduk selangor bertambah, kwsn tadahan air makin kurang dan kerajaan negeri yang bongok diketuai pgayr dan dapigs tu tak buat apa2 untuk atasi masalah. yg taunya korek pasir yg untung cina dapigs. paspispus lagi la tak boleh harap. sibuk jaga gereja saja di sngor.

    ReplyDelete

Blog Archive