Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, March 8, 2009

Bilo Bang Aji Kato Cilako!

"Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI di sini malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing."

-Berita di atas dipetik daripada Harakah Serakah dan laman web Presiden PAS.

Tapi ese plak kato, "Apo ko bongap bonar dio nih". Kato tuan guru, tapi hampeh. Sompet bonar otak eh. Kato membo ese, ni bukan tuan guru, tapi ini hantu. Udah-udahla berjuang atas sentimen politik. Buka mata, buka pemikiran.Tengok sekeliling. Apo jadi dengan bangso kito bilo mintak kojo ngan kompeni Cino. Kot takdo Mandarin dalam palo otak tu, jgn arap naik pangkat. Kono peghah jolah sampai mati.

Lagi satu, bilo dio cakap n goso "supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing", bagi ese la, tak bertepatan langsung dengan Nabi kato suruh tuntut ilmu kalau peel tuan guru serakah macam nih. Open minded la sket Tuan Guru. Camno kito nak berdakwah kalau bahaso Inggeris pun hampeh. Idup kono banyak mombaco. Mubaligh-mubaligh Kristian kaji macam-macam caro nak selewengkan kito. Tapi yang bongap bona ni apesal?

Kalau bona-bona laaa ikhlas, patut eh Tuan Guru dah atur strategi hantam, boikot, piket, berhimpun dulu 5 tahun yang sudah. Bukan sekarang. Nampak bona ni seme atas pengaruh politik sompet eh. Udah-udah la tu tuan guru. Raso ese la, takdo yang celako selagi mano ado rasional eh. Tapi tuh la kan, pendapat ese ni kompom pengikut PR marah, sobab eh hontam Tuan Guru mereka. Tapi kot yo tuan guru, mende yang baik ni, takkan la dikato cilako. Sobab tu ado mondo-mondo yang baik jangan dijawab atas sentimen politik. Ese nak anak-anak se handal sumo bahaso. Ese tak nak anak-anak se dah berkurun duk Mesia, tapi bahaso sendiri pun hampeh. Tengok macam Kapal Karam atau Lim Kit Siang Ikan.Itu belum lagi Sammy Velu. Poning ese nih. Kato rakyat Mesia, menyokong perlembagaan tapi mangkuk.

Cukup-cukuplah tuan guru berjuang untuk DAP. Cukup-cukuplah jadi balaci DAP & PKR. Cukup-cukuplah tuan guru. Orang DAP memang nak Math & Science dalam bahaso mereka. Sobab tuh diorang cucuk orang Melayu. Sobona eh yang nak PPSMI ni dalam bahaso kebangsaan ialah Cino DAP. Sobab eh, bilo kerajaan wajibkan dalam Bahasa Inggeris, abis punah harapan student diorg nak score sobab cikgu Cina & India ngajar dalam bahasa ibundo mereko bukan bahasa Melayu pun.

Tapi kot tanyo pado Brader Anwar Bin Ibrahim mako dikato eh, "bondo sodap bang, yang sompet lagi lah sodap eh." Maaflah yo penyokong PR. Ese cakap yo. Kot nak marah, apolah dayo ese.

19 comments:

  1. jadi mu tu celaka jugak la duk bela ppsmi mengikut kata tuan guru hj hadi....tapi mu je tak ngaku dirimu celaka....tak yah la nak berselindung...

    ReplyDelete
  2. ingatkan.. pas akan mengajar dap supaya jadi baik.
    tapi rupa2nya pas ikut cara dap jadi biadap (dap tak ajar pun)

    kesian umat melayu. dpt ulamak yag ikut perangai kafirun

    (ulamak ke?)

    ReplyDelete
  3. korang layan buat apa si paneh ni....fahaman otak ee sekular, btn lagi..si paneh x akan mampu berubah..dia lebih rela ber PM kan najib..(x nak pulak mamat ni berkisah pasal moral najib..kalau dah dasar pengampu!)alik2 anwar juga makanan dia dlm blog ni. percaya sungguh yg anwar meliwat..itu ajelah modal dia.x paham gak aku..apa yg hadi wang kata wajar!hanya kerana dia seorg tok guru maka x wajar nak cakap celaka? dah bertahun pejuang bahasa mintak diubah pembelajaran dalm BI tu..haram kerajaan x endah...merayu merayu...mcm mintak sedekah..jadah apa subjek tu nak di BI kan? ada tender buat buat buku teks ko? sapa punya? subjek tu dalam BM pun payah nak di paham inikan pulak dlm BI. Dalam brilliant otak mahathir, ada jugak sengalnya.sudahlah..paneh..otak umno ko berkarat..umno akan hancur jugak..satu hari nanti aku ingat pemimpin bn umno beratur ambik no masuk penjara..tunggulah saat dan ketikanya...masa tu blog ni dah jadi blog resepi masakan agaknya..

    ReplyDelete
  4. baju je semalam mereka berhimpun untuk memansuhkan PPSMI kononnya nak memartabatkan bahasa mlayu, nih harini pahal lak main celaka-celakankan org ni? cantak sangat ke bahasa tu? PAS ni mmg dari dulu cakap je lebat, camni la bila dapat pemimpin otak 3suku....adess dess des...

    ReplyDelete
  5. APO PAYAH BONA?. BATALKAN YO.


    TINGKATKAN PELAJARAN BAHASA INGGERIS.
    TINGKATKAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.


    ADA LAGI SYOK SEK.......... SYOK SEK,
    PANCUNG KEPALO EEE...


    ABIH CERITO....!!!.
    MAUN MACAM TUH?

    ReplyDelete
  6. nyobut "ikan" tak pandai, nak suruh oranf belajar bahasa melayu sahaja.

    ReplyDelete
  7. Apo la yg ano ni marah sgt kek den ni. Org lain tulih den gak yg kono. Tak roti baco agak eh. Spesis meng tat dgn edie la ni kengkadang bacul pakai anonymous. Heheh..dah org lain banyak tak sokong dio, den lak dimarah eh. Ko dulu gagal math dgn sains wlpn diajar dlm bm ke? Kesian..

    Cerita moral Najib? Bab mano? Kan den dah koba yg kami tak kan cerita kisah yg diluar pengetahuan kami kerana nanti jadi fitnah. Tak paham bahaso agak eh.

    Den raso kemarahan ni elok ko tujukan pado ITNM tu ano. Den dongar pegawai2 eh gaji RM15k sbln tapi setakat berjayo terjemah komik lat je bulan lopeh. Setahun ITNM hanya mampu terjemah 2 buku je. Itupun buku edisi 2 tahun lopeh punyo, tahun ni baru la berjaya diterjemahkan. Nak bandingkan dengan Jopun yg 30 buah buku diterjemahkan sebulan. Poie serbu ITNM tu. Buek apo memokak kek den.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,
    Celaka lagi orang yang menggunakan segala isu termasuk pelajaran anak2 untuk meraih populariti. Cilaka juga mereka yang pengecut kerana menunggu 6 tahun untuk membantah PPSMI. Celaka juga mereka yang menurut kata si Bai Karpal menngunakan perkataan celaka (agaknya baru diajar perkataan inim oleh Bai karpal). Celaka juga mereka yang mencelakakan guru2 yang terlibat dalam PPSMI hinggakan mereka juga mempunyai anak2 yang celaka kerana belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jangan meludah kelangit kelak menimpa muka sendiri...

    ReplyDelete
  9. salam..

    bab budak sekolah guna bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains ini, aku sokong.. Tun Dr. M dah nampak kebaikkannya sebelum dia cadangkan dulu dibawah kementerian berkenaan..

    tapi haji hadi ni, aku lebih galakkan dia belajar cakap bahasa malaysia dengan "lurus" dulu..
    dan aku rasa dia bangkang PPSMI ni sebab bahasa malaysia dia pun tak betul lagi.. sebab tu dia marah sangat tukar ke BI..

    sekali lagi ingin aku nyatakan disini.. jgn korbankan masa depan anak bangsa demi kepentingan dan serakah diri sendiri.. fikir dgn bijak dan berpijak dibumi nyata..

    tiada jejas sikit pun keutuhan bahasa melayu/malaysia jika PPSMI ini dilaksanakan.. Bahasa Malaysia tetap bahasa kebangsaan tapi apa salahnya kita memperbanyakkan penguasaan bahasa asing kerana hakikatnya bahasa ilmu sekarang ini adalah bahasa inggeris..

    ReplyDelete
  10. Apa yang wajar pada kata Haji Hadi ni.Pasal ugama nak kata pandai mungkin boleh jugaklah.Tapi pasal pendidikan otaknya kurang bijak.
    Sebab tulah jawapannya pada orang yang tak setuju denagna nya celakalah.
    Itu jawapan orang yang tak ada education...Tak faham kut jadi saya terjemahkan orang educated itu orang yang berfikir sebelum bercakap marhumnya.
    Begitulah orang-orang PAS langsung tak ada otak macam zombie.Hari tu baring depan kereta pegang bendera Palestin.Orang PAS di tempat saya tak da kerja mengumpat orang yang boleh cakap bahasa Inggeris.Kalau tak reti tu belajarlah ini tidak cakap arab pun tak betul.
    ia ingat semua orang suka dia bercakap.Kerja nak sikit lepas tu nak semua orang ikut cakap dia.Padanlah orang-orang Cina tak ramai yang nak masuk Islam..

    ReplyDelete
  11. - Ikhlas buat tuan punya blog, dan golongan-golongan yang terlibat.

    Ya Allah, tunjukkanlah mereka ini ke jalan yang benar, berikanlah taufik dan hidayahmu kepada mereka.

    Sesungguhnya mereka ini adalah golongan yang tidak mengetahui.

    Seandainya mereka tidak juga sedar, biarlah lahir daripada mereka generasi yang akan beriman, dan akan menjadi pejuang agamamu ya Allah.

    Perkenankanlah Ya Allah. Amin ya rabbal a`lamin.

    ReplyDelete
  12. Terperanjatnya!!maknanya saya dan kawan-kawan yang ajar anak bangsa kita ppsmi dalam bahasa inggeris pun celaka juga?dah 6 tahun dalam celaka?biar benar?niat kerana Allah pun celaka?isk,setahu saya yg cetek ilmu agama nih, apa yang saya buat ni pahala.celaka atau tidak itu Allah yang menentukan.rasanya, tak bagus tuan guru yang saya sanjung selama ni cakap camni.rasa putus semangat nak ngajar dengan fatwa tuan guru yang sebegini.tapi jauh dalam hati kecil saya, amat molek kalau anak-anak kita di felda pandai berbahasa inggeris.sekurang-kurangnya bila pergi univ atau memana kolej pengajian, mereka tak mudah diperdayakan dengan dakyah songsang.hope boleh panjangkan perkara ini kepada yang berbahagia tuan guru.

    ReplyDelete
  13. Saya pun cikgu. Tapi saya memang lama dah tak sokong Haji Hadi nih.Sejak dia kawin 2.Saya sokong Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja.Takbir!!

    ReplyDelete
  14. Celaka. Kalau nak kutuk PAS ke Adil ke, kutuk la. Tapi jangan la kutuk tuan-tuan guru yang mulia tu. Nate mu nih.

    ReplyDelete
  15. Salam untuk semua...
    Den raso Pencolek Angek(pencolek jubor sebonar eh ni) dan sekutu dio kek sini memang sahih kaki main bontot la-(asyik slalu bonar cakap..bondo sompit mmg la sodap bang).Mcm slalu buek yo...KAH!KAH!KAH!KAH!!!
    Satu lagi yg muko2 perasan tu x payah la anta gambar mcm nak promosi jual yo pulak... Kah!kah!kah!kah!!!
    Jgn marah yo...Ese nak bagi PANEH yo...Ha.ha.ha.ha...

    ReplyDelete
  16. Perlu ada kaji-selidik, yang marah sangat Sainds & Matamatik dalam BI daripada aliran Sains atau Sastra?

    Hj Hadi - Sastra
    B.A.B.I - Sastra
    Sapa lagi?

    Saya jami yang anti S&M dalam BI adalah daripada grombolan jurusan Sastra atau dari pada kumpulan2 yang tak pernah belajar Teknikal diperingkat tinggi.

    Siapa anta yang berdemo tu daripada aliran Sains? atau dari aliran teknikal?


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  17. cis ramai lagi yg lebih cerdik drpd ko...tak heboh pun...ni bru pringkat tektikal tggi dh heboh...wat malu je berlagak....

    ReplyDelete
  18. Hj Hadi dan Pas ni sebenarnya yg celaka, lidah bercabang macam ular.
    Belajar bahasa arab buat apa ?

    Boneka DAP !! Sama macam Nizar..Pemimpin dan parti yg tak dak prinsip perjuangan cuama sekadar nak cari makan sahaja...

    ReplyDelete
  19. Kalau ada yg nak makan sastera tu tak pa la, Bila melayu minta kerja, ditanya boleh cakap mandarin ?no, tamil, no, english ?, no..??? melayu saj boleh noo...kesian..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive