KOMBES Paroi gamat dengan manusia, orang Nisimilan. Tsunami Bajet 2013 bakal beri kesan! Yo ko?
Najib gono istilah Wa'ad maso ucapan di Paroi. Ini sudah mengekor gelombang sal, Agenda Melayu Islam. Nampaknya bai'ah Najib sebagai ahli baru Pair Burung Hantu makin matang. Lamo tak dongar pemimpin nombor wahid PEKEMBAR lafazkan perkataan Wa'ad.
Pengunjung adolah sekitar 20 ribu orang, tapi dalam khemah maso perasmian tu adolah 10 ribu orang sobab khemah godang boleh muat hanya 5 ribu kerusi. Ado jugak yang lompong kerusi tu. Dah elok Mad Hassan, Stand At Ease belakang Najib. Inilah caro ehhh...
PR1MA ado 5,000 unit rumah. Eloklah doreh diurus Wakaf Korporat dengan wujudkan Yayasan Wakaf Korporat Negara. Kalau duduk bawah Jawhar, ulitlah iltizam besar ini. Yayasan Wakaf Korporat Negara wajar dianggotai oleh Dato' Dr. Ghazali (mantan Pengarah Strategik IDB), TS Muhammad Ali Hashim (mantan Pengerusi Kumpulan Perbadanan Johor), TS Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (kerana ilmu kajiannya), Prof. Di Raja Ungku Aziz Ungku Hamid (pemikir asal TH), Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad (mantan Mufti NSDK) dan Tan Sri Norma (mantan Hakim Besar Malaya).
Yayasan Wakaf Korporat Negara dijadikan entiti khas dengan Akta sendiri dan melapor sepenuhnya kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Maka, suburlah sebuah lagi institusi Halalan Toyyiban yang bebas daripada pengaruh politik dan kapitalis. Sudah masanya, agar 10,000 umat Islam Jutawan boleh menyalur RM1 juta sebulan kepada Yayasan Wakaf Korporat Negara. Nilai terkumpul sebulan 10,000 orang x RM1,000,000 = RM10,000,000,000, insyaAllah, banyak perkara umat selesai.
No comments:
Post a Comment