Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, August 5, 2013

Trompet Akhir NAJIB

Berikut ialah saripati Ucapan Dasar Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Dewan Merdeka, PWTC pada Oktober 2013.

Rihlah ku selepas April 2009.

Selepas saya mengambil teraju menakhoda zaman kepemimpinan Tun Abdullah, saya berfikir dalam-dalam sejauh manakah, saya mampu "merubah" dan "mengubah" dalam ertikata tagline saya "Transformasi". Penerusan Agenda Transformasi mesti melalui satu proses panjang, getir dan pahit. Berdasar kepada keamatan saya dalam Alam Melayu dan polarisasi kaum yang menggunung di Malaysia, maka, terpacul dalam minda bawah sedar saya untuk memberi penaksiran dan pentafsiran murni tentang Transformasi dan Agenda 1 Bumi Melayu melalui "pendekatan 1 Malaysia".

Benar hingga hari ini, saya melihat aspirasi 1 Malaysia masih belum difahami oleh rakyat Malaysia, apalagi oleh orang UMNO. Perwakilan UMNO dalam Dewan ini pun, masih meragui hasrat murni saya ini. Saya tidak punya ilmu membelah dada dan mensucikan "sanubari" akhirnya memberi roh kepada saudara-saudari para perwakilan, para ahli UMNO, lebih-lebih lagi bekas-bekas ahli UMNO yang mempunyai "pemikiran bahawa parti UMNO tiada jiwa atau dalam bahasa mereka tiada roh". Hidayah milik Allah jua.

Saya melihat program-program Transformasi yang melambak dan berkembang biak, kini, pada hemat saya sudah lengkap 6 skala besar Transformasi iaitu Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Sosial (STP), Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Program Transformasi Bandar (UTP). Semuanya mempunyai sasaran dan capaian tertentu untuk memenuhi keperluan "ummatan wassota" sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam terbaik dunia.

Kali ini, saya berazam untuk bergerak dalam fasa kedua program Transformasi dengan lebih agresif dan dinamik. Dalam masa terdekat, Program Transformasi Minda (MTP) dan Program Transformasi Malaysia Wawasan 2020 akan dilaksanakan. Peneraju utama Program Transformasi Minda didokong oleh beberapa Agensi utama antaranya Biro Tatanegara dan Institut Integriti Malaysia. Peringkat permulaan ini, semua Ahli UMNO berdaftar dan ahli-ahli parti BN dari semua komponen akan mengikuti siri-siri latihan khas yang diselia dan dikendali secara strategik oleh BTN dan IIM, tanpa alasan tidak boleh hadir. Baik saudara Ketua Bahagian berprofil tinggi, mahu pun Ahli UMNO kerdil di Cawangan Kg. Gana, Kota Marudu, Sabah.

Program Transformasi Malaysia Wawasan 2020 pula akan dilaksana secara berstruktur bermula 1 April 2014. Sasaran kita ialah anak-anak Malaysia khasnya Orang Melayu, anak Thiong Hua dan anak keturunan India seramai 200,2020 berumur 18 tahun ke atas. Mereka ini akan ditempatkan di Kem-kem Transformasi Malaysia Wawasan 2020 khas. Mereka akan melalui proses saringan pengambilan peserta yang ketat dan sistematik. 200,2020 orang peserta ini akan menjadi tenaga-tenaga "sukarelawan Malaysia 2020" seperti Raleigh International dan dihantar bertugas sebagai International Volunteer Corp di semua pelusuk dunia, khasnya Negara-negara OIC dan Blok Negara Dunia Ketiga.

Berikutan kepada kegagalan Talent Corporation Berhad, gagal dalam melaksana misi besar Kerajaan Persekutuan, maka, saya berpendirian untuk mengadakan proses Transformasi Talent Corporation Berhad kepada semua institusi Transformasi Talent Negara. Semua para sarjana veteran yang boleh berkhidmat khasnya anak Malaysia bersama 200 orang para sarjana luar negara yang terpilih berasaskan merit ilmu terbaik akan ditempatkan di sebuah Gedung Ilmu Tersohor, yang dikenali sebagai WISTAC. World Islamic Science and Technology Civilization Center bertaraf Universiti Penuh yang akan diteraju oleh YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas, pencipta bendera keramat kita, Sang Saka Bangsa. Wujudnya WISTAC bermakna, Malaysia bakal merubah persepsi dunia secara total. Khutub khanah mahsyur dunia akan berpindah dari Barat ke Timur. Alam pengajian ilmu tinggi dan berskala mahal akan melimpah ke Bumi Melayu. Sebuah khazanah perpustakaan bernilai RM 100 juta akan dilaburkan dalam program WISTAC ini.

Para perwakilan sekalian,

UMNO subur kerana falsafah penubuhan yang digeruni oleh kawan dan lawan. UMNO tegak berdiri sebagai semua parti siasah yang disegani oleh musuh kerana UMNO mendukung IMR (Islam, Melayu dan Raja). Orang UMNO tidak boleh menafikan bahawa UMNO dirasmikan dan diresmikan oleh kesatuan pemikiran dan tindakan agung lebih daripada 150 orang pendukung Melayu mewakili pelbagai kepentingan organisasi Melayu pada tahun 1946. 3 kali mesyuarat pada tahun 1946, barulah sebuah parti tertegak dalam kamar Dewan Utama Istana Bukit Serene, Johor. Pada hari ini, marilah kita semua menyedekahkan "Al-Fatihah" kepada Datuk-Nenek dan Bapa-Ibu UMNO.

UMNO merupakan parti yang direstui oleh Raja-Raja Melayu termasuk 4 Undang Luak iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Jelebu dan Luak Johol. UMNO bukan keramat hidup, tetapi UMNO ialah lambang KUASA Integriti Melayu Islam apabila tertubuh pada 11 Mei 1946. Inggeris mula cemas dan semakin galak dan ligat untuk menghancurkan kesatuan Melayu, hinggalah Inggeris berjaya menghasut sebahagian kecil daripada ahli UMNO waktu tersebut, menubuhkan PAS pada 1951.

UMNO hari ini di lihat bukan UMNO asal, kata beberapa orang nakal. Khabarnya UMNO 1987 telah berubah wajah. Saya ingin mencabar pemikir-pemikir UMNO songsang ini, jika UMNO sudah hilang falsafah kemenjadiannya, mari ke hadapan BUKTIKAN kata-kata tuan. Saya akui UMNO seperti sebuah parti "telur hujung tanduk", makin tidak kuat dan mencengkam akarnya. Falsafah UMNO masih teguh dan utuh. Namun, yang sudah luntur falsafah perjuangannya ialah saya, TS Muhyiddin, barisan Majlis Kerja Tertinggi dan Tuan-Puan sidang perwakilan dalam Dewan Merdeka, sidang pemerhati di luar Dewan dan 3.5 juta ahli UMNO lain. Ahli UMNO tidak mengasihi dan menyayangi UMNO. Orang UMNO dan Ahli UMNO berdaftar yang saya kasihi dan sayangi, saya ingin bacakan wa'ad, Almarhum Ayahanda saya semasa beliau cergas dan cerdas dalam perkhidmatan, katanya "Along, andai Allah takdirkan di suatu hari kelak, kamu bercita-cita besar dan berada dalam dunia politik dan kerajaan seperti Abi, ingatlah bahawa Langit tidak selalu cerah, Mendung tidak bererti hujan, Guruh dilangit jangan disangka hujan lantas buang air dalam tempayan, Ingat jualah bahawa mungkin Tiada Esok Bagimu, juga mungkin Esok Masih Ada"...wah semasa saya disyarahkan perkara ini, langsung saya "blurr" kerana tidak faham sebutir makna daripadanya. Alhamdulillah pesanan hampir 50 tahun lalu begitu saya fahami hari ini. Saya amati bahawa bila saya berada di kedudukan nombor wahid sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, terlalu banyak kebenaran yang tidak mampu saya nafikan. Benarlah, Almarhum Ayahanda saya, Allah pilih untuk meninggalkan dunia fana lebih dahulu dengan berjuta makna dan resepi, segala rahsia perjuangan insan yang tidak didendang.

Jadi di mana kita? Kelihatan apabila saya mula berfikir secara mendalam, mungkin kedudukan semua kerusi Setiausaha Politik saya waktu ini, perlu dirombak. Semua kerusi anggota pentadbiran Kerajaan perlu juga dikaji dan dirombak, mungkin, kerusi Timbalan Perdana Menteri juga perlu dikaji semula...apa kata Tan Sri Muhyiddin. 

Dalam mengkaji polemik politik UMNO, saya ingin berkongsi pandangan saya menelah ilmu karangan Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad menurut penulisan beliau dalam makalah Al-Ikhwan bertarikh 13 Mac 1927. Tulisan ini diasaskan kepada bahang merah Komunis yang dikhabarkan akan memasuki Tanah Melayu ketika itu melalui Utara Semenanjung Tanah Melayu. Za'aba berpesan bahawa Melayu itu miskin dalam empat bidang, iaitu Miskin Asuhan, Miskin Perangai, Miskin Ilmu, Miskin Hayat dan Roh. Begitu lama saya cuba fahami, bila sahaja saya membaca kembali perjuangan Almarhum Dato' Onn Jaafar (nenda kepada Dato Seri Hishammuddin) bersama Almarhum Baba Ludek seorang anak Rembau yang begitu setia dan taat kepada makna Perjuangan Bani Malayuwiyah, barulah saya mengerti "lautan dalam jangan diduga, andai kail panjang sejengkal". Saya mula mengerti bahawa bangsa Melayu masih memerlukan "tongkat ekonomi". Oleh yang demikian, saya bercadang untuk mengembalikan sebuah Kementerian khusus dengan nama barunya Kementerian Transformasi Usahawan Nasional dengan seorang menteri kanan dan Penasihat kepada Menteri, Kementerian ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2014 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 2 billion meliputi peruntukan pengurusan, operasi dan bantuan Dana Keusahawanan.

Bagi merealisasikan impian platinum ini, pemikir utama yang menjadi Penasihat Kementerian ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad bertaraf Duta Ekonomi Malaysia. Sebuah fakulti ilmu yang dinamakan Pusat Transformasi Usahawan Mahathir akan diwujudkan dengan bantuan modal sebanyak RM 100 juta. Penggerak Pusat Transformasi Usahawan Mahathir ini ialah Tan Sri Dr. Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang pernah meneraju Biro Tatanegara.

UMNO secara fizikal dilihat tidak penting oleh sebahagian insan moden. Insan moden mengikut tafsiran saya ialah orang yang hidup bergaya dengan gadget beribu, kereta besar, rumah besar, makan besar, segalanya besar-besar belaka. UMNO bukan hidup, namun daripada mata metafizik saya beranggapan UMNO ialah pusat kecemerlangan semua umat Melayu berasaskan Perlembagaan Persekutuan. UMNO ialah pusat kecemerlangan saya dan tuan-tuan. Jika ada kalangan ahli UMNO fikir dan mempunyai pendapat berbeza, alhamdulillah. Saya syorkan saudara-saudari keluar dari parti UMNO ini. Tanpa sebuah parti politik yang kuat, Melayu-Islam tiada dapat berpayung dan bernaung. Mahkota kedaulatan Melayu-Islam ialah UMNO. Inilah perkara tersirat yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 1946 hingga semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Melayu termasuk 4 Undang Luak menurunkan tandatangan berjanji setia sesama mereka seramai 9 orang Raja Melayu dan 4 orang Undang Luak untuk memastikan KUASA, INTERGRITI DAN POLITIK TANAH MELAYU kekal selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang dalam sebuah tanahair bernama Malaysia. Saya akan terus berpaksi teguh kepada fahaman ini, hinggalah akhir hayat saya, InsyaAllah.

Bersambung...

7 comments:

  1. Paklah dengan ISLAM hadari, dah tak da seri lagi. Najib dengan tranformasi yang akan jadi tranformer alvivi.

    ReplyDelete
  2. LIKE ! !!!!!! To The Power Of 100".
    T N B
    T N B
    T N B
    T N B.
    T N B

    Tumbangkan Najib Bebal
    Tukar Najib Biol

    Ari ini, 4.08.13, sempena 5.05.15 kekalahan umno di cinion cinabeng tsunami kan, bagi 1,000,000Rm untuk FOON YEW HAI SKOOL Johor,UNTUK 110 year Celebration.
    apa sangat lah lu Ah jib.

    Tukar dan Tumbang Najib!!!!!!
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  3. Selamatlah Agama & Bangsa....tukarlah Najib..

    ReplyDelete
  4. Selagi Najib berkuasa, negara pasti akan semakin parah - kudis sudah mula bernanah, nanah menanti berulat...sebelum negara menjadi kudung, molek benar jika Najib dicantas secepat mungkin.

    ReplyDelete
  5. Betulkah tarikh tu, oktober 2013?.sekarang baru August 2013...tks

    ReplyDelete
  6. Betulkan ini teks ucapan yg akan di sampaikan oleh DS Najib pada Oktober ni? Dari sumber mana saudara dapat teks ucapan yang sepatutunya sulit ini. Jika benar,maknya kebisuan DS NAJIB sejak selepas pilihanraya ini adalah merancang sesuatu yang penting utk bangsa Melayu,menarik untuk kita lihat kerana byk memperkatakan kepentingan dan fokus kepada agenda bangsa Melayu,adakah NAJIB memyimpan utk mengembalikan Ultra Melayunya pada PAU nanti.

    ReplyDelete
  7. Aku hanya mengiktiraf Najib sebagai Ultra Melayu seandainya semasa PAU nanti, beliau mengumumkan untuk menghapuskan sekolah vernakular. Jika tidak, beliau tetap dianggap berjiwa Ah Jib Gor meskipun beliau berucap akan membela melayu dengan penuh semangat.

    ReplyDelete

Blog Archive