Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, October 25, 2013

GST: Harga barang & perkhidmatan boleh lebih murah?

Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.

Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.

GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.

"GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan," kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020. 

Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa. 

"Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.

"Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga," katanya kepada Bernama.

Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.

Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.

GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.

Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.

Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan hasil kerajaan.

Apabila dilaksanakan pada kadar hasil-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih hasil RM18 bilion, yang hampir sama dengan hasil RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013 (Jumaat) ini.

GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. - Bernama.


No comments:

Post a Comment

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive