Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, October 7, 2013

UMNO N9 TOLAK HISHAM...CONFIRM!!

1. Hampir 11,000 perwakilan UMNO Negeri Sembilan bakal mengundi pada 12 dan 19 Oktober depan dalam menentukan pimpinan parti.

2. Sudah tentu jawatan yang bakal menjadi tumpuan ialah sayap Pemuda, Wanita, MT dan Naib Presiden UMNO.

3. Walaupun calon yang bertanding untuk sesuatu jawatan kebanyakannya merungut disebabkan 'padang permainan' tak sama rata, tapi apa boleh buat...dah takdir kata Najib.

4. Calon tidak dibenarkan berkempen secara bersendirian dan hanya dibenarkan kempen melalui Perhubungan UMNO Negeri. Tetapi calon yang ada jawatan kerajaan terutama Menteri dan Timbalan Menteri begitu bebas bersendirian ke sana ke mari menggunakan aset dan dana kementerian masing-masing untuk berkempen merebut jawatan. Jelas kod etika pemilihan UMNO hanya menguntungkan pemegang jawatan kerajaan. Baguih dok ada...kata Che Det.

5. Sedar atau tidak UMNO hari ini sudah wujud 3 team atau puak.

6. Kumpulan pertama ialah puak menyokong Najib dan kroninya membabi buta. Kumpulan kedua adalah puak yang menentang Najib dan kroninya. Manakala kumpulan ketiga adalah geng Che Det. Namun harus diingat, kumpulan yang menentang Najib tidak semestinya termasuk dalam geng Che Det.

7. Kumpulan mana yang berjaya boleh dinilai berdasarkan senarai siapa yang akan menang untuk setiap jawatan yang dipertandingkan dalam pemilihan UMNO kali ini terutamanya jawatan Naib Presiden, MT, Ketua Bahagian, sayap Pemuda dan Wanita.

8. Selepas PAU 2013 akan dapat disaksikan sama ada Najib makin kuat pengaruhnya, atau akan terbuang perlahan-lahan.

9. Dan bukti terbesar penolakan akar umbi terhadap pengaruh Najib ialah apabila Hishammudin bakal disingkirkan daripada jawatan Naib Presiden UMNO.

10. Walaupun Hisham kelihatan panik dan gelabah apabila menggunakan dana Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan melakukan road tour "Taklimat Keselamatan" kononnya, walhal secara jelas ianya tidak lain hanyalah pentas untuk Hisham berkempen politik mempertahankan jawatan Naib Presiden. Sekurang-kurangnya itu yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini.

11. Hisham kelihatan semakin terdesak apabila turut hadir di beberapa program Wanita dan hampir setiap hari wajahnya muncul di Prime News Media Prima untuk berbicara mengenai pemilihan UMNO. Berapa Media Prima untung agaknya?!

12. Tak cukup dengan itu Hisham turut berjumpa bloggers yang selepas itu mula menulis di blog masing-masing mem'backing' Hisham kononnya Hisham selama ini banyak rahsia la, berhati-hati ada sebab la, bukan penakut la..bla..bla..bla! Kesian sungguh la blogger kena tipu. Kalau kenal Hisham sejak dia jadi setiausaha parlimen...anda pasti sedar yang anda dah kena 'kanciang'.

13. Hisham dalam kenyataannya dua hari lepas menyeru supaya calon yang berkempen agar membuang budaya yang merosakkan parti, tetapi adakah cara Hisham sendiri berkempen menggunakan aset dan dana kerajaan itu adalah budaya yang mengelokkan parti? Heh!

14. Khabaran yang kami terima, mungkin hanya 1 sahaja daripada 8 Bahagian UMNO di Negeri Sembilan yang akan memberi undi kepada Hisham untuk jawatan Naib Presiden, manakala 7 yang lain menolak. Sama ada trend penolakan UMNO N9 terhadap Hisham ini seiring sentimen UMNO negeri lain, mungkin jawapannya...YES..YES..YES!!

15. Adakah dalam masa kurang 2 minggu ini Najib mampu melakukan $e$uatu untuk menyelamatkan sepupunya, sekaligus memastikan pengaruh Najib selaku Presiden kekal utuh?!

16. Atau kita akan dapat menyaksikan permulaan kepada pengakhiran Najib sebelum PRU-14?

17. Mungkin hanya Cawangan UMNO Sri Lambak saja yang akan beri undi pada Hisham dalam pemilihan kali ini.

Spesis Charles Robert Darwin ketawa...

20 comments:

  1. Hanya dua jenis perwakilan yang akan undi hisham aww ni untuk jawatan naib presiden. Pertama orang yang memang setia dengan dia sebab dah banyak termakan budi. Kedua orang yang dapat pulus seciput yang hanya cukup untuk beli set golf second hand.

    Hanya orang yang ada prinsip dan maruah saja yang tidak akan undi Hisham walau untuk jawatan apa pun.

    ReplyDelete
  2. Calon naib presiden yg paling cool, tak perlu peluh-peluh pun

    Pegang tangan zahid - dapat 50% undi
    pegang tangan kj - dapat 25% undi
    bergambar sebelah shahrizat - dapat 25% undi
    dok sebelah najib - confirm 100%

    Hidup muddin !!!!

    ReplyDelete
  3. Tiada daulat
    Tiada maruah
    Tiada bebas
    Perwakilan mudah lupa
    Perwakilan mudah lupa
    Perwakilan mudah lupa

    ReplyDelete
  4. Tak kisah la. Apa apa pun aku sokong DS Hishammuddin !!
    HIDUP H20 !!

    ReplyDelete
  5. Aku ni orang Johor. Biasanya memang aku akan sokong orang Johor yang berkelayakan dan sebelum ni memang kesemuanya berkelayakan tetapi Tok Mudin CKMM ni aku sendiri tak kenan. Jadi aku syorkan ahli UMNO Johor untuk kali ini lah tolong tolak Tok Mudin CKMM ni dari jawatan kepartian. Cukup lah dia tu kita lantik jadi Ahli Parlimen. Biar dia bertungkus lumus menjalankan kerja2 kementerian. Isu parti ni dia dah tak layak. Dengan sikap dia selama ini, dia banyak menjatuhkan air muka kita semua rakyat Johor Darul Takzim.....apa tak nya - cium keris pun mintak maaf....ni dah jatuh kategori d_ _ _s!!!

    ReplyDelete
  6. Saya dengar Hisham menyindir Mukhriz, supaya lebih utamakan kempen PRK S.Limau, daripada jawatan Naib President.

    Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
    Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak mahu bersusah-payah berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, atas cadangan Con-sultant dan orang yang di percayainya, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol ataupun harga rokok.

    Balik pada PRK Sg. Limau: Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Kewibawaan Mukhriz tidak akan terjejas. Lagi pun beliau sendiri pernah melontar idea untuk beri jawatan EXCO pada PAS. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen, caci mencaci, mengadu-domba dan fitnah yang akan lebih merengang & memecah-belah sesama Melayu Islam. Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat, memasang poster dan memacak bendera dan buang masa untuk pergi mengundi. (SPR budget = RM1.3 Juta).Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Jika kita tidak percaya sesama bangsa dan agama, siapa lagi yang kita boleh percaya? Mat Salleh? (Berbanding Tun Dr.M, Najib amat percayakan dan suka Omputih. Dia minat EPL. Sampai tengah malam, sanggup lepak dan buang masa dengan rakyat. Sokong MU ke Liverpool, saya tak pasti. Pegang dua jawatan kabinet pulak. Mana ada masa nak pantau lain2 Menteri. Pasal tu ramai penasihat dan mudah terpedaya & terpikat dengan pembodek).

    Jika BN menang di Sg. Limau, ego beliau akan melonjak lagi. Sudah tentu Najib atau sepupunya akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

    RD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den setuju amat jiko si lombek icam tu tak dapek monang naib presiden.... di tu kurang corodek, semua kementerian di bawak keloalaannyo hancus.Dah tu penakut bona... Syabash perwakilan NS..Teruskan memperkasakan UMNO, Biar budak penakut tu jago Parlimen dio ajo......

      Delete

  7. Salam warih,

    Tlg bagi komen tuan utk pemilihan Umno skg yg diletakkan dgn berbagai syarat=
    yg sengaja menyekat mereka utk melewan penyandang jawatan skg. Munkin ini a=
    da lah akibat apabila Presiden dan Timb Presiden tidak di tandingkan.

    Umno semakin lombik mcm ajib gor n sekutunya h2o,,,, hancur melayu n hancur m=
    alaysia ni bang.... Golo org melayu... Kito tgk apa jadi cimb ponoh cino kek=
    atas2 tu n melayu jadi teller yo n Petronas dah ponoh dgn cino... Susah sgt=
    ko najib nk ujudkan kemeterian keusahawanan n pemb bumiputra n lebih rela b=
    uek Pemandu yg lotak idris jala n di isi ponoh dgn cino n lopeh tu buleh ove=
    rule mof n epu n najib pun dongar cakap dio ni... Mako pendak umor lah kito o=
    rg melayu kek malaysia n xheran nk nyanyi lagu Warisan pun diharamkan,,,, si=
    an amek lah org melayu kito ni...

    ReplyDelete
  8. umno pernah kehilangan pemimpin seperti harun idris, musa hitam, ku li, anwar tetapi umno terus kukuh jika dikemudi dengan baik.

    jika umno kehilangaan hisham ckmm pun sudah tentu kesannya tiada langsung atau sangat kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 'pemimpin' yang UMNO hilang tu adalah kehilangan yang bagus.

      Delete
  9. aku mengimpikan pemimpin umno baru yg bersikap keras dan tegas dalam mempertahankan agama islam & bangsa melayu......mcm tun M dulu.....
    soalnya, ada ka lagi org mcm tun M dalam umno sekarang ni.....?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan ikhlas saya cakap Zahid Hamidi telah letak satu aras kriteria pemimpin yang perjuangkan agama, bangsa dan Negara. Di peringkat Naib Presiden UMNO perlukan kekuatan seorang anak JANTAN MELAYU ISLAM. Maaf, Hishamuddin tidak menepati ciri anak jantan melayu islam. Cukup lah tu. UMNO tidak boleh membawa passenger yang jadi pak lawak.

      Delete
  10. Den baru balik dari sesi memperkenalkan calon MT di Allson Klana Somban. Nampak eh.. Ali Rustam menjadi pilihan Tok Mat.

    ReplyDelete
  11. Anon 9.52,
    Shoh....pogi main jauh-jauh.Kau orang PAS nak komen tontang UMNO,malulah sikit.Kempen nak monang free,lopeh itu bulih lak kato bagi semangat keluar PR.Apo kau ingat orang BN macam kau orang ko,bangang tak sorik kono tipu dan dikeldaikan dek PKR,lopeh tu dgn DAP,dio orang mondorum sikit ajo kau orang dah angguk,rela jadi khadam.Tu lah sobab utama kek N9 ni kau orang dapat tolo ajo.....Kau botolkan dulu pembosarx2 kau tu yg kau orang anggap maksum...porah.

    ReplyDelete
  12. PAS ..takde sapa yang kesah pun....dia dengan puak2 dia pun tak sekepala....semua bermuka-muka ja lebih...ada yang takut muka kena ludah...ada yang rela jadi leberal demi undi....ada yang jenis takut duk belakang tok hadi ja....nak berbaik dengan UMNO tapi malu-malu.

    Maka PAS jadi lah labu-labu yang selalu kena tebuk dek PKR dan DAP.....yang berlubang tetap PAS yang kenyang PKR dan DAP....

    ReplyDelete
  13. Suman
    Berapo koping kad pengenalan calon[macam kad bisnes] kau dapat,bolih buat kipas tak'.O mang hai,kreatif juga dio orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takat beri kad yo tak payah lah. Sumo eh.. den tinggal an.. ateh mejo.

      Delete
  14. Nak tanya sikit. Mengikut proses pengundian baru, tiap-tiap ahli yang diberi kuasa mengundi, berhak mengundi sesiapa saja calon yang ahli itu fikir layak untuk diberi undi, bukan ikut kehendak bahagian yang ahli itu wakili. Sekiranya ketua bahagian dan ajk yang menentukan siapa yang perlu dipilih maka ia tidak beza dari cara pengundian yang lepas yang mana calon yang dipilih ditentukan oleh bahagian itu sendiri dan perwakilan dikehendaki mengundi calon pilihan bahagian. Jadi tujuan untuk memperluaskan pengundian kepada ahli tidak sampai matlamatnya kerana sudah tentu ianya mungkin tidak telus kerana ahli yang diberi kuasa untuk mengundi tidak bebas dan terpaksa akur kepada keputusan bahagian juga.
    Seterusnya, tatacara pengundian yang baru ini juga tujuannya untuk mengelak calon dari menaburkan wang kepada para perwakilan. Jadi jika bahagian yang buat keputusan calon mana ahli perlu mengundi, maka tidak mungkin kah ketua dan ajk bahagian akan dapat imbuhan dari calon yang bertanding dan sudah tentu ada "jual-beli" di antara ketua bahagian dengan calon-calon yang bertanding secara tersembunyi dan lepas ini kita akan lihat ketua-ketua bahagian akan senyum sakan kerana ada wang masuk. Sudah pasti wang yang masuk bukan untuk ahli tapi untuk ketua bahagian kerana dia telah dapat mempengaruhi ahli untuk mengundi calon yang ditentukan
    Bagi saya bukan mudah untuk UMNO menangkis politik wang yang telah berakar umbi dalam jiwa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang botol sgt2 ..yang konyang buncit porut adalah keto bhgn dan kempen manager..tapi yang paling boncit porut dato raoh dan supplier peralatan pemilihan kali ini...ado pulak umno yang bersidang..pemantaw yang berkuasa..ontah2 pemantaw pun undi pembangkang dlm pru13...cmkk punyo idea..makan diri sendiri ..lombek totap lombek..

      Delete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive