Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, November 17, 2013

Tabung Khas Ekonomi Bumiputera bila lagi Tok Mat?

1. Baru-baru ini dilaporkan dalam akhbar arus perdana bahawa sebanyak RM20 juta daripada rizab Kerajaan Negeri Sembilan akan diperuntukkan untuk tabung khas dikenali sebagai Tabung Amanah Penyelesaian Masalah Rakyat (TAPMR) bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat seperti bencana alam dan kerosakan infrstruktur tanpa menunggu pembentangan dan kelulusan Belanjawan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat.

2. Menurut Menteri Besar lagi RM20 juta ini akan diambil dari rizab Kerajaan yang terkumpul iaitu sebanyak RM438 juta dan wang ini boleh digunakan secara terus untuk menyelesaikan masalah rakyat.


3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan negeri yang dapat mengumpul rizab yang banyak dan dapat digunakan untuk manfaat rakyat. Berdasarkan fakta ini rasanya Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan jika suatu Tabung untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi Bumiputera/Melayu turut ditubuhkan di Negeri Sembilan.

4. Seharusnya juga penubuhan Tabung Ekonomi Bumiputera/Melayu tidak akan mengundang isu atau perbahasan yang panjang dalam Sidang DUN di NSDK. Ini kerana Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera telahpun dijadikan dasar negara oleh DS Najib melalui ucapan beliau semasa merasmikan Majlis Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini. Jika mahu, Kerajaan negeri hanya mengambil serta menggunapakai (adopt)dasar ini dalam pentadbiran Kerajaan negeri. Lagipun untuk meluluskan dasar ini tidak memerlukan sokongan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, hanya majoriti mudah , memadai.Persoalannya, wujudkah kehendak politik (political will) di pihak Kerajaan negeri untuk mengambilpakai serta melaksanakannya?

5. Mewujudkan tabung ekonomi Bumiputera/Melayu boleh dilihat sebagai salah satu tindakan afirmatif (affirmative action) dalam usaha ke arah memperkasakan ekonomi Bumiputera/Melayu.Ia bukanlah suatu yang rumit dan tak perlu sampai RM20 juta pun. Cukuplah RM 8 juta setahun! RM 1 juta untuk setiap kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Masalahnya, sepanjang Menteri Besar memegang tampuk pentadbiran negeri ini tidak pernah ada khabar tabung atau usaha sebegini ingin diwujudkan untuk manfaat orang Melayu!

6. Diandaikan RM1 juta diperuntukkan untuk dana bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera/Melayu untuk setiap kawasan Parlimen dan jumlah tersebut dipecah bahagikan kepada pakej pinjaman mikro berjumlah RM20,000 maka seramai 50 orang usahawan kecil melayu di setiap kawasan parlimen boleh menerima manfaat untuk memulakan perniagaan mahupun untuk mengembang/memajukan perniagaan yang sedia ada.Jika dijamakkan dalam setahun, seramai 400 usahawan kecil bumiputera/Melayu dapat dibantu dan dalam tempoh 5 tahun dianggarkan seramai 2000 usahawan Bumiputra/Melayu dapat dibantu atau diberikan manfaat di Negeri Sembilan.

7. Dengan cara ini usahawan Melayu/Bumiputera di Negeri Sembilan ini dapat mempertingkatkan daya serta keupayaan untuk menjana serta mempertingkatkan aktiviti ekonomi di Negeri Sembilan. Ini juga adalah selaras dengan saranan Tun Dr Mahathir yang menyarankan agar ekonomi domestik diperkasakan demi untuk melonjakkan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

8. Ini juga selaras dengan pandangan "memberi pancing/jala kepada orang agar dia boleh memancing atau menjala ikan dan menjual ikan untuk pendapatan". Itu adalah lebih baik dari memberi orang itu makan ikan setiap hari!

9. Sekarang ini apa sahaja perancangan serta tindakan akan disusuli dengan pertanyaan "Apakah K.P.I nya (Key Performance Index)?" Senang sahaja….jika usahawan yang dibantu itu dapat membelikan kereta "MINI COOPER" untuk anaknya kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR, maksudnya perancangan serta tindakan itu telah berjaya!

3 comments:

  1. Butuh la program ini akan berjaya..kami pemimpin umno akan rembat semua duit tu masuk poket kami sendiri..itu sebab la kami sangup berebut jawatan dlm umno.sebab nak rembag duit ni la..bodoh punya admin..

    ReplyDelete
  2. Oi anon 7:31pm, lu punya ekoq ni dr. Red Bean KURAP RASIS aahh?! Kalau lu TAK suka ISLAM, BUMIPUTERA Melayu/Islam dan TANAH MELAYU kami ini, pusaka berzaman nenek moyang kami ini, dari sebelum dijajah British-Zionis KAPIR laknat lagi, lu boleh BERAMBOS dan MAMPOS dgn. TEMBERANG lu!

    Mulut lu mcm. BANGKAI penuh ulat - lu banyak lahap itu BABI punya KANGKANGkah?! Atau lu mabuk minum itu KENCING BABI aahhh?!

    ReplyDelete
  3. TERIMAKASIH Paneh Miang di atas artikel mu yg. BERNAS ini!

    MAKIN DAJAL BINATANG-BINATANG BUAS-Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR ini -lihat di http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/11/tudia-siapa-kata-guan-eng-dap-tak-bantu.html, Tudia !! Siapa kata Guan Eng & DAP tak bantu pelajar Melayu P.Pinang masuk IPTA !!, by Generasi Pejuang Bangsa, November 17, 2013!

    Sebab itulah, di bawah JANJI YB PM kita, dgn. melancarkan MEB, tolong SEGERA lancarkan cadangan amat BERNAS dan MULIA ini dr. Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor), utk. mengisytiharkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Universiti Diraja UiTM utk. menjamin UiTM terus kekal sebagai IPT sentiasa membela anak-anak Bumiputera Islam/Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya yg. MISKIN! Serta menubuhkan segera Tabung Pendidikan Bumiputera Negara (TPBN) , akibat makin terhapusnya hak BIASISWA Bumiputera di bawah DEB (akibat PENGKHIANATAN si Islam/Melayu LIBERAL), yg. mana DEB ini ditubuhkan oleh BAPA-BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN Tanah Melayu TERCINTA kita, Allahyarham-Allahyarham YB PM Tun Abdul Razak Hussein (bapa YB PM kita) dan YB TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman! Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131107/pa_01/Isytiharkan-UiTM-sebagai-Universiti-Diraja ; Isytiharkan UiTM sebagai Universiti Diraja:

    KUALA LUMPUR 6 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadangkan diisytihar sebagai Universiti Diraja UiTM sejajar dengan komitmen kerajaan memperkasa bumiputera dalam bidang pendidikan.
    Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) ketika melontarkan cadangan itu berkata, status Universiti Diraja tersebut dapat menghentikan campur tangan pihak tertentu yang cuba menggugat kewujudan UiTM.

    Beliau juga yakin perisytiharan sebagai Universiti Diraja itu akan menjamin UiTM terus kekal sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan khusus untuk mendidik anak-anak bumiputera.

    Selain itu, Irmohizam turut mencadangkan kerajaan mewujudkan Tabung Pendidikan Bumiputera Negara (TPBN) bagi membiayai pengajian khas anak-anak bumiputera melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

    Tabung ini boleh diletakkan di bawah pengurusan dana di Jabatan Perdana Menteri dan dikhaskan untuk bumiputera yang kurang berkemampuan yang mana ibu bapa mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

    Dalam pada itu, beliau menyokong penuh pelaksanaan program Baucar Buku 1Malaysia khususnya menerusi Bajet 2014.

    Katanya, peruntukan sebanyak RM235 juta menerusi program itu mampu memberi manfaat kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang berjumlah kira-kira 1.3 juta orang.

    Dengan baucar tersebut para pelajar dapat menggunakannya untuk membeli buku-buku pilihan mereka sekali gus mampu menambahkan lagi ilmu pengetahuan," katanya.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

Blog Archive