Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 19, 2013

Tackle Kelas Pertengahan dulu, baru laksana GST

GST (Goods and Services Tax) merupakan suatu langkah kerajaan untuk mewujudkan belanjawan berimbang yang dijangka mampu mengurangkan defisit negara ke arah mencapai taraf negara maju. Ini adalah takrifan yang digunakan oleh orang yang belajar ekonomi. 

Tapi untuk orang-orang kampung macam aku ni, GST adalah satu kaedah yang digunakan untuk menambahkan pendapatan negara secara langsung di samping ianya diharapkan dapat mengurangkan hutang negara yang semakin bertambah.

Adakah rakyat Malaysia keseluruhannya bersedia untuk menghadapi perubahan yang pastinya akan berlaku apabila GST dijalankan? Mampukah dengan kadar pendapatan serendah RM900 sebulan cukup untuk rakyat di negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi? Kalau kita perhatikan subsidi-subsidi yang telah dan akan ditarik balik, adakah ekonomi negara berada dalam keadaan yang stabil?

Aku menyarankan agar pihak kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini bukan hanya mengambil jalan mudah menarik subsidi-subsidi tertentu. Ini adalah kerana mereka yang dipilih sebagai pemimpin adalah untuk memikir dan menambah baik keharmonian dan kesejahteraan orang yang dipimpin bukannya mengurangkan subsidi yang sepatutnya menjadi salah satu tanggungjawab kerajaan kepada rakyat keseluruhannya. 

Kalau setakat idea menarik balik subsidi yang sedia ada ini, jaga pejabat aku pun boleh fikir.

Salah satu kekuatan Tun Dr. Mahathir adalah beliau mampu menarik sokongan rakyat kelas pertengahan untuk menyokongnya. Tun Dr.Mahathir tidak pernah pun menarik balik subsidi yang rakyat nikmati dan beliau tidak pernah melantik menteri yang mempunya kerja yang bertindan dengan kementerian lain seperti Hishamuddin Hussein dan Jamaluddin Jarjis. Apa salahnya berhentikan saja menteri-menteri yang tidak berfaedah ini dan gunakan peruntukan wang gaji mereka untuk memberi semula subsidi yang telah dan bakal ditarik nanti. Janganlah majoriti rakyat dikorbankan semata-mata hanya untuk membela tekak segelintir minoriti yang tamak dan tidak tahu masa untuk berundur.  

Adakah semasa GST dilaksanakan nanti rakyat kelas pertengahan mempunyai kekuatan dan keupayaan membeli seperti sekarang? 

Pada masa ini nilai ringgit adalah lemah di mana keupayaan kita untuk mengimport dagangan luar adalah kurang dan secara tidak langsung akan mengurangkan hasil cukai import yang boleh kita kutip.Banyak syarikat-syarikat kecil samada milik bumiputera mahupun bukan bumiputera bergelut dengan keadaan ekonomi pada hari ini apabila harga barangan import menjadi semakin mahal. Tidak mustahil syarikat-syarikat ini bakal ditutup ataupun melakukan penggabungan seandainya keadaan ekonomi tidak pulih seperti sediakala. Apabila penggabungan dilakukan, suka atau tidak, ramai yang akan diberikan pilihan untuk berhenti atau diberhentikan. Keadaan yang bakal berlaku ini memungkinkan kadar pengangguran meningkat dan secara tidak langsung akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara.

Kita perlu ingat apabila keadaan ekonomi tidak stabil, maka secara tidak langsung akan menimbulkan keresahan dan ketidaktenteraman di kalangan rakyat. Janganlah sampai ada pihak (pembangkang) yang menangguk di air keruh nanti. Janganlah nanti dah terhantuk baru terngadah.

Sewajarnyalah sebelum GST dilaksanakan, keupayaan produk domestik yang setanding produk import ditingkatkan kualitinya agar aliran tunai kekal dalam negara dan ekonomi berimbang dapat diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Bukan setakat memberi alasan menarik subsidi demi kesejahteraan rakyat macam Menteri ayam tukar ke daging tu cakap.

Janganlah hanya semata-mata mengharapkan untuk menempa nama sebagai salah satu negara maju di dunia maka keperitan rakyat marhain dipinggirkan. Tidak mustahil suatu masa nanti subsidi ubat-ubatan kerajaan juga akan ditarik balik.

Kita boleh cakap hari ini semua keperluan asas tidak akan dikenakan GST, tetapi bolehkah kita memberi jaminan harga barangan bagi semua keperluan asas tersebut tidak akan naik? Pihak manakah yang meraih keuntungan besar di atas kesukaran dan kesulitan rakyat nanti?

Lu pikirlah sendiri!!

6 comments:

  1. Indeed...rakyat dah makin tertekan dan xtenteram kalau terus mcm ni... Pening

    ReplyDelete
  2. manusio bilo dh beado dipuncak mcm tu la gayo hea..x ponah duduk bawah..kepalo x ponah menunduk tgk org di bawah..yg dibawah pulak mcm jakun mendongak-dongak nengok kek ateh..sudah hea,tongkuk sendighi yg sakit

    ReplyDelete
  3. BR1M sangat bahaya pada ekonomi malaysia.Langkah sedemikian,mencerminkan ke arah ketidakkeadilan sosial.Falsafah ekonomi ketika zaman kegemilangan islam iaitu ibnu khaldun telah menitik beratkan pelbagai instrumen syariah untuk membendung tingkah laku manusia di dalam aktiviti ekonomi, yang boleh mencacatkan urus takbir negara melalui spekulasi,manipulasi dan riba.BR1M terbukti, bertentangan dengan Falsafah tersebut.Ketidakadilan keseimbangan ekonomi di antara golongan pertengahan dan rendah melalui BR1M,akan menjerut kitaran ekonomi semasa dan mengakibatkan,melebar luasnya angka inflasi.Rasionalisasi subsidi,GST dan BR1M tidak membantu negara di sekitar dunia mengalami krisis ekonomi.Belum masuk bab nilai matawang,lagi demam.Memunggut cukai di dalam keadaan rakyat terbeban amatlah tidak baik utk mengimbangi dua kelompak manusia dari berpendapatan sederhana dan rendah.Rasisionalisasi subsidi,bermakna menghilangkan cecair pelincir dalam ekonomi.BR1M bersifat sementara bukan 365 hari.GST,melambangkan, ketidaktentuan keupayaan kuasa membeli rakyat.Kalau di rangkumkan semua,negara bakal menempuh peningkatan inflasi.Subsidi sesuai utk kitaran ekonomi kapitalis utk satu jangkaan.BR1M melambangkan ekonomi sosialis.

    ReplyDelete
  4. Perlu ada dasar oil & gas negara,berdasarkan kepada keuntungan dan keperluan(2 segmen yang berbeza) untuk rakyat malaysia, termasuk juga dasar penjanaan tenaga dalam negara.Hasil pengeluar minyak mentah di malaysia mempunyai gred yang baik dan boleh di perdagangankan utk mendapat lebihan liter utk di proses oleh loji penapis tempatan utk kegunaan masyarakat malaysia dgn harga kos operasi.Ianya perlu seiring dgn dasar automotif negara yang cekap tenaga.Dari engine petrol ke engine hybric, kemudian ke engine hidrogen dan penghujungnya kereta elektrik.Dasar sebegini dapat mngekang peningkatan keperluan bahan bakar petrol sepanjang tahun dan meningkatkan produktiviti negara.

    ReplyDelete
  5. Dasar yang meraih keuntungan dan keperluan(kesejahteraan rakyat),kemudian memperolehi keuntungan ke atas pelbagai jenis cukai dan pelaburan yang tidak membebankan.Dasar yang mencerminkan kepelbagaian dan peningkatan pendapatan negara serta menjimatkan wang subsidi negara.

    ReplyDelete

Blog Archive