Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, April 16, 2012

Politiking KelingKUP MBNS

Teromba berpolitik secara nyata bermula pada tahun 1897. Menjelang PRU-13, nampaknya barah kulit dan usus makin menjalar di kalangan pemegang kuasa politik. Teguran demi teguran telah dilambak dalam ribuan hujah dan bahas Call A Spade A Spade, namun dipandang lekeh dan leweh oleh kepemimpinan Atasan UMNO.

Kedudukan Menteri Besar NSDK hari ini, sekalian rakyat maklum bahawa dia bukan seperti yang diharapkan. Kedudukan kerusi-kerusi utama WAJIB MENANG di Parlimen dan ADUN juga kelihatan melukut di tepi kali.

Pembacaan politik melihat dengan gerakan bawah tanah PAS dan DAP yang makin kencang, potensi untuk UMNO-BN KelingKUP amat ketara lagi dibenarkan tanpa peperangan.

Tiada langsung nafiri perang ditiup oleh Pengerusi Perhubungan BN/UMNO. Tiada langsung bantuan gerakan mahawangsa yang boleh memberi KESAN NEGATIF ke atas sokongan pengundi PAS dan DAP. Tiada langsung suntikan Modal Teroka dan Modal Biaya kepada pasukan-pasukan kader UMNO-BN yang berlatarbelakang pelbagai, baik yang terang-terang mahu pun gerakan dalam selimut.

Mohamad Hassan GAGAL dan TEWAS dalam pertempuran strategi. Pertubuhan-pertubuhan belia pro UMNO yang dahaga kasih sayang UMNO tidak dicanai dan dikembang biak. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang pro UMNO, kelihatan terkapai-kapai ibarat "layang-layang putus tali". Gamaknya, politik KelingKUP menjadi amalan Pengerusi Perhubungan BN/UMNO NSDK.

Daif benar nampaknya fatamorgana PRU-13.

8 comments:

  1. mohon warga paneh miang tgok tontang isu laptop 1 malaysia yang boghi kek budak2 sekolah... pakai 2 minggu dah jahanam. wek report kek sekolah, sampai la ni x do jawapan eee lai....
    kalau takat laptop cokia baik toksah boghi.. bukn x bersyukur ... kalau nk boghi , boghi la yg elok sikit... ni ntah apo ghoman eeeeee

    ReplyDelete
  2. den sokong tu, nak bg biar iklas, tp den tabik spring dgn yab tok mat,

    ReplyDelete
  3. Awang PENA AmpanganApril 21, 2012 at 8:53 PM

    Saya bersetuju dengan Paneh Miang. Saya tinggal dan menetap di DUN Ampangan sejak 46 tahun yang lalu. Makin teruk UMNO bila dibawah Tok Mat. Tak tahu kemana agenda yang ini dibawa utk org Melayu. Dahlah Ampangan di menangi pembangkang. Jarang benar datang kesini.

    Ni harapkan Adun Angkat (apak). Pusat Khidmat pula ibarat hidup segan mati tak mahu. Rasa kalu mcm ni mmg terlingkup sekali lagi Ampangan ke tangan pembangkang.

    Yang peliknya mana hardcore2 UMNO. Dah hilang ke?..Yang beriya-iya terhegeh-hegeh si Wan Salwati Puteri Seremban. Kami terus terang, kalulah dia ni calon BN mmg terlingkup habis. Sanggup mengundi pembangkang dan hasut yang lain supaya ikut sama.

    Tok Mat kenalah tengok sikit kami semua di Ampangan. Jgnlah hantar budak mentah seperti itu untuk memenangi hati rakyat. Atau Tok Mat tak dengar citer pasal minah gedik ni? Nampak sangat bila nak pilihanraya je muncul muka minah gedik ni. Dia teringin sangat jadi calon ke? Kita pakat pakat kalah kan dia. Dah ler skandal sekeliling pinggang. Ada hati nak jadi calon....Bosan.

    Ingatlah pesan kami ini. Jika inginkan BN menag kembali kerusi di Ampangan atau pun Sikamat, bukan Wan Salwati Calonnya. Jika tidak kita baikot dan sabotaj. Peristiwa 2008 akan berulang.

    Say NO TO Wan Salwati minah gedik.

    ReplyDelete
  4. Den dari dulu lagi dah cakap...sampai den kono marah dalam komen ni...si Salwati ni pandai interframe, ambil kesempatan. Den pun tak sanggup kalu calon BN/UMNO si minah skandal ni.

    Ni sibuk dengan program jelajah Puterinya ke rumah-rumah. Entah mana puteri yang dia bawa pun tak tahu.

    Sey setuju ngan Awang PENA tu. Nak sangat tok mat tgk hal sebenarnya di Bahagian Seremban ni. Suh tengok gak si Salwati yang bertopeng kononnya baik. Tok Mat saja buta dan pekakkan telinga ke?

    Kok nanti terjawab masa pilihan raya. masa tu tak guna menyesal.

    Awang PENA elok juga kita buat satu gerakan SAY NO TO WAN SALWATI.

    ReplyDelete
  5. Ni kisah MB ke kisah Wan tu?..ni yg den nk citer sikit pasal prgm kat Sikamat hari tu...den ingatkan ramai ler puteri yang dtg..ruponya adolah 5 6 korek yo...kok puteri tak pe ni ontah budak sekolah mano dio bawak.

    Nak tanyo jugak ni...betul ke sekarang ada gerakan dan pertubuhan SAY NO TO WAN SALWATI..dongar citer dah mulo gorak...mcm mano sey nak joint.

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Saya nak bertanya, yang saudara semua marahkan MB dan Wan Salwati ni kenapa?

    Jangan pula tak sukakan MB dan Wan Salwati sampai UMNO jadi mangsa.

    Sekurang-kurangnya mereka buat kerja dan amanah yang telah diberikan oleh parti dan kerajaan diatas jawatan yang mereka sandang.

    Kalau macam ni pemikiran saudara semua bermakna saudara memberi jalan mudah dan kemenangan kepada pembangkang menang.

    inilah budaya dan sifat yang ada pada orang orang kita yang tidak lari daripada hasrat dengki dan kianat.

    Apa faedah yang diperolehi sehingga sanggup membuat gerakan sebegini sedangkan kita sesama Islam dan parti (jika UMNO)

    ReplyDelete
  7. Anon 10:44 PM.

    Kenal ke siapa Wan Salwati Hj Abdullah ni yg beriya-iya nak pertahankan? Dia ni adalah manusia yg bertopengkan muka dengan sandiwara.Masuk program org secara sembrono. Datang dan buat prgm kawasan org juga main langgar aje. Kalu tak percaya tanyalah semua ketua2 kampung di bahagian Seremban.Semua tunggu masa aje. Konon sbg Ketua Puteri,mana ahli puterinya? Semua dgn dia budak remaja hingusan. Minah ni sebenarnya gila pangkat. Tp habuk pun x ada. Maan ahli puteri yang cerdik akalnya mana nak bersama dengan dia. Budak2 boleh ler dia gulakan. Tak percaya tgk masa dia bertanding Ketua MBN, semua budak2. Kalu Puteri anjurkan program pun budak2 yang datang. Yang cerdik je tinggalkan dia. yang bersama dgn dia semua yg tak cukup akal dan belum boleh mengundi.Kalu bab skandal usah ceritalah bertimbun2..dari ketua belia,pengarah jabatan, budak belia,penolong khas YB semua ada.Kalu nak cari pemimpin biarlah semengah sikit. Bukan mcm Salwati ni. Ramai yang tak sukakan dia ni sbb dah tahu kelakuannya. Cakap depan baik belakang lain yg dikatakannya. Tgklah muka dia tu sonbong. Ini kita nak jadikan pemimpin.Ibarat kita mencari calon isteri yg elok sifat dan tingkah laku serta sopan.Kalu x percaya tunggu gerakan SAY NO TO WAN SALWATI kita akan BONGKAR segalanya.

    ReplyDelete

Blog Archive