Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, December 30, 2013

Kedai Kain Kapan 1 Malaysia

1. Dua hari lepas Najib umum akan buka lagi 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) tahun depan. Secara peribadi kami dah melawat kedai kain 1Malaysia di Hulu Langat sejak dilancarkan tahun lepas. Ada jual kain pasang, tudung, kemeja, baju kurung etc. Tak pastilah sama ada kain tu semua barangan tempatan atau import, sebab kebanyakan label tiada 'made in' mana. Kalau kain yang dijual tu diimport...siapa pemegang AP kain? Jeng..jeng..jeng!

2. Pengarah Urusan KKR1M kata, kedai tu semakin mendapat sambutan kerana mereka menjual kain berkualiti pada harga rendah. Sebab tu nak tambah lagi 50 kedai tahun depan. Di Kuala Pilah pun dah ada satu KKR1M yang buka 18 Disember lepas. 

3. Tapi pada kami, jika dinilai dari sudut kualiti dan harga, rasanya kain 'made in' Cambodia dan Vietnam lebih berbaloi dibeli berbanding Kedai Kain 1Malaysia. Serius cakap...

4. Perlu ke diperbanyakkan kedai kain ni? Konon alasan nak tambah cawangan KKR1M sebab makmal NKRA kata kedai ni mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Biar betiikkk?

5. Nature rakyat Malaysia ni suka berjalan. Kalau rakyat (terutama kaum hawa) nak beli kain, mereka akan pergi Nilai 3, akan membeli belah di Sogo, akan ronda-ronda Jalan Tunku Abdul Rahman, akan pusing kedai kain yang berlambak di Tangkak, akan cari alasan nak tinjau Pasar Payang di Terengganu etc.

6. Umum tahu kalau pergi KR1M ke...KKR1M ke...bukan semua yang dijual tu murah. Hanya barang-barang tertentu saja murah. Yang lain sama ada harga sama saja dengan kedai atau pasaraya lain, jika tidak pun lebih mahal sikit, bergantung pada jenis dan kualiti sesuatu produk.

7. Sebenarnya rakyat tak perlukan KR1M, KKR1M ni semua. Apa yang rakyat perlukan, bila mereka keluar rumah bawak RM100, mereka boleh beli stok makanan keluarga untuk seminggu. Mereka boleh pergi mana-mana tempat yang mereka suka untuk membeli-belah, sama ada ke pasar malam, pasar tani, pasar basah, pasar raya, kedai runcit etc. yang dekat dengan rumah masing-masing tanpa perlu memandu kereta kerana harga minyak dah mahal. Sesambil rakyat keluar tu, jika teragak nak makan, mereka tak perlu bayar sepinggan bihun goreng + potongan kecil ayam + taugeh dengan harga RM5. Bila mereka teragak nak minum nescafe di kedai, mereka tak 'terpaksa' membayar hingga RM1.80 segelas.

8. Semua pun faham kos kehidupan tahun 70an, 80an dan 90an dulu sangat berbeza dengan sekarang. Tahun 70an dulu buat loan bank untuk beli rumah dan tanah pun cuma perlu bayar ansuran bulanan RM20 saja sebulan. Tapi hari ni RM20 sehari pun tak cukup nak bawak belanja pergi kerja.

9. Rakyat sangat memahami bahawa kos sara hidup sememangnya akan meningkat sesuai dengan peredaran masa dan zaman. Cuma rakyat tak berapa nak faham, kenapa kos sara hidup NAIK MENDADAK. Dalam masa SERENTAK (saja besarkan huruf sebab kenkadang yang bagi komen tak faham-faham) semua subsidi dan bantuan nak ditarik.

10. Rakyat tak kisah pun jika subsidi di tarik, tapi perlahan-lahan, bukan SEKALIGUS. Maksudnya rakyat boleh terima kenaikan harga barang tapi bukan dengan cara sedut subsidi sekaligus sebab ia akan menyebabkan kebanyakan harga barang naik mendadak.

11. Apalah salahnya kerajaan Najib tarik bantuan berdikit-dikit, contoh 6 bulan pertama tarik 5 sen, atau 20%. 6 bulan seterusnya tarik lagi 5 sen atau lagi 20% etc. Jadi peniaga sukar nak amik kesempatan dan rakyat sempat buat adjustment kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan dalam masa 2 bulan segala subsidi nak ditarik dan harga barang dinaikkan sekaligus. Itu nak bunuh rakyat namanya.

12. Paling merunsingkan rakyat apabila pendapatan isi rumah sedia ada, tak seiring dengan kenaikan harga barangan dan keperluan. Harga barang naik...gaji tak naik-naik...terutama di sektor swasta. Beberapa hari lagi nak bukak sekolah dah. Bayangkan betapa peningnya kebanyakan ibu bapa sekarang ni...

13. Najib perlu kurangkan produk SYOK SENDIRI 1Malaysia-nya. Sebelum PRU-13 bolehlah guna strategi promosi 1Malaysia. Tapi bila dah terbukti lepas PRU, BN masih gagal dapat 2/3 majoriti dengan undi popular yang rendah berbanding pembangkang, hingga kerusi majoriti mudah pun dah jadi sikit, lebih baik Najib pertimbangkan semula kempen produk 1Malaysia-nya yang ternyata GAGAL serta tidak mendapat tempat di hati rakyat majoriti. 

14. Najib perlu berhenti jadi Perdana Menteri yang syok sendiri dan hanya dengar cakap PEMANDU MABUK. Che Det siap bagi nasihat percuma untuk kesejahteraan rakyat tanpa minta Najib bayar RM7.2 billion pun. Nak ikut atau tak saja.

15. Ia sama ada Najib tambah 50 Kedai Kain 1Malaysia untuk kurangkan beban rakyat, ATAU kedai kain tu sebenarnya persiapan Najib untuk kapankan terus Barisan Nasional. Mana satu pilihan?

31 comments:

  1. Semua naik hanya hujan yang turun... bolehlah turunkan berat badan dan kempiskan perut lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat badan rosmah jugak yang tak turun2. masih gedempol macam dulu.

      Delete
  2. Najib mesti meletakkan jawatan serta-merta. Diikuti dengan pemansuhan PEMANDU dan Sekolah Vernakular sekaligus.

    ReplyDelete
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131230/re_06/Antara-BR1M-bantuan-bencana-kenaikan-harga

    ReplyDelete
  4. kekadang tak faham rakyat malaysia teritama orang melayu. kita ulas sedikit :
    1. gula naik - saya jarang jarang minum minuman bergula kalau minta pun kurang
    manis jadi gula naik tak kisah.
    2. minyak naik - ada bimbang sikit. tapi boleh kurang keluar jalan jalan setiap minggu
    3. astro naik - saya ambil package basic je jadi tak mahal sangat yang korang ambil
    full package mestilah mahal
    4. cukai pintu naik - tempat aku masih rendah lagi yang korang beli rumah banyak -
    banyak buat rumah sewa buat ape sal nak untung atas angin sekarang komplen
    5. tambang bas sekolah - tak leh wat ape untuk anak k je
    6. letrik naik - bimbang gak cuma kena jimat padam yang tak guna. hang pa pasang
    air con banyak2 kat rumah wat pe.
    7. tambang lrt naik - lrt ni mcm bas awam je naik skit je k lah
    8. air naik - tapi sal guna skit tak kesah ngat
    9. negeri aku jalan tak kena tol - lain lah kat selangor balik kampung pun setahun 3,
    4, kali je tak menjejaskan
    10. sayur naik - anak anak aku tak makan sayur aku pun makan skit skit beli pun
    jarang jarang kadang kadang kutip belakang rumah je. naik pun tak terasa sangat
    11. barang barang keperluan naik - aku sekeluarga jarang jarang masak selalu ta pau
    je beli pun tak simpan sangat mee maggi memang wat stok kalau maggi naik aku
    mesti marah nye
    12. gst nak mula - aku makan kedai pak mat tepi jalan je tak kan kena cukai gst kot kopitiam ke white house pakat aku tak masuk la nanti

    kesimpulan nya ; tak banyak beza kenaikan barangan kita ada kuasa membeli 65% orang melayu guna la kita dah tau ekonomi cina yang pegang kenaikan tak boleh elak beli lah kat kedai melayu jangan lah potong kaki seluar pun kat kedai cina. mana mana kedai jual makanan mahal tak usah masuk gi cari kedai lain. jangan merungut bincang cari jalan mulai sekarang kena berjimat cermat macam nenek yang baru kena rm 1 juta jimat-jimat dia boleh simpan rm 20,000 aku pun terkasima dibuat nya. tepuk dada tanya akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Paneh Miang boleh belajar dari sdr.Alhamdulillah saya dah pun amalkan lama formula mcam sdr.ni.Satu lagi formula tambahan, ialah saya tingkatkan usaha cari rezeki kurangkan releks

      Delete
    2. Iyolah tu. Tang rakyat kono berjimat. Tang pemimpin boleh boros tak igt dunia. Bosan la baco komen hipokrit camni. Mahathir dah koba gov kena kurangkan kos, bukan naik hg brg. Kau igt suma melayu malas dan shopping kedai cino mcm ko ke?

      Delete
    3. Hehe. Penat besarkan huruf, siap tulis dalam kurungan lagi, tetap dpt komen yg tak faham bahasa mcm anon 4.54pm. Haha. Lotih. Wa surrender!!

      Delete
    4. Betul tu,kalau ada duit simpanan RM 10,000 ke 20,000, melaburlah di tempat yg selamat macam nenek tu,mana tahu Allah beri rezeki,kalau tak dapat yg berdentum tu dapat dividen tahunan puk membantu juga offset kenaikan harga sedikit sebanyak.Saya pun dapat sikit durian runtuh dari hasil pelaburan baru-baru ni,sebelum piliharaya dulu saham tengah jatuh saya ada beli saham Adventa harganya .35 sen se unit ikut nasihat rakan yg pakar dlam bidang ni.simpanan ada RM 15,000.jadi boleh beli 40,000 unit.Sekarang saham tu dah naik jadi RM 1.05,dah jual pun ambil untung,goyang kaki je untung lebih kurang Rm 25,000 .Ni nak tengok-tengok pulak mana saham yg masih rendah,ikut analisa tahun 2014,ekonomi dunia pulih dgn lebih baik,tentu ekonomi Malaysia pun turut berkembang.Untung yg RM 25,000 tu boleh labur balik,modal tu simpan masuk unit trust yg lebih selamat.

      Delete
    5. Harga barang nak naik, nak buat gst pon lantaklah tapi rakyat Malaysia ni suka merantau & bila tgk negara2 lain boleh beri kemudahan selesa kepada rakyat & rakyat pun happy kebajikan dijaga, hasil negara dimanfaatkan utk rakyat, bukan utk bail out company cronies, barulah rakyat Malaysia tak bising. Sesiapa nak mencekik maggi sampai mati pon makanlah tapi bila Malaysia ni kaya dgn hasil bumi tapi Malaysia tetap terpaksa cukaikan rakyat mcm negara2 yg takde hasil bumi, sebab tak pandai wang negara, memang patut la darah rakyat naik!

      Delete
  5. Bukak byk2 kedai kain pun bukan rosmah beli tudung situ pun. Dia tetap jugak beli rambut palsu.

    ReplyDelete
  6. Rakyat Malaysia lebih 25 juta,yg tak nak beli kain tu tak yah lah beli,tapi ramai lagi yg mungkin mahu beli,kerajaan tak perlu ikut selera kita sorang.

    ReplyDelete
  7. beli kain ela, mahal nak upah buat baju kaen.. beli yg siap lagi murah.

    ReplyDelete
  8. Banyaknya pahala kak rosmah dapat..alhamdulilah...

    ReplyDelete
  9. Kenapa tak sokong usaha kerajaan yg baik ini..sedih tengok masyarakat melayu hari ini hidup dengan tujuan...iaitu benci..benci..benci..sampai otak pun biol..mudah sangat percaya cerita2 yang sebenarnya lebih merupakan fitnah. Kenapa tak benci dgn salah laku pembangkang yg jelas membohong rakyat dan menindas rakyat secara terang terangan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 benda membohong rakyat & menindas tu terang2an kerja BN, jgn nak tukar fakta pulak. Kalau ada bukti, tulislah.

      Delete
  10. Paneh;
    Den raso apo yg anon 4.54 tu tulih memang topek kalau kito amalkan sikap kesederhanaan dan berjimat cermat.Komen dio memang bolih dipakai dan nampak torang dan nyata yg beliau amat memahami bahasa yg sdr utarakan dan Den nak peringatkan pada sdr tidak selalu pendapat kito tu boto dan ditelan bulatx olih org lain dan semestinya mendapat tindak balas saperti komen dio.....tak kan perkaro sikit cam ni pon nak surrender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpolah. Kok org lebih paham tersurat berbanding tersirat nak buek camno. Bukan sumo org mampu mena'kul between d lines ni yo tak? Heh!

      Delete
    2. Ingat la pada yg miskin bertambah miskin & yg kaya makin kaya. Tak pernah fikir ke mana pergi duit kauntungan Petronas? Kenapa tak digunakan utk bantu rakyat?

      Delete
  11. setuju dgn anon 4.54pm, 5.48pm belajarla berjimat

    ReplyDelete
  12. ;););) Paneh, tak rugi berjimat. Poket pun kembung

    :Dsarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bagus berjimat ni. Tapi pado maso samo ado plak duit gomen bukak sampai 50 kedai kain kan? Pandai tul gomen berjimat. Berapi kos habis duit cukai rakyat nak setup sumo kedai tu agaknya?! Kenapa tak bantu saja kedai kain Melayu sedia ada drpd membazir setup kedai baru. Hmmm...

      Delete
  13. Paneh,
    Ni nak beri peluang Melayu berniaga sikit,taklah di monopoli olih NAGOYA dan JAKEL saja.Kalau duit rakyat digunakan untuk membantu rakyat terutama orang Melayu apa salahnya,tak kan Sdr nak halang bangsa sendiri maju.Betul ke sumber kewangan ini dari cukai rakyat saja atau dari sumber pendapatan lain,sebab saya pun pembayar cukai,nak tahu juga.....tolong explain sebab main speculate dan tanpa bukti sahih kreditability sdr mungkin dipersoalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudaraku paneh,

      Den pun nak pertikai kredibiliti kau paneh. Tapi sobab den teringat perbualan kito hari tu, tak jadi la den nak pertikai. Lobih baik den pertikai kredibiliti menteri najib yang jawab isu macam orang tak sekolah. Lobih baik den pertikai kredibiliti najib yang umum 11 perkara penjimatan kononnya padahal dalam penjimatan tu banyak bunuh kontraktor kecil melayu...orang umno sendiri. Bangang ya amek. Lopeh tu kabarnyo najib nak pi australia hari ni. Rakyat mengamuk hargo barang naik, dio sodap2 pi bercuti. Camno nak kobar an tu?

      Tumpang lalu yo.

      Delete
  14. haa..betul kan..kenape tak bantu kedai macam zulda masri kat ampangan tu..kenapa nak setup kedai baru...sapa dapat permit import kain 1malaysia..berapa ramai pengusaha melayu terlibat projek kedai kain ni...kalau kr1m maidin yang monopoli...kkr1m sape plak monopoli?

    ReplyDelete
  15. Projek nak kayakan kroni jugak ni. Sedarlah wahai rakyat Malaysia yg kerajaan BN tu dah sebati jiwanya berniaga dgn rakyat. Duit negara dibuat mcm duit mak bapak dia. Bila duit dah kering, rakyat yg tanggung. itulah kerajaan drp neraka jahanam & akan terjun ke neraka jahim.

    ReplyDelete
  16. Pencapaian didahulukan...

    Tahniah BN @ Barang Naik

    ReplyDelete
  17. Sdro,
    Den poning,apo yg BN buek sumo tak botol,komenlah sikit apo yg PR buek kek Sgor,Png dan Kltn,sampai gaji dan cukai pintu naik melambong,sonyap ajo....tak adil lah cam ni.

    ReplyDelete
  18. rkyat disuruh beli kain tak.berkualiti.....bini2 menteri shopping kat london...singapore..

    ReplyDelete
  19. kenalah tgok selama hidup ni brapa banyk Kerajaan dah bantu..Dulu blajar kena bli Buku skolah x? Mak bersalin kena byar 1000 ke idak ? Duit myak dpt subsidi ke idak? xkanlah semua nak mnerima ja, berilah ckit kelonggaran/sumbang negara. Yang duk bising2 GST ni pun cita ja kuat, tapi GST tu x kena ke dia pun.. g klinik byar singgit gak. jangan duk mengikut ja apa org cakap. Org bising, kita Bising. Tp x tau apa pon. Bila Kerajaan bagi, senyum ke telinga. Balik umah caci maki Kerajaan. Padahal anak g skolah kerajaan. Bini keja kerajaan.Diri sendiri pun keja kerajaan. Selama lahir di dunia ni , mak ayah, anak bini dpt makan hidup selesa dgn duit kerajaan, tapi...?ntahlah. Manusia ni kalau dapat sejuta setahun pun x kan cukup, xpenah puas. Bersyukurlah dengan apa yg kita dapat hari ini... Semoga ALLAH satukan kita semua khususnya Org MELAYU ISLAM yg kian berpecah sekarang ni.. Amin.

    ReplyDelete
  20. Subsidi untuk bahan bakar fosil terbesar di dunia terdiri drpd negara iran, india, arab saudi, india, rusia dll. Negara yang benar 2 manafaat masa dan peluang untuk pembagunan dalam negara adalah Malaysia.

    ReplyDelete

Blog Archive