Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, December 16, 2013

Mohamad Hasan Tersinggung

1. Mohamad Hasan khabarnya bertanyo pado the balaci's...sapo deh Paneh Miang ni? Tapi takdo sapo pun yang bonar-bonar tau. Sumo eh main agak-agak yor.

2. Antaro agenda penubuhan unit media siber yang di'keparat'kan oleh UMNO N9 adalah untuk melawan blog seperti Paneh Miang. Kalau tak faham mengapa disebut keparat, boleh rujuk sini.

3. Mad Hasan khabar eh tersinggung sungguh dongan Paneh Miang. Tersinggung tang mano tu tak taulah. Tapi dongar eh memang dio kocik ati dongan kami.

4. Kalau OutSyed The Box dapat tanda merah daripado pengampu PM untuk blog yang tak friendly Najib; Paneh Miang dah lamo dapek cop hitam daripado Mad Hasan and the balaci's. Dah lamo Paneh Miang dianggap blog pembangkang oleh balaci's Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tapi yang hairannya, hanya geng Mad Hasan dan KJ saja yang beranggapan begitu. Yang tak geng cakap lain pulak. Heh!

5. Tak kisahlah Mad Hasan nak anggap Paneh Miang musuh ke apa. Cuma kami nak tanya Mad Hasan, pernah tak dengar ungkapan "Untuk mengetahui kelemahan diri adalah mendengarnya daripada musuh"?

6. Jika Mad Hasan berhajat mendengar puji-pujian, bodek-bodekan, ampu-ampuan, bolehlah tanya pada the balaci's yang banyak disekelilingnya. Kami di Paneh Miang tak mampu nak buat begitu kerana kami akan bercakap daripada aqal turun ke hati, dan dari hati terpacul di blog.

7. Sejak 2008 blog ini beroperasi, setelah lebih 3 ribu posting diterbitkan, pernahkah Mad Hasan and the balaci's baco kami menentang UMNO? Pernahkah terbaco blog ini mengkritik UMNO sebagai sebuah parti?

 8. Apa yang kami kritik adalah pemimpin dan orang UMNO. Adakah semua pemimpin UMNO menjadi sasaran kami? Dah tentulah tidak, sebab ramai je pemimpin UMNO yang tak pernah kami balun. Sobab apo? Sobab takdo isu la poik.

9. Yang menjadi sasaran kami adalah pemimpin UMNO yang lari daripada idealisme perjuangan, yang rendah akhlak, yang membusukkan namo UMNO, yang cakap tak serupa bikin, yang depan Melayu cakap berdegar-degar kononnya dialah ultra Melayu, tapi di belakang Melayu habis semua harta negara dikolokai bersamo Cina. Tu deh.

10. Kami berani bercakap sebab kami bukan setakat buat kerja untuk UMNO di alam maya saja. Kami berada dalam circle UMNO dan berjuang sejak sebelum PRU 1999 lagi. Pada saat di umum keputusan di setiap PRU, kami sudah membincangkan strategi apa yang akan dibuat 5 tahun akan datang. Seminggu selepas PRU, kami dah mulakan kerja bagi memastikan UMNO menang di pilihanraya mendatang.

11. Kami bukan seperti Najib yang bermuka terkejut, malu, tak percaya dengan kegagalan sendiri hingga terpacul ayat "Tsunami Cina" dan "National Reconciliation" saat mendapat tahu BN tak dapat majoriti 2/3. Ketika Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO masih kalut terkujat, kami ketika itu sudah mengatur pelan tindakan untuk PRU seterusnya.

12. Dua bulan sebelum PRU, kami tidur lepas subuh setiap hari. Sebelum jam 10 pagi dah bangun semula untuk mencari sesuap nasi disamping kembali melakukan gerak kerja kempen. Tak sampai 4 jam pun tidur setiap hari selama 2 bulan sebelum PRU. Sepanjang tempoh berkempen, kami buat kerja-kerja yang tak sanggup dilakukan sendiri oleh orang UMNO bagi memastikan UMNO kekal memerintah demi kelangsungan bangsa dan agama kami.

13. Kami tak mintak pun penghargaan daripada pemimpin UMNO. Kami tak heboh pun publish gambar 'berlakon kerja' untuk di tayangkan di blog dan facebook, atau menempel di celah-celah pemimpin UMNO semata-mata inginkan habuan dan ganjaran. 

14. Jika ada pun yang 'simpati' menghargai usaha kami, dihulurnyalah 2-3 ratus. Dua bulan buat kerja gerila macam nak mampus, tak cukup tidur sampai ada yang sakit demi untuk menangkan parti, hanya dinilai dengan 2-3 ratus saja? Kos sewa bilik untuk Rosmah karaoke pun lebih banyak dari tu. Heh!

15. Tapi kami tak merungut pun atas nama perjuangan. Walau the balaci's boleh pakai kereta mewah dan rumah besar, tapi kami tetap percaya setiap rezeki itu adalah daripada Allah. Kami percaya 'kipas' Allah lebih hebat daripada 'kipas' pemimpin. Ingat kisah semut dengan Nabi Sulaiman?!

16. Justeru kalau Mad Hasan baru nak rasa tersinggung dengan Paneh Miang, kami nak kobar, KAMI LAGI LAMA TERSINGGUNG dengan pemimpin UMNO!! 

17. KPI kami mudah saja, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memandu kenderaan sepertimana kereta yang dinaiki oleh pemimpin UMNO, selagi MAJORITI orang Melayu tidak memiliki kediaman sepertimana rumah yang dihuni pemimpin UMNO, selagi wang ringgit MAJORITI orang Melayu tidak setara dengan harta yang disimpan pemimpin UMNO, selagi itulah kami akan anggap PEMIMPIN UMNO GAGAL!!

18. Jadi Mad Hasan tak payahlah buang masa nak tersinggung dan kocik hati dengan kami. Tak payahlah setup the balaci's untuk menentang kami. Jika terasa nak tahu kelemahan diri, rajin-rajinlah baca blog kami. Ingatlah pesan hikmah Abul Hasan As-Sadzili, "Jika ada musuh yang bisa mendekatkan kamu kepada Allah, maka hal itu lebih baik daripada teman akrab yang menjauhkan kamu daripada Allah."

19. Dan kepada the balaci's, ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, "Apabila secara kebetulan kamu menjadi orang yang dekat dengan penguasa, maka berhati-hatilah kamu seolah kamu sedang berdiri di atas pedang yang amat tajam."

20 comments:

  1. Pemerintah bagai api. Jauh dpt hangatnya, dpt terangnya; dekat terasa panasnya, tersilap terbakar pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hangus pun boleh gak tu

      Delete
  2. Saya setuju dengan komen di atas.

    ReplyDelete
  3. Kesilapan besar Pemimpin UMNO (bukan semua), ..ingat!!! Pemimpin UMNO adalah menggunakan(memperalatkan) parti untuk mendapatkan danmempamerkan kemewahan diri dan keluarga. Kesilapan besar Pemimpin PAS (bukan semua)....ingat!!! pemimpin PAS adalah menggunakan (memperalatkan) agama Islam untuk meraih sokongan. Kedua kelompok parti orang Melayu (UMNO dan PAS) merugikankan orang Melayu yang masih ketinggalan dalam serba segi terutama yang tinggal di luar bandar. Pemimpin politik UMNO dan PAS jika tak berubah akan merugikan orang MELAYU....pantangan utama setelah ajdi pemimpin adalah kalis teguran dan menyingkap kelemahan. Penasihat mereka tumpang semangkok dan menyalurkan yang baik2 untuk manfaat diri juga.....sayangilah bangsa MELAYU wahai pemimpin UMNO dan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan kita UMNO, PAS, atau sultan2. Kalau dengan memilih di kalangan sultan jadi ketua negara, Tanah Melayu dapat diserahkan balik pada orang2 Melayu, kerakyatan selain orang2 Melayu dapat ditarik balik saya akan memilih sultan. Kalau tidak nampaknya hanya UMNO yang lebih tidak merugikan dalam memakmurkan islam, bangsa dan tanahair.

      Delete
    2. andaikata dulu parti semangat 46 tidak dikuburkan sudah pasti lanskap politik melayu berubah total..sebab idealogi 46 tidak lari dari memperjuangkan bangsa melayu..jaka tidak mungkin umno sudah terkubur sekarang kerna kerakusan pemimpinnyan

      Delete
  4. Komen boleh jo...tapi buek fitnah...nnti ko raso jo ar d sabo eh...hehe....

    ReplyDelete
  5. Gomantar jgk mat hasan dongan paneh miang, ingtkn x do dpedulikkn, pado paneh miang, trskn usaho, u never walk alone,, hahah

    ReplyDelete
  6. Den raso la sayang tul kok tok mat ngan sang balaci buek musuh ngan ekau ni paneh. Tak tepikir ko nak guno kolobihan si paneh ni. Tapi yolah kok ekau masuk geng tok mat ni paneh, maun balaci sumo panasaran. Abih la dorang punyo periuk nasi takleh cari makan. Takpek la topak besulam gomuk tu nak nipu ghani lagi. Sok payah nak bayar bulanan keto ey yang mahal tu. Tetutup la peluang. Dari bagi kek paneh miang ni, baek dorang sendiri sakau.

    Tompang lalu yo waghieh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha balaci mat hasan dah tegugat ke?

      Delete
  7. Apo yg Tok Mat nak heran dgn paneh miang yg umpamo anjing menyalak bukit. Tak kemano pun. Org ghamai totap sokong Tok Mat sebagai Mb. Kok kau jdMb lg hancor Negori Sembilan ni. Kau nak sakit ati dgn org UMNO apo pasal. Kau pikir semuo pemimpin UMNO sajo yg hidup mewah ko. Puki omah kaulh. Kau poielh ddk Kelantan . Ghamai pemimpin pas yg kayo. Org pas mmg ghamai yg bangsat tp Husan Musa dan balaci pas ghamai yo yg kayo. Pkr pun mcm tu yo. Apo lh bangang bonar kau ni. Baik kau bantai cino yg kayo ghayo tu lbh baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha balaci @ tepak besulam gomok dah paneh. tesinggung gak la tu. haha.

      Delete
    2. mat hase meme tak heran. tapi si balacai sudah heran sama post paneh sebab tu tubik komen sini. hehe. paneh punggung la tu.

      Delete
    3. Salam waghieh den paneh.

      Kalu ikut si balaci ni tok mat tak heran. Hairannya kata tak heran tapi betanyo pulak pasal paneh miang. Inilah yang dikato bonci tapi riindu gak eh. Hehehe.

      Tumpang lalu yo.

      Delete
    4. balaci mat hasan punya bahasa mempu***** kan orang. tu yang dibolo bona dek mat hasan ni. buek oghang betambah bonci ngan umno. hidup pas.

      Delete
  8. UMNO ni hidup sebab kekuatan akar umbi, bukan sobab pemimpin. Pemimpin datang dan pergi tapi UMNO totap hidup sobab apo? Sobab akar umbi la. Hakikat inilah yang selalu pemimpin UMNO lupo.

    ReplyDelete
  9. hahaha balaci mat hasan dah paneh, pendapek den mat hassan bangang di bangang kan tepak bersulam gemuk, ghani pun bangang di bangang kan tepak bersulam gemuk, haiiii koba ahli koperat tapi masih gaji an tepak bersulam gemuk tu hahahahaha bangang nak mampuih kau ni mat hasan, orang bagi report kau yes yes jer, lingkup la umno ni esok sobab balaci bangang mat hasan ni

    ReplyDelete
  10. kenapo nak tersinggung abg mat hasan ....? relax la bawak bertonang dan istiffar byk2 ...apo yg dikabarkan oleh paneh miang ni adalah kenyataan ,,tapi biasolah setiap apo kenyataan tu pasti la pahit untuk ditolan tak gitu abg mat hasan ,,,,cumo satu yo abg mat hasan kono lah belajar jgn copek melatah ok nanti kan abg mat hasan gak yg nampak kelakar bilo melatah pasal bondo yg botol !!!!! hahaha jgn marah yo abg mat hasan ini sumo kono la lalui sebagai mb n kalo agak2 tak boleh tahan abg mat bole dah kasi org lain jadi mb lagi pun abg mat hasan pun kalo tak jadi mb dah bule relax tak kojo sampai mati duit abg mat hasan torlobih dari cukup dah ....

    ReplyDelete
  11. Statement no 17 adalah fakta yang perlu diberi perhatian. inilah hakikat dan kenyataan buat kerja atau bekerja

    ReplyDelete
  12. Kamil Carlos , Rommi pun dah cukup bunuh si Topak Bersulam tu. kato dah tercungap cungap tunggu mampos, Tak nampak batang idung dah,he he he...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive