1. Ada beberapa perkara yang kami ingat Najib sebut dalam ucapan penggulungan PAU 2013. Antaranya ialah "Kita tahu UMNO pun tidak sempurna", "Jangan apologetik ini hak kita!" dan "Kami tidak pernah rasis. Kami adil untuk semua...".
2. Ya memang semua pun tau UMNO tu tak sempurna. Mana ada manusia atau pertubuhan atau apa saja yang sempurna melainkan MAHA PENCIPTA. Dan tiada manusia yang maksum selain nabi di dunia ni, hatta Nik Aziz dan Pas pun tak maksum. Cuma penganut Pas saja yang menganggap Nik Aziz dan Pas itu sempurna dan maksum. Sebab tu semua yang Nik Aziz dan pemimpin Pas buat tidak salah di mata penganut mereka walaupun sangat jelas kesalahan yang dilakukan.
3. Najib kata jangan apologetik tentang hak Melayu. Nampaknya Najib kena nasihat sepupunya sendiri yang pernah apologetik Cium Keris Minta Maaf hingga kini melekat dengan gelaran Hisham CKMM.
4. Najib juga kata tidak menafikan hak orang lain tapi ramai yang masih skeptikal kerana Najib selalu cakap tak seiring dengan perbuatan. Memang betul Najib tak nafikan hak kaum lain, tapi pada masa sama banyak perkara yang Najib buat seolah menafikan hak Melayu sendiri semata-mata nak gembirakan kaum lain; hingga tergamak Najib merendahkan maruahnya sendiri.
5. Mana boleh lupa siapa yang gubal Akta Pendidikan 1996 yang menyebabkan kerajaan terpaksa memperuntukkan dana untuk sekolah vernakular dan terpaksa pula menanggung gaji guru sekolah vernakular. Sebelum 1996, sekolah vernakular hanyalah sekolah persendirian tanpa tanggungan kerajaan kerana ia termaktub dalam perlembagaan. Tapi Menteri Pendidikan 1996 sudah gubal akta semata-mata nak gembirakan Cina. Ketika itu UMNO dan BN kuat pun Najib dah terhegeh nak please Cina, bayangkan masa UMNO/BN lemah sekarang ni, apa saja mungkin sanggup dilakukan Najib.
6. Mana boleh lupa siapa yang terhegeh menjanjikan berjuta 'wang rakyat' di setiap kempen pilihanraya kepada sekolah vernakular. Siapa pula yang menjatuhkan maruah sendiri memukul gendang iklan Tahun Baru Cina. Perdana Menteri pertama mana yang tergamak merendahkan maruah berjumpa dan melayan Dong Jiao Zong. Kerajaan pimpinan siapa yang 'senyap' bila Islam, Melayu dan Raja di hina oleh kaum lain, tetapi bila Melayu membalas, terus diambil tindakan segera. Kerajaan pimpinan siapa yang mengiktiraf sijil universiti di China untuk diguna pakai di negara ini. Kerajaan pimpinan siapa yang membawa kaum lain menguasai Petronas dan GLCs sedangkan syarikat kaum lain sangat berkira untuk membuka peluang dan ruang kepada Bumiputera dalam syarikat mereka.
7. Memang Najib dan UMNO tidak racist dan adil untuk semua. Tapi yang ramai Melayu dok tanya, adakah Cina juga tidak racist dan bersikap adil terhadap Melayu selama ini? Sampai bila kerajaan Najib nak tunduk kepada segala tuntutan kaum chauvinist? Jika cina racist, adakah salah jika Melayu juga membalas dengan bersikap racist juga?
8. Tapi ada yang kami suka dalam ucapan Najib yang mahu pantau CEO GLC. Kata Najib, "Saya telah bermesyuarat dan berjumpa serta berbincang dengan ketua GLC, bahawa agenda permerkasaan bumiputera menjadi agenda nasional. Setiap CEO dan pengurusan GLC perlu melaksanakan agenda ini sebaik mungkin untuk memperlihatkan kesungguhan kita. Jadi ini KPI kepada CEO. Saya akan pantau ini. Akhir tahun, saya nak tengok kad laporan, skor kad. Kalau baik, baiklah, boleh sambung agaknya," katanya.
9. Cuma kami skeptikal, adakah Najib akan benar-benar pantau, atau hanya mengharapkan PEMANDU yang pantau, ataupun konsetan 7.2b yang pantau, atau janji Najib ini hanya sekadar nak jadi penyedap hati Melayu. Adakah Najib sedar apa yang sedang berlaku di Petronas hingga TDM letak jawatan? Adakah Najib tahu pelaburan yang dibuat 1MDB di Cayman Island yang turut dikenali sebagai 'syurga' penjenayah? Adakah Najib tahu apa Omar Ong buat dan bagaimana UDA menjahanamkan Bumiputera secara perlahan?
10. Ingat lagi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam yang dilancarkan Najib 14 September lalu? Intipati janji Najib dalam majlis itu pun masih tak nampak dimulakan lagi. Kini Najib dah buat janji baru pula nak pantau GLCs untuk agenda pemerkasaan bumiputera. Macamanalah Pribumi tak skeptikal terhadap Najib. Heh!
10. Ingat lagi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam yang dilancarkan Najib 14 September lalu? Intipati janji Najib dalam majlis itu pun masih tak nampak dimulakan lagi. Kini Najib dah buat janji baru pula nak pantau GLCs untuk agenda pemerkasaan bumiputera. Macamanalah Pribumi tak skeptikal terhadap Najib. Heh!
11. Sebenarnya ucapan penggulungan Najib di PAU 2013 boleh dikatakan bagus jika Najib tidak terlalu memuji 2 jasa isterinya. Mungkin Najib rasa tertekan atas segala kritikan terhadap Rosmah selama ini yang menyebabkan dia rasa terpanggil untuk memuji isteri sendiri di Persidangan Agong UMNO. Setahu kami yang selalu puji isteri sendiri dalam setiap ucapan di PAU dulu ialah Anwar Ibrahim sejak jadi Ketua Pemuda hinggalah Timbalan Presiden UMNO. Nampaknya Najib pun tiru Anwar dalam bab puji isteri sendiri di public. Buat orang meluat poik.
12. Jasa Rosmah yang Najib sebut tu sebenarnya tak salah pun. Keluarga 'mangsa' yang di bantu Rosmah pasti menghargai usaha Rosmah 'menyelamatkan' anak mereka. Cuma disebabkan terlalu ingin mempertahankan Rosmah, Najib secara tak langsung telah membuka pekong betapa lemahnya beliau selaku Perdana Menteri termasuk barisan kabinetnya dalam mengendalikan krisis yang dihadapi negara hingga terpaksa minta tolong bini.
13. Mungkin dah sampai masanya Najib lantik Rosmah sebagai senator untuk jadi Duta, jika tidak pun Menteri Luar. Ternyata menteri kabinet Najib tak berguna sehabuk kerana terpaksa bergantung kepada pengaruh Rosmah untuk menyelesaikan masalah. Disebabkan pengaruh Rosmah terlalu hebat hingga dikhabarkan mampu menarik pelaburan ke dalam negara, mungkin juga sesuai Rosmah dilantik terus menjadi Perdana Menteri menggantikan suaminya. Mungkin itu lebih praktikal.
14. Tidakkah orang UMNO terfikir publisiti Rosmah yang keterlaluan mungkin turut menyumbang kepada pengurangan undi popular BN di PRU-13 hingga BN gagal memperoleh kerusi 2/3? Ada sesiapa yang pernah buat kajian?
15. UMNO perlu walk your talk terutama dalam perihal yang melibatkan Melayu dan Islam. 'Lisanul hal' lebih berkesan daripada 'lisanul maqal' untuk kembali menawan hati rakyat di PRU-14. Tapi memandangkan hingga kini tiada perubahan ketara pun berlaku dalam UMNO, nampaknya 'transformasi' hanya sekadar slogan dalam mimpi sajalah.
I don't think Rosmah is sincere and genuine in what she is doing. Just taking advantage of her position as PM's wife. A humble person will use commercial airlines for her overseas trip. She is in it for the glamour and status.
ReplyDeleteOn PM comments that she assists to bring the students home, it shows the PM and his ministers have no respect from the Arab world. They should step down if they are not able to do their jobs.
Setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
Deletetk bole pakai la ckp Najib nie..melayu tetap kena tindas..contoh dh byk..tp apa tindakan yg di buat?? tk de beb..setakat cakap berapi itu ini bole la..
ReplyDeleteorang umno ada ke yang cerdik?
ReplyDeleteWarith,den mohon,
ReplyDeleteI LOVE PM.I LOVE PM .I LOVE PM.PM LOVE LOVE LOVE RM.
Tahniah kapada Ah jib Gor Gong.
Pelupor lifestyle Bangsawan jadi kutan IBDiLah dan KJ. .
Liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation Truly Asia 1M4U ,Tahniah.
Puji RM kerana PM ada lah suami FLOM.
Shahidan dan Jamil khir puji FLOM di majlis resmi dan Parlimen.
High nation sendiri bolih lah.16,000,000 orang melayu tak ada peluang High Income.
Marah MB Selangor,tapi tak marah CM Penang Multi Tongsan tongkang Turun Cinabeng
UMNO budayakan ampu ampu sana sini.
PM anggap Pau sebagai sendiri punya harta .
PRU yang akan datang Ah Jib adalah calaon terbaik mendapat 1 term Presiden 1 Term PM .
Bangsawan.
Lifestyle ikutan belia 17 tahun mengikut KJ.
Di hidangkan permata idola kecil fasbuk gajet hiburan menari untuk 365 hari -24 jam -7/11 dari pagi petang.
Hebat lifestyle ah jib kj ibdillah.
3.0 juta PATI/EXPAT sudah mengaku orang malaysia dan tak takut kapada penguatkuasa Malaysia.
Malah penguatkuasa takut kpd pati/pendatang/expat.
Lifetsyle yang di buru olih:
Se ekor llithuania,se ekor bosnia,se ekor lebanon,600,000 bangla,.
filipine,nepal.india,korea,jepun,nigeria,ghana,300,000 Iran,irak,kenya.,Columbia,Venezuala.
(Truly Asia) dan every one can fly AA TS TFFFFF.
Kemaruk nya Ah Jib akan kepujian melangit, hingga buat arrangement dapat AWARD -CULTURE OF PEACE OLIH GLOBAL PEACE AWARD.LAKONAN OLIH GLOBAL PEACE FOUNDATION- PENGERUSINI NYA----KAh KAh KAH TAN SRI ZALEHA ISMAIL !!!!!! Classic betul ajib ,arah sendiri foundation bagi award sendiri ,tebal betual kulit Ah Jib, macam IDI amin dulu,macam north korean punya great leader !!!!
Semua orang di persada world view akan puji Ajib GOR,kalau dapat NGO yang di biayai olih Ajib Gor Gong.
Great Leader !
Hebat sungguh Visi 1M ah jib gor Great Leader korea utara malu wei Endless possibilities !
Bangsawan setaraf Ah Jib Gor Gong,role model bangsawan 1M.
Ah Jib Gor the English Anglopile Finance Minister.
Sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of public tax payers monies saperti RM7.2 biillion bayaran kpd consultant.
Anak murid Xi PRC konon.
Maha Guru aH JIB GOR Gong .
TAHNIAH ,dapat arah GLC dan skim pension beli harta tanaha di ENGLAND - Ah jib gor gong - Orang putih celup..
Tahniah ah Jib Gor Gong,the best big spender award of Malaysia.(suka sendiri puji punya bangsawan)
Ah Jib Gor Gong,twitt twitt twitt lebih sikit lagi lah, hebat sungguh,mengkagumkan gandingan anda
berdua PM dan RM.
Hebat betul.NOW EVERBODY CAN TWEEEET TWEEEET TWEEEET.
TOLONG TWIT LEBIH SIKIT TWIT Lah.
arjuna waspada
changkat lobak.
Ingat Pak Lah yg paling terok, rupa2nya Najib lebih terok lagi, alah hai sebab tu lah dulu sekali dia pernah tunjuk gambar kucing kesayanganya, rupa2nya sekarang baru tau dia lembut, takut bini, jgn2 segala keputusan yang dibuatnya atas nasihat Rosmah, apa2 pun aku tabik dkt hang, Tuan bloger & A Kadir Jasin, berani bercakap benar walaupun kita menyanggah ketua kerana x semestinya segala yang dibuat olih ketua kita betul belaka demi Bangsa & Agama kita wajib bertanggung jawab sepenuhya.
ReplyDeleteSokong.....
ReplyDeleteSemoga Alah beri kekuatan kepada PM dan keluarga dengan ujian ini. Allah memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk berada di atas.. Allah menajatuhkan sesiapa yang dikehendakiNya. Allah Maha Berkuasa Maha Mengetahui siapa yang lebih layak... semoga Datuk terus berjuang dan jangan patah semangat.
ReplyDeleteAku tertarik kt artikel no 2, memang kita org pr x pernah anggap pemipn pr terutma PAS or PKR sebagai maksum tp ada ke lagak isteri2 pempin pr lebih dr suami sndiri cm big mama buat skrg ni?
ReplyDeleteSalam waghieh.
ReplyDeleteNo 14 tu den dgn kengkawan dah lama terfikir lps pru ari tu. Cukup2 la media bg publisiti melampau kat Rosmah. Betul ramai yang meluat termasuk orang umno sendiri.
BENSON & HEDGES
ReplyDeleteDah basi, semua orang tahu hal Ibrahim Azmi dan Viva Palestina tahun 2010 ni. `Ant daily' dalam entri dia cakap lain pula!
ReplyDeleteBukan le orang tak tahu, wikileaks pun ade hal ni tapi takde hal RostoMan ni! Nak cover pekung dinosor bukan mudah!!