Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 1, 2014

Guling kerajaan tak selesai masalah, TAPI...


1. 'Civil Society' atau dalam bahasa kita - masyarakat sivil adalah istilah yang semakin popular dikalangan masyarakat antarabangsa. Masyarakat sivil boleh juga dikatakan suatu idea yang mampu memberi impak kepada rakyat di sesebuah negara.

2. Masyarakat sivil ialah istilah yang sering diperkatakan di kalangan masyarakat yang sedang menuju era moden. Ramai yang bercakap soal masyarakat sivil di mana kesedaran atau tindakan itu datang sendiri daripada rakyat, tanpa perlu digerakan oleh pemimpin, NGO's, mahupun penguatkuasaan undang-undang.

3. Di Korea, dalam hal menjaga kebersihan di tempat awam, kebiasaannya ia dilakukan sendiri oleh masyarakat, tidak hanya bergantung kepada pekerja majlis etc. Contohnya jika sekumpulan anak muda melihat gula getah melekat di palang besi tempat menunggu bas, mereka sendiri akan kikis dan buang gula getah tersebut. Atau jika anak muda Korea melihat sampah di atas jalan, mereka dengan inisiatif sendiri mengutip dan membuangnya dalam tong yang disediakan, tanpa perlu disuruh sesiapa. Berbeza dengan anak muda kita yang hanya meniru fesyen K-Pop dan berhibur dengan muzik Korea semata, tanpa mahu meniru sikap anak-anak muda Korea.

4. Contoh lain dalam beberapa daerah di Jepun, apabila makan di restoran atau food court, pelanggan akan menyusun pinggan dan cawan yang sudah selesai digunakan di atas meja tanpa membiarkan ianya bersepah. Jika ada cebisan makanan atau air yang tumpah di atas meja, mereka akan bersihkan sendiri menggunakan tisu. Ini secara tak langsung memudahkan pekerja restoran atau food court mengutip pinggan mangkuk yang telah digunakan serta membersihkan meja makan. 

5. Contoh lain yang lebih besar seperti masyarakat antarabangsa dari negara-negara maju yang secara sukarela merentasi dunia dengan wang saku sendiri untuk membantu menyelamatkan mangsa gempa bumi di Gujarat. Kita juga pernah disaksikan bagaimana sekumpulan anak muda menyewa sendiri bot untuk menghalang pemburu dan nelayan yang membunuh serta menangkap ikan paus dan ikan lumba-lumba di Lautan Pasifik.

6. Persamaan peristiwa-peristiwa di atas - mereka ialah contoh masyarakat civil. Paradoks tentang masyarakat sivil ialah ia merangkumi pelbagai aktiviti yang kadangkala sukar ditafsirkan. Namun boleh juga dikatakan masyarakat sivil adalah kegiatan kolektif sukarela di mana masyarakat bergabung untuk mencapai perubahan dalam isu tertentu tanpa melibatkan mana-mana parti politik, walaupun masyarakat sivil hakikatnya mempunyai satu dimensi politik.

7. Satu ciri paling ketara dalam masyarakat sivil ialah kesejagatannya - ia mampu menjejaskan semua orang jika sesebuah negara memiliki rakyat dengan tahap kesedaran yang tinggi. Malah kehebatan masyarakat sivil mampu untuk mengubah landskap masyarakat secara langsung sama ada dalam negara atau kesannya kepada negara sekitar.

8. Mengapa den tetiba mengarut pasal masyarakat sivil ni? Sebab beberapa hari lalu ada kenalan den menghasut supaya bersama turun berhimpun untuk guling kerajaan sempena sambutan tahun baru 2014. Bezanya rakyat Malaysia dengan negara maju lain, kumpulan pendesak atau berhimpun di negara ini digerakkan oleh pemimpin dan NGO's, tak kiralah daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Jarang kita nak dengar segala usaha menyampaikan ketidakpuasan hati atau protes itu dilakukan atas kesedaran rakyat sendiri.

9. Berbanding masyarakat sivil negara maju yang tidak menggunakan kekerasan atau vandalisme semasa memperjuangkan sesuatu isu, rakyat Malaysia pula sukakan kekecohan, memusnahkan harta benda awam hingga menimbulkan kecederaan semasa berhimpun sepertimana yang pernah berlaku dalam siri kempen Bersih dulu.

10. Rakyat yang berhimpun untuk protes kenaikan kos sara hidup sempena sambutan tahun baru 2014 hakikatnya tidak digerakkan atas kesedaran sendiri, tetapi telah dicaturkan untuk berhimpun oleh parti politik pembangkang dan NGO's yang menjadi dalang serta mempunyai agenda tertentu.

11. Tak perlu pun berhimpun nak gulingkan kerajaan kerana sebenarnya banyak kaedah dan cara lain yang lebih berkesan. Jika rakyat benar-benar nak sampaikan mesej pada kerajaan sebab marah dengan kenaikan kos sara hidup, boleh saja tepat jam 12 malam, semua rumah padam lampu, biar Malaysia bergelap selama 15 minit misalnya. Itu barulah dinamakan masyarakat sivil yang bertindak atas kesedaran sendiri dan bukan disebabkan hasutan pihak tertentu yang disokong agenda asing.

12. Masyarakat sivil di Malaysia kalaupun ada, ia masih dalam kumpulan kecil yang tidak mampu mencetuskan impak terhadap sebarang perubahan yang diinginkan. Kesedaran masyarakat sivil di Malaysia masih terlalu jauh untuk direalisasikan dan mungkin memakan masa. 

13. Namun gerakan masyarakat sivil di negara ini perlu diperbesarkan peranannya supaya pemimpin politik di Malaysia tidak berbuat sesuka hati mak pak mereka. Guling kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah, tapi guling Najib mungkin boleh selesai separuh masalah. Heh!!

14 comments:

  1. Salam saudara. Satu isu menarik yang saudara bangkitkan. Ramai maklum civil society adalah gabungan atau kerjasama antara masyarakat tak kira bangsa & agama dalam perjuangkan sesuatu isu. Cuma yang sedihnya dalam konteks masyarakat Malaysia sendiri terutama Melayu cukup susah untuk bersatu walaupun isu yang patut diperjuangkan melibatkan bangsa dan agama Melayu tu sendiri. Cuba tengok perpecahan antara orang UMNO dan PAS yang sebangsa dan seagama. Demi nak tegakkan benang basah walau jelas terang dan nyata pemimpin kedua parti buat silap, tetap dipertahankan. Kadangkala sedih juga tengok orang Melayu kita macam ni. Apa pun benar cakap saudara kesedaran civil society di Malaysia masih jauh dan boleh dipupuk lagi.

    Saya peminat blog saudara, Sekurangnya membaca blog dari Malaysia membuatkan saya rasa hampir dengan tanahair.

    Salam dari Canada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih malaysian canadian kerana sudi singgah. Ada masa singgah la lagi.

      Delete
  2. Cor cadang, sapo yang nak dilotakkan ganti Najib? Ini soal nak nukar individu ko nak nukar parti yang pentah? Bondo ni kono joleh. Tu bebudak ket Dataran tu momokik ghogo naik, kos naik... memang elok tu pejuangan dio... sobab UMNO dogei tak begapo nak nongar cakap oghang. Tapi, tulah deh... pado maso yang samo, bebudak tu lalok leler... tak sodar dikudo an dek oghang... pembangkang yang ngaut untung! Sepatut ea dihajar bangso pekodai yang naikkan hargo barang tu... boikotkan kodai dio yang mano bulih! Dio memang musuh dalam selimut, dah lamo dio anti-Melayu anti-Islam. Nak buek apo laie bekawan ghapat bonar dongan dio? Memang oghang Melayu ni sonang bonar digulo-gulokan dek kapir ni... Jadi ea, kito kono buek sesuatu untuk menyatukan Melayu Islam. Jangan betokak laie. Bangso dio tu, tak kiro parti, totap bersamo. Siapo untung, siapo rugi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir ganti najib. Camno?

      Delete
    2. Polisi Mahathir ganti polisi Najib... Tulah deh...maso ado, tak dihargai, maso dah tak ado (dalam pemerintahan), baru sosal... Memang dulu pun gamai yang tak goma ket Mahathir eteh bebeghapo pendokatan dio tapi keseluruhan ea, dio memang berado di kelas dunio, dihormati kawan dan ditakuti lawan. Apo pulak keteh oghang lain?

      Delete
  3. nak harap bang nuar,gambar gay pon dia fav.nak jadi pemimpin kita???

    ReplyDelete
  4. Ingat tukar pm macam tukar baju ke?

    ReplyDelete
  5. MELAYU LUPA DIRI......itu kenyataan. Mereka yang menentang kerajaan pimpinan orang Melayu nak sangat merasa mereka ditadbir oleh bangsa asing. PAKATAN RAKYAT BUKANKAH DIBAWAH PENGARUH DAP? Tengok Penang tengok Selangor. Melayu sedang dihancurkan disana. Kalau mereka dapat memerintah Malaysia, Melayu nak lari kemana? Hutan pun dah habis gondol...maka akan merempatlah anak cucu kita nanti. Melayu Pakatan tak sedar bahawa mereka sedang dipengaruhi
    DAP sebenarnya mahu melaga2kan orang Melayu supaya bergaduh sesama Melayu agar nanti mereka boleh dapat majoriyi dalam PRU 14. Melayu PAS masih sanggup dianjingkan oleh DAP sebab pemimpin mereka sudah kenyang disogok DAP. ,,,, PERCAYALAH!! DAP memang banyak duit....mereka boleh beli negara ini kalau mereka mahu..apa sangatlah untuk membeli beberap orang pemimpin PAS ?!!

    ReplyDelete
  6. Idea yang menarik tetapi perbandingan masyarakat sivil di Malaysia dengan negara-negara seperti korea dan jepun adalah tidak begitu adil. Ini kerana komposisi masyarakat yg berbilang kaum di Malaysia ini sukar untuk mencerminkan 'single perspective' dalam apa jua perkara kerna perbedaan agama, budaya dan cara berfikir. Walaubagai manapun kita masih boleh dipuji kerna mampu untuk hidup bersama dalam perbedaan tersebut. wajar dikatakan kepemimpinan yg ada perlu diberi nafas baru. Cukup2 la dasar pemerintahan yg angkuh dan bongkak UMNO ala-ala diktator tidak boleh menerima teguran dan pandangan org lain walaupun untuk membangunkan Islam dan bangsa melayu sekalipun....Kaedah pemerintahan masih lagi bersifat retorik dan teoritikal tanpa impak yg progresif dapat dilihat oleh rakyat. Bila berbicara pasal Islam dan Melayu hanya menoleh kepada lembaran sejarah yg menunjukkan kejayaan lampau yg diusahakan oleh pemimpin terdahulu tanpa memikirkan yg lebih penting adalah apa yg akan terjadi pd masa akan datang...Tidak ada seorang pun yg mampu menegur kesalahan pemimpin dalam UMNO sendiri jadi perlu ada unsur-unsur luar untuk menyedarkan mereka...Bukan saya menyokong perhimpunan itu tetapi kalau itulah caranya bagi membuka mata kerajaan maka "no choice" sekurang-kurangnya mereka tersentak seketika...mereka berbicara pasal saluran yg betul...tapi apa salurannya? Media tidak bebas, konon ada facebook utk dekati rakyat tetapi bila komen dilontarkan langsung tidak diendahkan malah saya yakin bukan beliau yang maintain akaun tersebut....jadi apa salurannya? cuba bagitau? Kasihan la pada rakyat yang menaruh harapan yg tinggi pd pemimpin yg ada di saat jari-jemari mereka ligat memangkah kertas undi buat mereka tpi selepas itu bak habis madu sepah dibuang sahaja.....just remember "absolute power is on People's Hand" tunggu waktu dan ketika sahaja......walau apa pun satu hari nanti siapa yg adil pasti akan mengatasi kezaliman...itu janji Allah....wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sey cenderung utk setuju dgn saudara. Kalo ikut saluran yg betul mmg xde pemimpin yg nak dengar. Sbg tu kami buat blog. Kurang2 ada la impak walau x besar. Terima kasih.

      Delete
  7. Saya org Melayu penyokong Umno,tapi dalam diam-diam saya terus mempekasakan diri dan keluarga utk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan pemerentahan.Saya berniaga sendiri dan saya juga tidak menggalakan anak-anak saya utk berkerja makan gaji,terutamanya dgn kerajaan.Sekarang saya rasa saya sudah 'boleh',walau pun harapan masih mahu Umno/BN terus memerentah,demi kepentingan org Melayu,tapi ada juga sedikit rasa,'biarlah berlaku perubahan' demi MENGAJAR org Melayu yg teringin sangat mahukan kepada perubahan.Untung sabut timbul untung batu tenggelam,tapi saya rasa nasib org Melayu mejoritinya akan mengalami ' untung batu'.Mungkin sebahgian kecil org Melayu akan terkecuali,harap-harap saya di antara mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok meniaga tu bang. Sey pun niago, bebas tak terikek, demi maso dopan.

      Delete
  8. Kalau Nuar jadi PM..lunyai Malaysia bai oi..sapo yang paneh miang sekarang bai..?

    ReplyDelete
  9. Bab guling najib tu yang seronok dibaca. hehe - blog -

    ReplyDelete

Blog Archive