Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, January 15, 2014

Aku Mesti Kaya

Aku mesti kaya ialah stigma baik yang membarah dalam setiap kepala otak anak Melayu. Sejak PRU-1 hingga PRU-13, Kerajaan BN terus dibebankan pelbagai keperluan dan kehendak umat Melayu.

Wujud sekian banyak kementerian hingga terpaksa ditutup sebuah Kementerian yang berkepentingan untuk umat Melayu.

Belanjawan setiap tahun direkod peningkatan, walaupun tak melampau. Setiap tahun sejak 1970, diwujudkan pelbagai Agensi berpaksi kepentingan 153 yang semakin keliru sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Bilangan anak Melayu yang kaya sehingga hari ini jika ditamsilkan sebagai jutawan Melayu masih kurang daripada 1,000,000 orang. Tidak jejak pun 100,000 orang. Yang pasti bilangan mereka lebih daripada 1,000 orang.

Antara 10,000 - 1,000 orang Melayu ialah Jutawan. Ya kaya. Bilangan Multi-Jutawan Melayu pula tidak lebih daripada 100 orang. Jika benar, kumpulan jutawan Melayu ada 10,000 orang. Setiap jutawan memberi infaq-sedekaq-wakaf-derma (atau apa sahaja perkataan yang digunakan) sebanyak RM100,000 sebulan selama 10 tahun lepas, hari ini nilai kewangan Wakaf Islam tidak kurang daripada RM100 bilion. Tapi tak pernah ada lagi...

Bagaimana aku mesti kaya?

Sudah pasti tiada umat Melayu merempat dan bangsat dalam tanahair sendiri. Tahun 2014 ialah tahun-tahun dramatik yang menjanjikan pelbagai kesimpulan kepada tindakan-tindakan 10 tahun lalu. Begitu mencabar, namun umat Melayu terpaksa mengusung Keranda 153 ini.

Usungan 153 dan 3. Jom tawakkal minta pada Allah agar "Aku" kaya ilmu, duit, harta, budi, bahasa, jiwa, pekerti, hati, amal, ihsan, ilham, sikap, perangai, asuhan, hayat dan roh.

Hanya Allah sahaja melunaskannya, bukan Kerajaan UMNO-BN, bukan Tun dan bukan Raja-Raja Melayu. Tinggi fikrah Pendeta Za'aba pada tahun 1927 yang kini begitu ramai umat Melayu tidak ambil peduli.

1 comment:

  1. Ada makanan utk dimakan, ada pakaian utk dipakai, ada rumah utk berteduh, tambah lg ada kenderaan utk bergerak, tak miskin la tu.
    Kaya pulak, bila kita tidak mengharapkan, tidak mendambakan, tidak meminta apa apa kpd sesama makhluk.

    ReplyDelete

Blog Archive