Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 10, 2014

Pelancongan N9 HAMPEH!!

Tahun 2014 telah diisytiharkan secara rasminya oleh TS Muhydin sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM) dengan slogan Celebrating 1 Malaysia, Truly Asia. TS Muhydin dalam ucapannya yakin TMM 2014 berupaya menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan di negara ini dengan mensasarkan kemasukan sebanyak RM76 billion dengan jangkaan kemasukan pelancong ke negara ini seramai 28 juta orang.

Bagaimana aktiviti  pelancongan boleh dilihat sebagai salah satu bentuk industri di negara ini? Mudah sahaja. Jika ada 1 juta pelancong datang ke negara kita dan membelanjakan purata RM50 seorang di Malaysia, bermakna duit sebanyak RM50 juta telah mengalir masuk dan telah dijanakan di Malaysia yang boleh dikongsi oleh peniaga atau penyedia perkhidmatan yang di beli atau digunakan oleh pelancong-pelancong tersebut. Seterusnya peniaga atau penyedia menggunakan wang tersebut untuk membeli barang dari peniaga lain atau membayar  gaji atau upah pekerja, maka di sini kita lihat rantaian ekonomi telah diwujudkan. Sekiranya aktiviti ini disusun-sediakan secara sistematik maka terhasillah suatu sektor ekonomi atau industri berpaksikan aktiviti pelancongan yang boleh membawa hasil yang lumayan.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman makmur dan tidak ada bencana alam yang besar. CNN Travel mengiktirafkan Malaysia sebagai negara keempat destinasi untuk berbeli belah di dunia dan agensi yang lain pula mengiktiraf Malaysia mempunyai pantai dan pusat peranginan bertaraf 10 terbaik dunia. Selain itu, masyarakat berbilang kaum yang menpunyai adat resam dan budaya berbeza serta bermacam jenis makanan memberikan 'plus point' untuk pelancong datang ke Malaysia.


Namun dalam konteks Negeri Sembilan, adakah Negeri Sembilan berupaya untuk mendapatkan bahagian dalam anggaran kautan sebanyak RM76 billion tersebut? Lebih spesifik lagi persoalannya, berapa ramai orang Melayu di Negeri Sembilan ini berupaya dapat hasil dari rantaian ekonomi industri pelancongan ini?

Dalam persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Seremban dua tahun lepas aku pernah mengajukan soalan kepada Pengurus Besar PKNNS mengenai pembangunan usahawan muda dalam sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Tiada jawapan yang jelas diberikan oleh Pengurus Besar PKNNS pada masa itu walaupun diakui sektor pelancongan adalah suatu sektor yang boleh diterokai dan berupaya memberikan keuntungan lumayan kepada usahawan muda. 

Setahun sebelum itu aku tergelak semasa membaca laporan akhbar bila EXCO yang bertanggungjawab atas portfolio pelancongan pada masa itu merasmikan pembukaan restoran nasi arab di Paroi (sebelah rumah ketua UMNO cawangan Kg Dusun Nyior). Katanya, dengan pembukaan restoran seumpama itu boleh menarik pelancong Arab yang datang melancong ke Negeri Sembilan. Pada pandangan aku yang ramai makan nasi arab ini orang Melayu yang beralih selera nak merasa makanan arab bila dah jemu makan di kedai tom yam setiap hari atau orang Melayu yang berangan nak jadi orang Arab. Makan di restoran nasi arab pun nak berjubah bagai! Tup-tup 4 bulan selepas itu kedai itu gulung tikar sebab tak dapat sambutan!

Aku sempat melayari facebook Lembaga Penggalak Pelancongan Negeri Sembilan dan mendapati Negeri Sembilan mengetengahkan PD sebagai pusat peranginan, Nilai 3 sebagai destinasi beli-belah, Inap Desa seperti Homestay Pelegong, pameran di muzium –muzium dalam negeri, hutan lipur dan kraftangan. Di samping itu ada juga program seperti panjat gunung, berkayak, konvoi yang dianjurkan. Lebih kurang itu sahaja yang diketengahkan oleh Negeri Sembilan. Jika itu sahaja, maka amat sukar untuk usahawan Melayu untuk memulakan perniagaan berpaksikan aktiviti pelancongan kerana kekurangan kewujudan rantaian ekonomi. Apa guna buka perniagaan jika diketahui ia akan merugikan?

Apa yang ingin juga aku katakan sebenarnya di Negeri Sembilan kita kekurangan strategi tersusun untuk mewujudkan tarikan bagi menarik pelancong datang ke Negeri Sembilan. Bila tiada tarikan bagaimana kita mahu mengharap pelancong untuk datang. Bila tiada pelancong, rantaian ekonomi seperti di atas tidak dapat diwujudkan.Ketiadaan rantaian ekonomi menyebabkan usahawan Melayu akan ragu-ragu untuk mengusahakan perniagaan yang berpaksikan aktiviti pelancongan. Selain dari Port Dickson berapa kerap kita nampak pelancong asing berada di Seremban, Kuala Pilah atau Tampin untuk melancong? Adakah pelancongan di Negeri Sembilan ini hanya tertumpu di Port Dickson sahaja?

Untuk menghasilkan serta melaksanakan suatu strategi tersusun bagi pelancongan bukan hanya terletak di bahu Lembaga Penggalak Pelancongan Negeri Sembilan (LPPNS) semata-mata walaupun egensi tersebut boleh berperanan sebagai Koordinator bagi pembangunan industri pelancongan di Negeri Sembilan. Ia memerlukan garapan kerjasama dari pelbagai pihak untuk merencana, membiayai serta perlaksanaan sesuatu tarikan pelancong. 

Contohnya, mewujudkan tarikan memancing ikan di Empangan Talang di Kuala Pilah. Mesti ada kelulusan SAINS bagi membolehkan pengusaha menjalankan operasi bot atau feri pemancing di Empangan tersebut. Mesti ada tempat seperti Resort atau tempat persinggahan di bina dan ini perlu kelulusan dari Pejabat Daerah Kuala Pilah. Untuk adakan bot atau feri atau membina Resort perlu ada pembiayaan. Apabila semua itu wujud dan dengan pengiklanan yang agresif bersepadu serta sistematik yang diterajui oleh LPPNS, barulah pelancong dalam dan luar negeri akan tiba. Pada masa yang sama ini direalisasikan LPPNS perlu berperanan setapak lagi untuk mengenalpasti usahawan di Kg Talang atau berdekatan untuk mengusahakan industri inap desa bagi menampung keperluan pelancong-pelancong yang berbajet kecil untuk menginap, mengenalpasti usahawan untuk menjual kuih atau makanan tradisi kepada pelancong, usahawan yang boleh menyediakan kelengkapan dan keperluan memancing, yang boleh menjual momento dan T Shirt "I wuz at Talang" dan sebagainya. 

Inilah perspektif potensi rantaian ekonomi yang dimaksudkan di atas diaktifkan.Dari inap desa hingga ke jual T Shirt jika diberikan kepada orang Melayu, orang Melayu di Kg Talang sekurang-kurang mendapat limpahan hasil dari aktiviti pelancongan tersebut. Katalah, 1000 orang pelancong datang ke Empangan Talang dan membelanjakan purata RM50 seorang untuk tempoh 1 tahun, sebanyak RM50,000 berpusing untuk manfaat orang-orang Melayu di Kg Talang di tahun tersebut!

Mengambilkira apa yang ada pada masa sekarang, bolehkah TMM 2014 menjana hasil kepada ekonomi orang Melayu di NS? - Moklan.

4 comments:

  1. Pm buat perkampungan organik jauh dari pemancar telekominikasi dan bau petrokamikal sewa resort kepada orang kl sakit jangtung darah tinggi buah pinggang dan sakit saraf. Sewa dalam 4 bulan ulang alik ke tempat kerja naik keretapi buat sekolah di resort. Omakkauu bukan sakit denggi kencing tikus saya agak banyaak terdedah cahaya screen lcd led komputer.

    ReplyDelete
  2. Kang air mineral eden pun patut boleh dijadikan satu tarikan pelancungan fi negeri sembilan

    ReplyDelete
  3. Buekla resort macam kek sunway lagoon ko....morib goldcoast ke...ini diarahnyo kito ke podeh adoi aiiii

    ReplyDelete

Blog Archive