Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, January 21, 2014

Sama ada Najib @ Tanah Melayu yang bakal terkorban? Pilih salah satu!

Najib sila jawab isu besar ini. Gagal menjawab, inilah petanda Najib WAJIB letak jawatan!! Eric Paulsen dan Aziz Bari perlu di Kemunting-kan. Rupanya masih ada peguam "lopong" dalam Tanah Melayu. 

*********

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.

Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

"Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.

"Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) dan Kes Lain.

Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam.

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

"Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

"Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”

Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

"Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen.

"Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati.

"Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen.

Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman.

Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri.

"Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.

Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri menegaskan pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10 perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengatakan Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport masuk ke dalam negara. – 20 Januari, 2014.

7 comments:

  1. Ini adalah satu cara bebal dan bingai Najib Razak yg masih dengan kapla batunye yg tidak mahu ISA di kembalikan. Inilah PM yg masih tido dlm jaga. PM yg tak pedulikan nasib kaumnye sendiri yakni Melayu. ISA harus dikembalikan utk membendung tindakan parti2 komunis yg bermata sepet dr pijak kepala melayu. Eloklah Najib segera berundur,kami org melayu dah fed up dgn pentadbirannye yg gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia patut berundur kerana bersikap seperti pondan.Pemimpin yang tidak peka dengan isu-isu semasa yang boleh meletup bila-bila masa jika dibiarkan berlarutan tanpa tindakan yang pantas oleh kerajaan.

      Delete
  2. Hari bila si Ahjibgor Kangkong dan kak Mah kena BOO oleh orang ramai di stadium baru baru ini,ia tanda orang Cina sudah tak ada kehormatan kepada bangsa melayu dan juga kepada Perdana Menteri. Sekarang kita kena tunggu apa lagi IMBUHAN yang Ahjibgor Kangkong hendak bagi kepada orang cina agar mereka menyukai nya.
    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni kuat perkauman la

      Delete
    2. Bukan tak hurmat pada Melayu......tapi pada Najib n Rosmah... jgn ada sifat dan sikap perkauman...jadi lah cerdik membezakan nya...

      Delete
  3. Sikit-sikit ISA, sikit-sikit ISA! takder modal lain ke puok2 mu ni? Suruh dan desaklah kerajaan pinda perlembagaan supaya Islam dan Melayu didaulatkan dalam perlambagaan, biar takder orang boleh pertikaikan. Cara ini kan lebih cerdik bunyinya!!!l

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2/3 majoriti pun bn x dpt, macamana nak pinda perlembagaan? Sapa yg tak cerdik sekarang?

      Delete

Blog Archive