Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, January 17, 2014

Areil Sharon Dah Mampos, Mossadnya Bertuan di Malaysia

Ariel Sharon sudah ditanam, dan bumi Israel berlaku gempa bumi, semasa acara kuburkan "bangkai bernyawa" yang Allah hadiahkan untuk pandangan umum selama lebih 8 tahun , sejak 2006 dia diserang strok yang begitu dahsyat.

Nah, maka gerakan mossad di Singapura mungkin sedikit terjejas kerana terpaksa mengatur gerak bearing kiblat mereka di Israel dan White House.

Soalnya, apa kena mengena dengan pengarang Charles Allers yang mendukung dan menjunjung manusia bernama Anwar Ibrahim?

Sunggu tidak terkejut, Pak Sedaro bila makin ramai penulis fahaman Freemason dan bersetuju dengan Syiah meneroka ke dalam saraf fikir umat Melayu.

Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari, Sheikh Muhammad Fuad, Sheikh Murtadza merupakan ahli-ahli ilmu sufi dan teologi yang menolak "kebejatan sosial dan akidah" Syiah di Malaysia. Baik, namanya Syiah tarekat Khomeini, Syiah wafaq huruf, Syiah Imam 12, Syiah Ismailiyah, Syiah Ziddiyah, Syiah Jaffariyah dan pelbagai kumpulan Syiah...yang sudah diwarta sebagai "bahawa Malaysia berpegang kepada faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Imam Mazhab Syafie", mana-mana yang tidak bersetuju dengan fahaman ASWJ di Malaysia, boleh keluar daripada tanahair ini.

Jangan sibuk menyusahkan rakyat teramai dan pengikut taat ASWJ. Ternyata jika fahaman dan anutan selain ASWJ, yang semakin liar dan secara akidahnya tidak mengikut pedoman 4 Imam Mazhab iaitu Imam Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafie...mako "TERKELUARLAH DIA, hingga dia ulang kembali dan bertaubat dengan pengakuan asal iaitu "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".

No comments:

Post a Comment

Blog Archive