Sempena cuti Maulidur Rasul ini, apa kata kita cuba satu resipi turun temurun di Seri Perdana yang sesuai dihidangkan untuk makanan seisi keluarga. Bahan-bahannya ialah;
- Seikat sayur KANGKUNG yang dah turun harga 15sen (terima kasih kerajaan)
- 100 gram ikan bilis
- Sepotong belacan
- Seulas bawang merah
- Satu atau dua ulas bawang putih yang siap ditumbuk
- Sebiji cili merah yang telah dihiris
- Secubit garam
- Minyak Saji keluaran syarikat FELDA
Cara membuatnya ialah;
- Tumbuk ikan bilis + bawang merah + belacan hingga sebati.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dalam minyak sebentar cuma.
- Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Kacau seketika dan masukkan pula KANGKUNG yang telah pun sedia dipotong.
- Masukkan juga bawang besar + cili merah + garam dan goreng seketika tidak terlalu lama.
Maka siaplah sudah menu makan tengahari ini iaitu 'KANGKUNG Goreng Belacan' yang sering menjadi hidangan utama di Sri Perdana yang dihidangkan bersama goreng Ikan Kembong berharga RM15 sekilo.
Selamat mencuba!
Kesian Najib dipersendakan oleh segolongan rayaatnya sendiri.......walaupun najib tu tak bagus dan lembik ....tak patut memperlinya .......sian dia ........tula kau ingat senang nak Jadi PM?
ReplyDeleteMemang patut pun diperli....tak sensitif...tak peka dengan realiti rakyat yang dihimpit kesusahan...pemimpin yang tidak berjiwa besar seperti bapaknya....well said.
ReplyDeleteAri ni aku makan kangkung.. Semalam kangkung... Kangkung je turun harga, bersaing dgn kangkung lombong.. Yg lain naik mencanak.. nasib baik ikan bilis tak disuruh tangkap anak ikan longkang, dijemur buat ikan bilis...
ReplyDeleteAla pa isu nye? Kagkung jew ponn. Besa la, apaa celeb buat, fikir, cakap jaadi ekutan. Apa la korang nihh, isu remeh pong nk diperbesrkan. Itu contoh jer pown,. Dah pm speech kt kg, contoh tu la sesuai dgn audience, perr. Klau kt kl, baru sesuai cth glc, stabak,etc...apalaaa. Tu yg penuh kay Starbuck kl, selangor, tk sape kecoh pown. Turun harga sgt ke kt sitew?
ReplyDeleteHehehe...standard org kampong terengganu ialah kangkung pada pandangan pm malaysia.
ReplyDeletelantak korang la. pm aku pm korang jugak. nak balun, ikut suka korang. sendiri jawab. akupun dah letih dan sedih mengenangkan 'skil' pm menjuarai hati rakyat dengan selalu mengangkat 'bola tanggung'. tak defensif tapi tak jugak ofensif. camane tu?
ReplyDeleteDulu paklah samdol jadi bahan ereka lah ni palaing teruk Ahjibgor dan fat Lady..Bonsai ..elok turun ajalah..semua program gagal..nkra jenayah gagal..rakyat masih rasa tak x selamat..harga barang semua naik yg turun hanya HUJAN dan KANGKONG..
ReplyDeleteYang mengusahakan penanaman kangkung cinabeng, yang membekalkan pun cinabeng, yang main harga kangkung pun cinabeng, bukan pasal cuaca je, ribut petir banjir pun, ontong tetap mau ontong. Itu kot yang tersirat.
ReplyDeletekalo harga kangkung pun tak boleh jaga, baik tak payah ada menteri kpdnkk. Harga barang ditetapkan oleh kerajaan tapi power takda. tgk roti canai kosong. tepung, air, garam dan minyak kelapa. uli pun pakai kaki. dulu harga sekeping 50 sen, skrg dah singgit. kalo harga roti canai kosong pun tak boleh tetapkan, weii berhenti lah jadi menteri.
ReplyDeleteKena sebut belacan tak dikenakan GST, dan terima kasih Kerajaan:-) (sila rujuk ucapan berkenaan GST, belacan ada disebut). Trend ucapan PM merapu semuanya angkara konsultan. Kalau aku di tempat PM, aku buang semua konsultan tu. Dengan Idris Jala sekali. Dah terbukti macam hampeh tapi gaji tinggi dan menghabiskan duit kerajaan.
ReplyDelete