Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, May 14, 2008

Melayu Terlupa

Orang Melayu sudah terlalu lama hidup selesa dan tidak peka lagi terhadap isu yang menyentuh masa depan mereka sendiri. Mereka beranggapan bahawa hak dan keistimewaan mereka akan sentiasa dilindungi dan dipertahankan buat selama-lamanya berasaskan mereka adalah peribumi yang mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Mereka merasakan bahawa perjuangan mengenai Melayu adalah satu sifat yang bertentangan dengan Islam kerana ia mencerminkan sifat asobiah jahiliah yang sesat. Isu Melayu bagi mereka tidak relevan dengan suasana global masa kini yang mengagungkan prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia yang tidak jelas perjuangannya. Akibatnya mereka lebih rela berbalah sesama sendiri daripada berusaha mencari titik persamaan bagi menjamin masa depan generasi pewaris bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa yang mentakdirkan jatuh atau bangun, hebat atau hancurnya sesuatu bangsa amat bergantung kepada nilai moral, perilaku dan tindakan bangsa itu sendiri. Harus diingat bahawa tidak ada jaminan bangsa Melayu mampu dipertahankan selamanya jika tidak ada perancangan dan pelan tindakan yang berkesan. Ada baiknya bangsa Melayu kembali mengkaji sejarah silam sebagaimana yang digambarkan dalam Al-Quran berkenaan peristiwa-peristiwa yang menimpa kaum ‘Ad, kaum Lut, Firaun, Haman, kaum Tsamud, Qarun dan penduduk Madyan.

“Apakah mereka tidak memerhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu dan Kami curahkan air hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (Surah Al-An’am ayat 6)

Ayat ini perlu difahami maksudnya dan digeruni amarannya. Ayat penggantian sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain disebut berulang kali dalam Al-Quran. Amaran ini dikhususkan kepada bangsa yang lalai, ghairah dan khayal dengan kehidupan duniawi hingga lupa kepada tanggungjawab dan idealisme perjuangan yang hakiki. Kegilaan terhadap kebendaan dan kuasa akan menjuruskan sesebuah bangsa itu kearah kehancuran lantaran hilang pertimbangan akal yang menjadikan mereka rakus, bakhil, mementingkan diri dan tergamak melakukan apa sahaja demi memenuhi agenda peribadi.

Justeru, bangsa Melayu kini perlu cepat sedar dengan kefahaman yang utuh dan menginsafi sejarah demi ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam dalam mencorakkan masa depan yang lebih gemilang. Ia perlu diperjuangkan sehabis daya agar bangsa Melayu tidak hancur dimamah bumi dan tidak hilang ditelan zaman.
Olahan daripada Hentikan Polemik Ketuanan Melayu

6 comments:

  1. Najib Pembawa Zaman Gelap

    …….
    Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.

    Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.

    Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib?

    Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.

    Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri.

    Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul.

    (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)

    Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya.

    Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir.

    Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.

    Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya.

    Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi.

    Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.

    Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.

    Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?

    Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.

    Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.

    Manusia seperti Najib ini adalah “model” (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.

    Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul.

    Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.

    Jadi siapa sebenarnya Najib?

    Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia.

    Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.

    Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam.

    Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

    Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena “jantan di barisan lain dan betina di barisan lain” - ia akan terjadi lebih daripada itu.

    Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.

    Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu.

    Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.

    Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze.

    Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.

    Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.

    Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.

    Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen.

    Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.

    Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?

    Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

    Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun.

    Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

    Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.

    Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation.

    Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.

    Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain.

    Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.

    Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

    ReplyDelete
  2. so ANO, apalagi, ko tampil la ke depan jadi perdana menteri...sure ramai nyer yang sokong kau lah...ape lagi...HIDUP ANO...

    ReplyDelete
  3. salam..

    saudara ano.. takut saya membaca tulisan saudara mengenai kepimpinan yang melanda UMNO ni..

    Jadi apa tindakan saudara?? nampaknya saudara tahu akan semua perbuatan mereka.. mungkin saudara antara orang yang paling hampir dengan mereka..

    marah benar tu.. marilah kita berjuang memperbetulkanya.. saudara pergi buat report ke BPR dengan perilaku najib tu.. biar BPR ambil tindakan..

    kalau saudara di pihak yang benar kenapa takut??

    ReplyDelete
  4. Seronok sangat kita bila menceritakan hal orang.. Semua kekurangan pasti akan didedahkan kalu boleh satu dunia nak tahu..

    Nasib baik Ano tak jadi Perdana Menteri.. Sebab macam2 dakwaan yang dia buat.. makanya sebenarnya itulah benda yang dia akan buat pasal dia dah terfikir perkara-perkara macamtu.. sedangkan orang lain takdelah plak..

    Jadi pemimpin ni sebelah kaki dah keneraka tau.. Layak ke kita nak menggantikan pemimpin2 ni.. Mampu ke kita.. Kalau kita dilahirkan sememangnya bukan untuk jadi pemimpin... Fikirkan lah.. Sumbangan apa yang nak diberi kepada NEGARA.. Jangan dok hentam sana hentam sini lepas tu diri sendiri tak boleh kena hentam... Pikiaq lah kawan.. Tq

    ReplyDelete
  5. Sori bro.. belum ada kesempatan nak buat artikel... Masih dalam proses... tq

    ReplyDelete
  6. Sedih den bilo orang mengadu domba, buek fitnah tanpo bukti. dakwaan mcm2. bilo suruh buek laporan ke pihak berkuasa tak nak plak. tapi kebanyakannya mendukung Islam yg suci.
    dosa fitnah lebih besar dari membunuh. hatta dlm hudud pun sblm menjatuhkan hukuman kepada pencuri kena dibuktikan dgn saksi yg adil, beriman etc. tapi kalo smua boleh buek dakwaan sesuko hati, mengato org sesuko hati, memfitnah sesuko hati...payah la camni.

    banyak cabaran pemimpin Islam hari ini termasuklah umatnya skali. adakah ini propaganda memecah belahkan org melayu Islam kat malaysia ni? serang pemimpin maka hancurlah rakyat. agak2 eh siapo yg iri hati kek kito ni?

    den sentiaso percayo, kalo Allah nak angkat seseorang pemimpin tu...mcmana sukar dugaan dan ujiannya...dio totap akan naik. tapi kalo Allah nak hancurkan sesuatu kaum tu, maka akan dinaikkanlah pemimpin yg baghal untuk memimpin kaum tersebut.

    wallahualam

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive