Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, May 12, 2008

Melayu & Islam

Yang dimaksudkan dengan agenda Melayu-Islam tentunya meletakkan agama Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Inilah sebenarnya keunikan dan kedinamikan perjuangan kebangsaan di Malaysia yang tidak boleh terpisah daripada unsur-unsur penyepaduan antara elemen kaum dan agama.

Malah takrif Melayu itu sendiri menurut perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri. Melayu yang tidak menghayati Islam tidak mungkin berjaya muncul sebagai teras bangsa Malaysia.

Sejarah jelas membuktikan bahawa hubungan Melayu dengan Islam sebenarnya telah begitu sebati sejak kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi lagi. Semenjak itu Islamlah yang menerasi keperibadian Melayu, mendasari pemikiran Melayu dan seterusnya membentuk jatidiri Melayu. Bahkan Islam adalah satu-satunya benteng ketahanan umat Melayu.
Sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamika dan daya juang setiap pendukungnya.

Walaupun satu ketika penjajah berjaya merobek jiwa dan citra Melayu hingga tumbuh kelompok peribumi pengagum dan pengagung Barat, namun tahun-tahun mutakhir menunjukkan Melayu semakin cenderung untuk kembali menyatu dengan Islam.

Sesungguhya kita hanya mampu mencipta kegemilangan dengan kembali kepada akar budaya sendiri dan bukannya dengan cara mencedok dan menciplak budaya asing. Sebab itulah usaha mempersiapkan generasi pewaris yang kuat harus dimulai dengan penjanaan pendokong parti yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental. Generasi muda yang dibangunkan di atas dasar tauhid pasti akan lebih memahami dan menjiwai amanah perjuangan umat yang bakal diwariskan kepada mereka.

Keterikatan kepada prinsip dan nilai-nilai agama dengan sendirinya membentengi mereka daripada segala bentuk penyimpangan yang boleh memporak-perandakan agenda besar perjuangan bangsa dan negara.

Namun kesedaran terhadap agama semata-mata tidak cukup untuk menjelmakan generasi Islam sejati. Kesedaran yang membuak-buak juga tanpa didasari kefahaman mendalam berasaskan ilmu yang sahih pastinya tidak akan mampu membentuk generasi Islam yang bertamadun dan berkualiti tinggi.

Sebaliknya apa yang lebih penting ialah bukan sahaja mewujudkan generasi yang ghairah dan berkesedaran tinggi terhadap Islam tetapi yang lebih utama menjana generasi yang benar-benar menjiwai Islam dalam segenap aspek kehidupan berpandukan suluhan ilmu yang benar.

(di petik dari rencana utusan malaysia)

Bagi saya dalam konteks perjuangan Islam di Malaysia bangsa Melayu sahaja yang menjadi tonggak perjuangannya. Kukuhnya benteng jati diri bangsa Melayu ini, kukuhlah Islam di bumi Malaysia ini.

Jangan kita lupa, terancam Melayu bermaksud terancamlah Islam di Malaysia ini.

Wallahualam.

7 comments:

  1. orang melayu islam kita selalu sangat tidak menyokong melayu islam lain. contohnya dalam perniagaan. kalau lah semua orang melayu kita mengunakan `kuasa beli` membeli barangan melayu adalah keutamaan pasti ekonomi kita boleh kuasai. ini tidak kita sanggup beli yeos, lee kum kee, maggi, colgate, beli barangan runcit di kedai bukan melayu tak kisah janji harga murah. yang paling teruk tempah baju melayu/kurung kat kedai jahit cina.
    kerajaan adakan mara, uda lah mcm2 lagi lah tapi tak wajib kan orang melayu dengan kuasa beli melayu mcm orang jepun. buy japanesse first walaupun mahal. jadi mentaliti orang melayu perlu ada cara untuk mengubahnya fikirkanlah abang faizal..

    komeng86

    ReplyDelete
  2. APA LA, LAGI2 UTUSAN MELOYA!!!WOI BUAT ARTIKEL SENDIRILA MANGKUK!

    ReplyDelete
  3. saya tak paham.... tolong terangkan...
    kita negara pengeluar minyak, berapa yang kita keluarkan untuk export dan jugak kegunaan domestik.

    petronas jual minyak keuntungan petronas dapat. kegunaan domestik pun kira untung jugak ke..?

    kenapa kerajaan perlu bayar subsidi pada petronas untuk 1liter yang penguna guna...? sedangkan petronas bayar royalti semula pada kerajaan...

    hasil minyak adalah hasil bumi yang patut di kongsi seluruh rakyat malaysia. petronas untuk rakyat atau kerajaan...?

    contoh arab saudi harga minyak sangat murah berbanding malaysia. rakyatnya terima nikmat kerana negaranya pengeluar minyak.

    tolong terangkan bang

    ReplyDelete
  4. asyik-asyik nak ikut pak arab ngan brunai. minyak murah. betul minyak dia orang murah, tapi cubalah beli barang lain. nilah asyik dengar crite orang lain je. buat homework sikit bang oi. bandingkan barang lain. kat tempat kita ni, ada lima atau enam ribu dapat anak dara sorang. kat sana ada dana untuk anak teruna nak nikah.

    ReplyDelete
  5. salam..

    maaf kepada saudara ano.. jika perbuatan saya mengambil rencana dari utusan melaysia ni menyakitkan hati saudara.. sampai hati untuk memanggil saya dengan gelaran mangkuk.. alhamdulillah ..

    tujuan sebenarnya adalah saya hanya mengajak semua pelawat untuk berkongsi pendapat berkenaan rencana ini sahaja.. jika saudara tidak tahu untuk memberikan pendapat, maaf.. mungkin saudara dilahirkan untuk memaki sesama manusia di muka bumi ini..

    saya berpendapat perjuangan islam di Malaysia ini di dukung oleh bangsa melayu.. belum ada lagi kesatuam bangsa2 lain memperjuangkan islam di Malaysia ini.. kecuali KIMMA.. itu pun bukan parti politik..

    apa itu melayu??
    melayu adalah kalau mengikut meperlembagaan negara ialah
    1)seseorang yang beragama Islam
    2)berbahasa Melayu
    3)mengamalkan adat resam Melayu.

    apa itu islam
    islam adalah satu agama berlandaskan kepada prinsip rukun islam dan rukun iman.
    islam secara dasarnya mengajak semua umat islam ke arah kebaikan, keimanan, kesejahteraan, kedamaian, kesucian dan semua yang baik2..

    jadi orang melayu mesti mengamalkan sikap sebagai orang islam... berpolitik secara islam.. berniaga secara islam.. segala2nya secara islam..

    UMNO satu parti yang memperjuangkan melayu dan islam.. (baca perlembagaan UMNO) maka, yang buat nampak tak islam tu orang yang tamak dalam UMNO ni yang dah lupa perjuangan parti yang baik ni.. jadi mereka tu yang wajib kita sedarkan dengan cara menegur.. kalau dah tak boleh ditegur singkirkan sahaja.. kerana perjuangan perti adalah lebih penting dari segala-galanya..

    wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Salam buat rakan2.. Saya sangat bersetuju dengan pandangan ahmad albab.. Persoalannya... Siapa yang sebenarnya memperjuangkan Islam dalam konteks negara kita ini sebenarnya.. Pening fikirkan.. Apakah UMNO... PAS... Keadilan... Banyak perkara kena lihat terutama matlamat dan salasilah sesuatu parti tersebut.. Apa matlamat UMNO.. Apa matlamat PAS.. Apa matlamat KeAdilan..

    Saya tak tahu nak kata samaada KeAdilan ni akan memperjuangkan melayu atau tidak.. Atau betul ke ini satu2nya parti yang akan memperjuangkan melayu sedangkan mubaligh kristian turut sama menjadi ahli dalam parti tersebut..

    Anwar Ibrahim pernah menjadi idola satu ketika dahulu atas faktor dia adalah pejuang.. tetapi banyak kemusykilan plak sekarang ni.. Dia ni macam gila kuasa plak..

    Pasal komeng tu plak.. Aku pun tak tau naka kata mcm mana.. tapi banyak sangat ke minyak kat negara kita ni. Kalau banyak kenapa negara kita tak tersenarai dalam OPEC. Kenapa US yang memang takde minyak kat negara tu, tapi negara tu plak yang tentukan harga minyak dunia ni..

    Satu lagi sememangnya hasil daripada Petronas ni tak banyak tapi kira cukup2 untuk kerajaan buat belanjawan bagi pembangunan negara ini.

    Harga minyak dulu paling tinggi pun USD30 setong sekitar tahun 90an dulu lah. Arini cecah USD120 setong.
    Nak juga pandangan daripada rakan-rakan yang lain..
    Tq

    ReplyDelete
  7. den sarankan kek komeng baca semulo posting paneh ttg topik minyak @ emas hitam utk posting bulan april.

    den rajin baco posting dulu-dulu.

    ReplyDelete

Blog Archive